Dewangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dewangga (Jawi: ديواڠڬ) atau juga dikenali sebagai tapestri (تڤيستري) adalah salah satu bentuk seni tekstil, yang secara tradisionalnya ditenun pada akik menegak. Dewangga ditenun menghadap pakan di mana semua benang-benang pakan disembunyikan apabila ia telah siap, tidak seperti tenunan pada pakaian di mana kedua-dua benang pakan dan lungsin boleh kelihatan. Dalam tenunan dewangga, benang pakan secara tipikalnya tidak bersambung; pembuat menjalinkan benang pakan secara selang seli ke atas dan bawah dalam ruang coraknya yang kecil. Ia adalah tenunan menghadap pakan yang mempunyai benang pakan dengan warna berbeza yang dihasilkan lungsin untuk membentuk rekaan.[1][2]

Kebanyakan penenun menggunakan benang lungsin semula jadi seperti linen atau kapas. Benang pakan yang biasa digunakan ialah bulu biri-biri atau kapas, atau mungkin juga sutera, emas, perak atau alternatif yang lain.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mallet, Marla. "Basic Tribal and Village Weaves". 
  2. ^ Shayne Rivers; Shayne; Nick Umney (2003). Conservation of Furniture. Butterworth-Heinemann. ISBN 9781136415364. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]