Dewi Bastet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bastet
Alt
Bastet dewi kucing
Bastet Dewi Kucing, Mesir Bawah, matahari dan bulan
Nama dalam hieroglyphs
W1 t B1

Unicode: 𓎯𓏏𓁐
Major cult center Bubastis
Simbol kucing, singa betina, sistrum
Ibu bapa Dewa Ra, Dewi Isis
Fail:Lioness Bast cosmetic jar 83d40m tut burial artifact.JPG
Gambar balang kosmetik alabaster bertutup singa betina, mewakili Bast, barangan pengkebumian dari makam Tutankhamun sekitar 1323 BC - Muzium Cairo

Dewi Bastet atau Bast merupakan penaung kucing bagi seni dan wanita hamil. Pada asalnya ia merupakan dewi singa betina yang melambangkan kuasa kesuburan sinaran matahari. Kemudian ia bertukar menjadi kucing pembawa matahari, atau wanita berkepala kucing dengan penutup dada singa. Bastet gemarkan kegirangan dan keseronokan. Beratus ribu menghadiri pesta tahunan sepanjang Mesir bagi meraikannya di Bubastis, di mana kuil Bast terletak di pulau di sungai Nil. (Ellis;Lesko; Scott; Wilkinson) Kucing mula dibela antara Kerajaan Lama dan Pertengahan dan membantu mengurangkan tikus. Penduduk Mesir yang berterima kasih sering memanjakan mereka. Apabila kucing mati ia dimummi dan ditanam dalam makam kucing yang luas di Bubastis atau kuil Bast yang lain.

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)