Di Sebalik Jubah
Di Sebalik Rindu merupakan sebuah drama televisyen web Malaysia 2026 terbitan Anomalous Films Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Syed Fariz. Ia dibintangi oleh Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 22 Januari 2026.
| Di Sebalik Jubah | |
|---|---|
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Syed Fariz |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | Sang Penipu oleh Daiyan Trisha |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 8 |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Anomalous Films Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 22 Januari 2026 – kini |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengangkat kisah dua beradik pempengaruh Islamik, Layla dan Amina yang dipuja ramai kerana imej berjubah serta sifat dermawan mereka.
Kedua-duanya mengetuai Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya meraih kepercayaan masyarakat sehingga mampu menggerakkan ribuan pengikut untuk menderma melalui pelbagai kempen.
Namun, kejayaan kutipan dana itu mula dipersoalkan apabila timbul dakwaan sebahagian sumbangan tidak disalurkan kepada golongan sasaran, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Kecurigaan semakin memuncak apabila Rashid, seorang dermawan muda yang pada awalnya mengagumi perjuangan mereka, mula meragui kesahihan projek kebajikan yang dijalankan.
Dengan bantuannya, satu demi satu rahsia terbongkar, sekali gus menguji kepercayaan awam dan hubungan dua beradik itu apabila kebenaran tidak lagi mampu disembunyikan
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Daiyan Trisha sebagai Amina
- Azira Shafinaz sebagai Layla
- Nafiz Muaz sebagai Rashid
- Ibad Yaala sebagai Farid
- Nadiya Nisaa
- Melissa Campbell
- Susan Lankester
- Nadia Aqilah
- Sahronizam Noor
- Sherie Merlis
- Puteri Rayyana Rayqa
- Douglas Wong