Dewi Liana Seriestha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dewi Liana Seriestha
Pemenang peraduan kecantikan
Kelahiran (1989-09-07) 7 September 1989 (umur 30)
PendidikanAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tinggi1.80 m (5 ka 10+78 in)
Warna rambutHitam[1]
Warna mataHitam
GelaranMiss World Malaysia 2014
Miss World Talent 2014
PertandinganMiss World Malaysia 2014
(Pemenang)
Miss World 2014
(Top 26)

Dewi Liana Seriestha[2] (lahir 7 September 1989) merupakan seorang penyanyi, model dan bekas ratu cantik Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Mentor musim pertama di TV3. Pada tahun 2014, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi gelaran Miss World Talent dalam pertandingan Miss World 2014.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dewi Liana dilahirkan di Kuching, Sarawak kepada pemuzik Indonesia Yudhi Seriestha dan penyanyi Bidayuh Malaysia, Catherine Noep Sigit.[4] Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.[5] Beliau memenangi pertandingan nyanyian kebangsaan, Bintang Kecil RTM pada 2000.[6] Pada tahun 2005, beliau berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarganya untuk memulakan kerjayanya.[4] Dewi Liana tamat belajar di ASWARA pada November 2015.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2005–2010[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Dewi Liana membuat penampilan TV pertamanya menerusi rancangan realiti TV, Mentor musim pertama, yang bersiaran di TV3.[7] Beliau hanya berusia 16 tahun dan merupakan peserta termuda rancangan itu yang turut disertai oleh Bella Nazari dan Nabil Zamanhuri. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Pada 2009-2010, beliau muncul dalam drama, Kembali, Nilai Cinta Diana dan Patung Cinta untuk Radio Televisyen Malaysia.[7]

Pada tahun 2010, beliau menyertai pertandingan kecantikan Miss Fair & Lovely World Harvest Festival yang berpangkalan di Sarawak di mana beliau menjadi juara dan juga gelaran induk Miss Talent.[8]

2014–2016[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Dewi Liana dipilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Sedunia (bahasa Inggeris: World Championships of Performing Arts).[9] Beliau memenangi pingat emas untuk opera klasik, tiga pingat perak untuk kategori kontemporari, dunia dan pelbagai kategori (vokal), penghargaan khas di bawah Anugerah Industri dan pingat untuk juara klasik WCOPA. Pada bulan Ogos 2014, dia dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2014 di Corus Hotel, Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London. Beliau memenangi gelaran Miss World Talent dan dinobatkan sebagai salah satu daripada 25 finalis suku akhir.

Pada Hari Raya Aidilfitri 2015, Dewi Liana menyertai 10 selebriti lain dalam satu acara amal yang diadakan di Kuching, Sarawak bersama Ziana Zain untuk rancangan "Aidilfitri with Ziana Zain & Friends".[10]

Pada 4 September 2015, Dewi Liana melancarkan singlenya, Hati Telah Dimiliki di Spotify[11] dan iTunes.[12] Single ini menjadi lagu tema drama TV3, Waris Kasih.

Pada November 2015, Dewi Liana dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang Asia semasa Anugerah Naga Emas Asia 2015/2016 untuk siri pencapaiannya semasa WCOPA serta Miss World 2014.[2]

Dewi membuat persembahan di rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Sibu Town Square pada Februari 2016.[13] Acara ini dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.[13] Pada Julai 2016, Dewi mengumumkan bahawa single kedua masih dalam persiapan dan akan menandatangani dengan Warner Music Malaysia.[4] Beliau mencipta single itu sendiri.[4]

Pada Disember 2016, Dewi Liana tampil di rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan di Pavilion Kuala Lumpur bersama David Arumugam, Cassidy Anderson dan Michael Leaner.[14] Acara itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Richard Riot Anak Jaem.

2017–kini[sunting | sunting sumber]

Single kedua Dewi Liana telah dikeluarkan di platform digital iTunes, Apple Music dan Spotify pada 20 Januari 2017, di bawah Warner Music Malaysia.[15] Pada Mei 2017, Dewi dipilih sebagai ikon dan penceramah keynote untuk Hari Kebudayaan Dayak Antarabangsa di Kabupaten Bengkayang, Indonesia.[16] Dewi juga dimahkotakan Wanita Dayak Paling Cantik.[16]

Pada Julai 2018, Dewi beraksi dalam pementasan teater muzkal Sarawak: An Indigenous Journey, yang diadakan sempena penganjuran kedua Rainforest Fringe Festival, lanjutan daripada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia.[17][18]

Pada Oktober 2018, ia telah diumumkan bahawa single beliau, "Seindah Berdua" telah mara ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33.[19]

