Dhanurasana

Dhanurasana (Sanskrit: धनुरासन; ATSA: Dhanurāsana) atau Sikap Busur (Jawi: سيكڤ بوسور) ialah asana lentik belakang dalam hathayoga dan yoga moden sebagai senaman.
Etimologi dan asal-usul
[sunting | sunting sumber]Namanya berasal daripada perkataan Sanskrit dhanura (धनुर) yang bermaksud "busur",[1][2] dan asana (आसन) yang bermaksud "posisi" atau "keduudkan".[3]
Satu posisi serupa yang dinamakan Nyubjasana, "asana menghadap ke bawah", diterangkan dan diilustrasikan dalam Shritattvanidhi dari abad ke-19.[4] Posisi ini juga diilustrasikan dalam separuh ton dalam Yogasopana Purvachatushka tahun 1905 dan dinamakan Dhanurasana, dengan memetik huraian daripada Gheranda Samhita.[5]
Tidak jelas sama ada asana ini berasal dari zaman pertengahan, kerana walaupun namanya digunakan, posisi yang dimaksudkan mungkin merupakan Akarna Dhanurasana secara duduk dan bukannya lenturan belakang ini. Catatan mengenai Dhanurasana dalam Hatha Yoga Pradipika abad ke-15 adalah kabur tentang sama ada posisi itu dilakukan secara baring atau duduk, menyatakan:[6]
Maka setelah dipegang akan kedua-dua ibu jari kakinya dengan kedua-dua belah tangannya, hendaklah ditarik akan dia laksana menarik busur sehingga sampai ke telinga; maka itulah yang disebut orang akan dia Sikap Busur adanya. (HYP 1.25)
Gheranda Samhita dari abad ke-17 juga mempunyai kekaburan yang sama, menyatakan:
Adapun akan kedua belah kaki itu hendaklah dihamparkan di atas bumi, lurus seperti sebatang kayu, maka dipegang akan dia dengan tangan serta dilenturkan badan itu laksana sebuah busur; maka oleh segala Yogi dinamai akan dia Dhanurasana, yakni Sikap Busur namanya. (GhS 2.18)[7]
Dhanurasana juga digunakan dalam tarian klasik India, Bharatanatyam.[8]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Daripada posisi meniarap, kaki dipegang untuk mengangkat kaki dan dada bagi membentuk bentuk busur dengan badan, di mana lengan melambangkan tali busur.[9][10][11] Balasana (Sikap Budak) boleh digunakan sebagai sikap imbangan (counter pose).[2]
Variasi
[sunting | sunting sumber]
Variasi termasuk:
- Parshvadhanurasana: posisi yang sama tetapi dengan badan digulingkan ke satu sisi.[12]
- Purnadhanurasana atau Mahadhanurasana: lentik belakang yang lebih ekstrem dengan kaki dibawa sehingga ke kepala.[13]
Asana imbangan ialah Halasana (bajak) dan Sarvangasana (dirian bahu).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Akarnadhanurasana, sikap duduk yang menyerupai pemanah yang sedang menarik anak panah.
- Shalabhasana, lentik belakang berbaring yang lebih mudah.
- Urdhvadhanurasana, busur naik ke atas atau sikap roda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dhanurasana - AshtangaYoga.info" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011. Dicapai pada 11 April 2011.
- ^ a b "Bow Pose" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. Dicapai pada 9 April 2011.
- ^ Sinha, S. C. (1 June 1996). Dictionary of Philosophy. Anmol Publications. m/s. 18. ISBN 978-81-7041-293-9.
- ^ Sjoman 1999, m/s. 84 and plate 19, pose 114.
- ^ Ghamande, Yogi (1905). Yogasopana Purvacatuska. Bombay: Niranayasagar Press. m/s. 64, āsana 34.
- ^ Hargreaves, Jacqueline; Birch, Jason (20 November 2017). "DHANURĀSANA: Two Versions of Bow Pose" (dalam bahasa Inggeris). The Luminescent.
- ^ Vasu, Srisa Chandra (1979) [1914-1915]. The Gheranda Samhita (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Delhi: Sri Satguru Publications. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-01-24.
- ^ Bhavanani, Ananda Balayogi; Bhavanani, Devasena (2001). "Bharatanatyam and Yoga". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2006.
Beliau juga menyatakan bahawa posisi-posisi tarian Bharatanatyam ini sangat serupa dengan Asana Yoga, dan pada dinding Gopuram di Chidambaram, sekurang-kurangnya dua puluh Asana Yoga klasik yang berbeza digambarkan oleh para penari, termasuklah Dhanurasana, Chakrasana, Vrikshasana, Natarajasana, Trivikramasana, Ananda Tandavasana, Padmasana, Siddhasana, Kaka Asana, Vrishchikasana dan lain-lain.
- ^ Iyengar 1979, m/s. 101–102.
- ^ Mehta, Mehta & Mehta 1990, m/s. 94.
- ^ "Bow Pose - Dhanurasana" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. 28 August 2007. Dicapai pada 23 February 2019.
- ^ Iyengar 1979, m/s. 102–104.
- ^ Vishnudevananda 1988, m/s. Plate 85.
Sumber
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dhanurasana |
- Iyengar, B. K. S. (1979) [1966]. Light on Yoga: Yoga Dipika. Thorsons. ISBN 978-1855381667.
- Mehta, Silva; Mehta, Mira; Mehta, Shyam (1990). Yoga: The Iyengar Way. Dorling Kindersley. ISBN 978-0863184208.
- Sjoman, Norman E. (1999) [1996]. The Yoga Tradition of the Mysore Palace (ed. 2nd). Abhinav Publications. ISBN 81-7017-389-2.
- Vishnudevananda, Swami (1988) [1960]. The Complete Illustrated Book of Yoga. Three Rivers Press. ISBN 0-517-88431-3.