Dia Bukan Maryam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Bukan Maryam
GenreDrama, konflik, keluarga
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Noktah Cinta" oleh Hafiz Suip
Lagu penutup"Noktah Cinta" oleh Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramly
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
PenyuntingDamien Wu Kong Chuen
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal24 Januari 2011 – 16 Mei 2011

Dia Bukan Maryam ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Erma Fatima dibintangi oleh Eja, Fahrin Ahmad, Lisdawati dan Rusdi Ramli. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 24 Januari 2011 hingga 16 Mei 2011. Ia merupakan drama pertama yang disiarkan di slot Ratu.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah (Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.

Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum. Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.

Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.

Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dia Bukan Maryam (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 28 Mei 2019.