Di Bawah Langit Yang Sama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Di Bawah Langit Yang Sama"
Single oleh D'Masiv
daripada album D'Masiv
Dilancarkan pada5 Februari 2016
Dirakamkan pada2016
GenrePop
Panjang3:54
SyarikatMusica Studio's
PenulisIksan Skuter
PenerbitAnimonsta Studios
Kronologi Kronologi single D'Masiv
""Abadi"
(2016)"
"Di Bawah Langit Yang Sama" ""Satu-Satunya"
(2016)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Di Bawah Langit Yang Sama" ialah lagu nyanyian kumpulan rock Indonesia, D'Masiv yang dimuatkan dalam album kelima kumpulan ini yang menggunakan nama mereka sebagai judul album. Ia merupakan lagu tema filem animasi Malaysia, BoBoiBoy: The Movie.[1][2] Ia juga digunakan sebagai lagu tema BoBoiBoy Galaxy.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut vokalis D’Masiv, Rian dalam temu ramah bersama Harian Metro, mereka berterima kasih kepada pihak Animonsta Studios yang melihat bakat dan latar belakang mereka.[3]

"Pihak Animonsta mahukan sebuah kumpulan yang bersih daripada sebarang kontroversi. Memandang­kan D’Masiv tidak pernah ada rekod buruk, kami dipilih untuk menjadi salah satu kumpulan selain Bunkface dari Malaysia. Tambahan pula, saya sendiri adalah Duta Anti Kekerasan Terhadap Anak-anak di Indonesia sejak 2014. Jadi, bertepatan dengan program animasi kanak-kanak dan menyasarkan lagu berkonsepkan kedamaian, D’Masiv dipilih".[3]

"Di Bawah Langit Yang Sama" digubah dan ditulis oleh Ihsan Skuter. Menurut Rian, pertama kali memperdengarkan lagu itu, apa yang jelas, notasi dan melodinya sangat kedengaran seperti muzik D'Masiv yang lain.[3][4]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[5]
No.TajukPenyanyiMasa
1."Di Bawah Langit Yang Sama"D'Masiv3:54


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Indonesia 5 Februari 2016 Muat turun digital[5]
Penstriman digital[6]
Musica Studio's

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ d'Masiv Merinding Dengar Lagu Mereka yang Jadi Soundtrack "BoBoiBoy:The Movie" Tabloid Bintang (9 Februari 2016). Dicapai pada 31 Julai 2016.
  2. ^ Aditia Saputra (6 Februari 2016). D'Masiv Isi Soundtrack Film Malaysia, Boboiboy The Movie Liputan 6. Dicapai pada 31 Julai 2016.
  3. ^ a b c Syafil Syazwan Jefri (4 Februari 2016). Lagu kedamaian buat Boboiboy Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2016.
  4. ^ Norhayati Nordin (1 Mei 2016). Bangga dengan BoBoiBoy Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2016.
  5. ^ a b "Di Bawah Langit Yang Sama (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 19 Januari 2018. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  6. ^ "Di Bawah Langit Yang Sama, a song by D'Masiv". Spotify. 19 Januari 2018. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]