Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPembinaan, Infrastruktur dan Pembangunan Hartanah
Ditubuhkan1996; 24 tahun yang lalu
PengasasDatuk Seri Subramaniam Pillai Sankaran Pillai
Ibu pejabatB-2-28, Block Bougainvillea, PJU 6A, SPRINT, 10 Boulevard, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Seri Subramaniam Pillai Sankaran Pillai
Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed
Laksamana (B) Tan Sri Mohammad Anwar Mohammad Nor
Datuk Mohamed Razeek Md Hussain Maricar
Ir. Hjh Siti Saffur Mansor
Nazreen Ahmad
Datuk Shaharuddin Md. Som[1]
KeluaranLandasan kereta api
Anak syarikatDMIA Builders Sdn Bhd
DMIA LAND (M) Sdn Bhd
Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd
HSL DMIA JV Sdn Bhd
Tapak webwww.dmiagrp.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (juga dikenali Dhaya Maju atau DMIA) merupakan sebuah syarikat pembinaan di Malaysia. Ibu pejabat DMIA terletak di Petaling Jaya, Selangor dan terlibat dalam pelbagai projek, terutamanya landasan kereta api dan lebuh raya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

DMIA ditubuhkan oleh Datuk Seri Subramaniam Pillai pada tahun 1996.

Didaftarkan di Malaysia sebagai "Kelas A PKK" Bumiputera dan kontraktor CIDB G7, DMIA berkelayakan untuk menjalankan projek bernilai tanpa had. Sejak 2004, pengurusan DMIA mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance.

Setelah berjaya menyiapkan beberapa projek pembinaan yang berprestij, DMIA mengembangkan namanya di kawasan pembinaan tempatan. Antara projek yang telah dilakukan oleh DMIA termasuklah Hubungan Tengah Lebuhraya KLIA (Packager 1A), Hubungan Landasan ke Pelabuhan Barat (Kesemua kerja-kerja pengimbangan pelantar dan perparitan), sebahagian daripada Elektrifikasi Landasan Berkembar (Jalan Akses Sementara dari Lebuhraya Persekutuan) ke Gopeng dan Ipoh (stesen dan jalan), kerja-kerja pemulihan cerun besar sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bangi.

Tahun-tahun yang lepas, DMIA telah menceburi pembangunan hartanah dengan projek pertamanya di Setapak, Kuala Lumpur dan bercadang membina satu lagi campuran dan pembangunan kediaman di Senawang, Negeri Sembilan.

Sebagai kontraktor utama untuk Klang Valley Electrified Double Track Project (KVDT), DMIA telah menjalankan projek dari Rawang ke Salak Selatan dan kini, DMIA memulakan projeknya di KVDT 2 dengan syarikat usaha sama, Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd yang meliputi pembinaan semula 2 landasan kereta api KTM Berhad sepanjang lebih 110 km dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur Sentral ke Pelabuhan Klang. Begitu juga dengan West Coast Expressway (WCE) dari Beruas Interchange ke Taiping South Interchange Project.

DMIA juga melebarkan sayapnya ke luar negara dan berjaya menyiapkan projek terbesar di India yang melibatkan RM1 juta, The Malaysian High Commission Complex in New Delhi dan 4 lebuh raya di negeri-negeri Karnataka, Rajasthan, Madhya Pradesh dan Tamil Nadu di bawah National Highway Authority India (NHAI).

Sejak penubuhannya, DMIA telah berkembang pesat, dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang sangat kompeten dan dikendalikan oleh profesional dari pelbagai disiplin yang telah memimpin kedudukan dalam projek infrastruktur mega yang berprestij seperti Jambatan Pulau Pinang, North-South Expressway, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pembinaan perbandaran pembangunan besar. Dengan pasukan profesional DMIA yang mewakili banyak pengalaman dari semua industri, DMIA percaya yang ia telah siap sedia dan ditempatkan untuk meningkatkan ketinggian yang lebih besar dalam industri pembinaan dan pembangunan baik di dalam dan luar Malaysia pada tahun-tahun mendatang.[2]

Projek[sunting | sunting sumber]

Landasan kereta api[sunting | sunting sumber]

Sebagai kontraktor utama bagi Klang Valley Electrified Double Track Project (KVDT), DMIA telah menjalankan projek dari Rawang ke Salak Selatan dan sekarang ia telah memulakan KVDT2 termasuk pembinaan semula 2 trek milik KTMB Bhd dengan panjang lebih 110 km dari Kuala Lumpur Sentral ke Pelabbuhan Klang. Ia diuruskan oleh Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd.[3]

Kontroversi kontrak KVDT2[sunting | sunting sumber]

