Dia Bidadari Dari Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Bidadari Dari Syurga
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Dia Bidadari Dari Syurga karya Syamnuriezmil.
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Aina Hannez
  • Riqmal EG
PengarahIzzman Hafiz
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanAndainya - Estranged
Lagu penutupAndainya - Estranged
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sazawan Supply Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Oktober 2020 – 14 November 2020
Kronologi
MengikutiBulan Di Kota Langit
Diikuti olehWasiat Dari Jordan

Dia Bidadari Dari Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Izzman Hafiz, di bintangi oleh Halim Radzi, Sharifah Husna, dan Dayana Roza. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 23 Oktober 2020.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Marissa Aisya atau Aris seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]