Single bahasa Inggeris sulung Dewi, "I Love You" dikeluarkan pada 1 Februari 2019. Ia ditulis bersama oleh beliau sendiri dan Mark Woods.[20]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2015, Dewi Liana mengikat kontak dua tahun sebagai duta Furley Bioextracts.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Album Catatan
2015 "Hati Telah Dimiliki" Bukan album single Lagu tema drama, Waris Kasih.[21]
2017 "Seindah Berdua" Bukan album single Dicipta oleh Dewi sendiri.[22]
Single promosi
Tahun Tajuk Peranan
2018 "Undilah"
(bersama Andi Bernadee, Bella Nazari & Wan Shahjuddin)
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.[23]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem dan televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016 Kamek Sayang Sarawak Hos[24]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Rujukan
2015 Asia Golden Dragon Awards 2015/2016 Anugerah Pencapaian Luar Biasa Asia Dirinya sendiri Menang [2]
Swinas Inspirational Award by UMNO's Women's Youth Wing Kebudayaan Dirinya sendiri Menang [25]
Pekema (Persatuan Pengimport Kenderaan) Sarawak Anugerah Pencapaian Luar Biasa Dirinya sendiri Menang [26]
2017 Hari Kebudayaan Dayak Antarabangsa Wanita Dayak Paling Cantik Dirinya sendiri Menang [16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.missmalaysiaworld.com/missworldcontestants/dewi-liana/
  2. ^ a b c d e Toyat, Jude (23 November 2015). "Dewi scores another win for Sarawak with achievement award". The Borneo Post. Dicapai 17 July 2016. 
  3. ^ Ten, Marilyn (16 December 2014). "A first for Malaysia – Dewi is Miss Talent at Miss World finals". The Borneo Post. Dicapai 10 May 2015. 
  4. ^ a b c d "Ex-Miss World contestant Dewi Liana's second single album in the works". Bernama. 17 July 2016. Dicapai 17 July 2016. 
  5. ^ Aubrey, Samuel (15 September 2014). "Parents touched by grand reception for Dewi". The Borneo Post. Dicapai 17 July 2016. 
  6. ^ Lam, JC (6 January 2015). "GET PERSONAL: DEWI LIANA SERIESTHA". rage.com.my. Dicapai 21 August 2015. 
  7. ^ a b "The multi-talented Dewi Seriestha". The Borneo Post. 17 August 2014. Dicapai 8 July 2015. 
  8. ^ Luna, Sandy Mark (17 August 2014). "Jadi ratu kerana berani bermimpi". The Borneo Post. Dicapai 8 July 2015. 
  9. ^ Saai, Johnson K (31 July 2014). "Dewi shines at 'Performing Arts Olympics'". The Borneo Post. Dicapai 7 July 2015. 
  10. ^ "Ziana Zain to entertain fans at high-tea". The Borneo Post. 19 July 2015. Dicapai 7 August 2015. 
  11. ^ "Single-Hati Telah Dimiliku". Spotify. 3 September 2015. Dicapai 4 September 2015. 
  12. ^ https://itunes.apple.com/album/hati-telah-dimiliki-single/id1035590859?v0=9988&ign-mpt=uo%3D1
  13. ^ a b Ishak, Othman (25 February 2016). "Event-full CNY open house expected this Saturday". The Borneo Post. Dicapai 17 July 2016. 
  14. ^ Ismail, Laili (28 December 2016). "Religious tolerance is cornerstone of a united Malaysia, says Zahid". New Straits Times. Dicapai 13 January 2017. 
  15. ^ "Seindah Berdua". Spotify. 21 January 2017. Dicapai 21 January 2017. 
  16. ^ a b c "Dewi Liana to headline International Dayak Culture Day 2017". New Sarawak Tribune. 27 May 2017. Dicapai 16 July 2017. 
  17. ^ Phillips, Tracy (10 May 2018). "Sarawak aims to be the next creative city for craft-making and design through the Rainforest Fringe Festival". Buro 24/7. Dicapai 17 May 2018. 
  18. ^ Ling, Sharon (11 July 2018). "A cultural kaleidoscope". The Star Online. Dicapai 30 July 2018. 
  19. ^ Hashim, Qamari (23 October 2018). "30 lagu bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke 33". mstar.com.my (dalam bahasa Malay). Dicapai 25 October 2018. 
  20. ^ "I Love You - Single". iTunes. 1 February 2019. Dicapai 8 February 2019. 
  21. ^ Ratu cantik ke penyanyi. Retrieved August 21, 2015.
  22. ^ Seindah Berdua. Retrieved January 21, 2017.
  23. ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai 15 Mei 2018. 
  24. ^ Pelepas rindu anak Sarawak. Retrieved July 17, 2016.
  25. ^ "Swinas Giat Dampingi Mahasiswi Seluruh Negara - Mas Ermieyati". Bernama. Dicapai December 11, 2015. 
  26. ^ "Dewi creates history of sorts again with Swinas". The Borneo Post. Dicapai July 16, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]