Pad Ogos 2020, pemberian kontrak KVDT2 menjadi isu apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kontrak KVDT2 telah diberikan semula kepada DMIA-LTAT secara rundingan terus daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 dalam laporan pendedahan 101 projek rundingan terus ketika pemerintahan PH, dengan nilai rundingan berharga lebih kurang RM4.475 bilion.[4] Hal ini mendorong pihak Kementerian Pengangkutan untuk membuka semula tender KVDT2 pada akhir Ogos setelah mendapati kos KVDT2 ketika zaman PH adalah dikatakan terlalu tinggi.[5]

Pembangunan hartanah[sunting | sunting sumber]

DMIA Land (M) Sdn Bhd merupakan syarikat hartanah 100% milik DMIA. Bermula dengan kemajuan yang agak perlahan, DMIA LAND mengembangkan operasinya dan memperoleh banyak land bank daripada sektor awam mahupun swasta. Pada hari ini, terdapar 2,000Ha land bank dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur hingga ke Negeri Sembilan. Kebanyakan perancangan awal & peringkat pra-pembangunan telahpun dibuat dan akan dilancarkan bermula pada akhir 2018. DMIA LAND menawarkan susunan produk yang luas mulai dari hartanah kediaman dan komersial bertingkat & tinggi serta kediaman yang berpatutan. DMIA LAND menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk penduduk berpendapatan rendah dan sederhana melalui produk dengan kualiti yang baik, tahap keselesaan tinggi, kemudahan yang mencukupi dan juga lokasi yang baik. Antara projek hartanah yang diuruskan oleh DMIA LAND termasuklah:

  • Bagan Datuk, Perak
  • Senawang, Negeri Sembilan
  • Brickfields, Kuala Lumpur[6]

Lebuhraya dan infrastruktur[sunting | sunting sumber]

DMIA bergiat aktif dalam pembinaan lebuh raya dan infrastruktur seperti:

  • Penswastaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) Section 11: Beruas Interchange to Taiping South Interchange
  • Pembinaan semula Little Brickfields, Kuala Lumpur
  • Pavement Structural Overlay Works at KM 285.40 to KM 289.20 (Northbound), Bangi to Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus (Package C5B2-B).
  • Pavement Rehabilitation and Associated Works at KM 278.00 to KM 272.50 (Southbound) along Bangi to Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Pavement Rehabilitation Works at KM 67.10 to KM 69.42 (Northbound), Macap to Sedenak, Johor Darul Takzim (Package S4A3B).
  • Pavement Structural Overlay Works at KM 272.50 to KM 286.00 (Southbound), Nilai to Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus (Package C5E1-A)
  • Ingress / Egress to The Petronas and Project Petrol Station at KM 8.60 to KM 8.90 (KL BOUND) of Federal Highway, Wilayah Persekutuan.
  • Tandem roller rolling the final finished product at Federal Highway in Bukit Raja Klang, Selangor Darul Ehsan.
  • Laying DBM (Dense Bitumen Macadam). The projects show major rehabilitation work on the North South Highway Between the KL- Seremban Section.
  • Slope Failure Rehabilitation Works at Bukit Lanjan, North Klang Valley Expressway, Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.
  • Slope Improvement Works at KM 408.63 & 414.79 (Southbound), Tanjung Malim to Rawang, Selangor Darul Ehsan.
  • Embankment Stabilization Works at KM 246.85 (Northbound), Ipoh to Cangkat Jering, Perak Darul Ridzuan.
  • Design, construction, completion and maintenance of Linear Park 2 and Promenade of Government Administration Centre at Putrajaya.
  • Construction of 32k.v. cable steel bridge for TNB at Mid Valley, Petaling Jaya.
  • Proposed of redevelopment and upgrading of Pan Borneo Highway in Sarawak from Bintangor Junction to Sg. Kua Bridge.[7]

Lebuhraya Pan Borneo[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, DMIA dipilih sebagai salah satu daripada kontraktor bagi projek menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak. Ia akan bergandungan dengan Hock Seng Lee Berhad (HSL) melalui HSL DMIA JV Sdn Bhd. Pakej kontrak bagi syarikat tersebut ialah pakej kontrak 7 (WPC07) yang menghubungkan Simpang Bintangor dan Jambatan Sg. Kua, termasuk Jambatan Batang Rajang. WPC07 merupakan sebahagian daripada 11 pakej yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menaiktaraf infrastruktur dan memberi keselesaan yang maksimum kepada rakyat. Panjang kseluruhan pakej itu ialah 75.97 km (47.21 bt).[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About". Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  2. ^ "About". Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  3. ^ "Railway Division". Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ Yusof, Teh Athira (24 Ogos 2020). "MOF unveils list of 101 projects awarded via direct negotiations during PH era". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 November 2020.
  5. ^ "Overpriced Klang Valley Double Tracking 2 tender to be reopened". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 29 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-16. Dicapai pada 25 November 2020.
  6. ^ "Property Development". Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  7. ^ "Infra/Highway". Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  8. ^ "Hock Seng Lee's consortium lands RM1.7b Pan Borneo highway job". The Edge Markets. 2016-03-18. Dicapai pada 2016-03-18.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]