Dhipa Palani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dhipa Palani (lahir pada 11 November 1986, di Melaka, Malaysia) ialah seorang pengacara televisyen, journalis dan pelakon suara. Beliau menceburi bidang komunikasi massa setelah tamat pengajian dari Universiti Malaysia Sarawak. Beliau mengacara sebuah rancangan pagi "Bernama Today" pada 2011-2012. Beliau juga mengacara rancangan bisnes "Swotwatch" semasa berkhidmat untuk saluran Bernama TV (kini dikenali sebagai Bernama News Channel). Beliau kemudian beralih ke saluran berita web Amilin TV sebagai penyampai berita utama serta pengacara bagi siri "Amilin TV Turning Point" yang dihasilkan dengan kerjasama Thomson Reuters Middle East and North Africa (MENA) pada 2013-2014. Pada pertengahan 2014, beliau direkrut oleh Bloomberg TV Malaysia untuk berkhidmat sebagai wartawan. Selepas beberapa bulan, beliau mencuba bidang media cetak pula dengan Business Times dan pernah mempersembahkan laporan bisnes untuk berita perdana ntv7 sekitar tahun 2014-2015. Beliau merupakan sebuah editor majalah reka bentuk dalaman, "ktchnmag.com" dan kini aktif dalam pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar dewasa.