Dhia Sofea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dhia Sofea
GenreDrama
Ditulis oleh
  • Rashid Sibir
  • Basri Musa
  • Norasham
  • Ajis Sipir
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod17
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Rashbir Media
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal14 Oktober 2015 – 3 Disember 2015

Dhia Sofea ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Rashid Sibir, dibintangi oleh Amyra Rosli dan Fadlan Hazim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 14 Oktober 2015 hingga 3 Disember 2015 menggantikan Bukan Isteri Sempurna.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim).

Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri DHIA SOFEA Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Oktober 2015.