Dia (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dia (siri TV)
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehZarihah Hassan
Nasir Sulaiman
Azidah Jaafar
Azmy Ariff
Shuhadatul Ain
PengarahEoon Shuhaini
Omar Olly Alaydrus
Zamri Zakaria
Dibintangi oleh
Irwansyah
Janna Nick
Izara Aishah
Ady Putra
Sandrinna Skornicki
Kevin Andrean
Emma Maembong
Zamarul Hisham
Aleza Shadan
Fazlina Ahmad Daud
Julia Moechtar
Farouk Hussain
Tatiana Sivek
Adithya Alkatiri
Lagu pembukaanDia - Dayang Nurfaizah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia Bahasa Indonesia
Bilangan episod60
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaranJumaat - Ahad, 9.00 Malam.
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Drama Eksklusif)
Siaran asal14 Oktober 201711 March 2018

Dia ialah sebuah drama 60 episod yang menggabungkan pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia.[1]

Drama ini juga turut diinspirasikan untuk menjadi sebuah novel karya Umie Nadzimah.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Drama ini dibintangi oleh

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adit tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira.

Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia.

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Adit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Adit, jelas kedatangan Adit membuatkan hatinya berantakan kerana Adit mahu menggapai semula hati Aira.

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Adit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

  • Dia diulang siar di TV9 mulai 29 Januari 2019.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]