Dia Bukan Bidadari
Dia Bukan Bidadari ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2022 terbitan A10 Alliance Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Ia dibintangi oleh Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 1 Ogos 2022 menggantikan Aku Yang Merinduimu.
| Dia Bukan Bidadari | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Dendam Keluarga |
Berdasarkan daripada | Dia Bukan Bidadari karya Myra Ameer |
| Ditulis oleh | Nor Shuhadatul Ain Zakaria |
| Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | Mona Allen Keith Foo Fadlan Hazim |
| Lagu pembukaan | Peluang Kedua - Nabila Razali |
| Lagu penutup | Peluang Kedua - Nabila Razali |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Amilia Amrina Affifuddin |
| Penerbit | Wira Wan Kalsum Wan Yusof |
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | A10 Alliance Sdn. Bhd. |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
| Siaran asal | 1 Ogos 2022 – 13 September 2022 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Aku Yang Merinduimu |
| Diikuti oleh | Tunggu Dulu Cinta |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Nur Jannah iaitu seorang gadis yang berasal dari kampung dan hidup susah pada awalnya. Di kampung dia hanya tinggal bersama abah dan emak tirinya sahaja.Disebabkan itu, dia bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya hidupnya selepas ini tidak lagi seperti dahulu. Selepas tamat pengajian, Nur Jannah berhijrah ke bandar dan berkawan dengan lelaki-lelaki kaya untuk dipilih menjadi suami.
Akhirnya Nur Jannah jatuh hati kepada Syed Mikhael Azrai. Tetapi muncul pula seorang lelaki lain iaitu Fareez Azeem yang telah membuatkan hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek kerana mulut Fareez yang dianggapnya puaka. Siapakah yang akhirnya dapat mengambil hati Nur Jannah untuk dijadikan seri dalam hidupnya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Mona Allen sebagai Nur Jannah
- Keith Foo sebagai Fareez Azeem
- Fadlan Hazim sebagai Syed Mikael Azrai
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ikhwan Khairudin sebagai Bob
- Jasmin Hamid sebagai Puan Sri Syarifah
- Aleza Shadan sebagai Datin Fauziah
- Kartina Aziz sebagai Tok Zah
- Zainol Ismail sebagai Dato Huzair
- Julia Farhana sebagai Naina
- Silfeny Osman sebagai Zulaika
- Aleeza Kasim sebagai Puan Sofi
- Jenny sebagai Maymay
- Dayang Areeda sebagai Nadia
- Fadilah Mansor sebagai Mak Pah
- Rafe Sumanteri sebagai Pak Ahmad
- Mustaqim Bahadon sebagai Gibran
- Abil Qamaruzaman sebagai Zahin
- Naiem Anuar sebagai Ajis
- Natasha Hamzah sebagai Najihah
- Daniel sebagai Umar Dzariff
- Aleeza sebagai Sanjna Suri
- Muntazar Ghani sebagai Fareez (10 Tahun)
- Meor Mohd sebagai Syed Azmi
- Alex Yan sebagai Azad Bakri