Pergi ke kandungan

Dia Bukan Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Bukan Syurga
Genre
Berdasarkan daripada
Dia Bukan Syurga
karya Rissa Ahdiya
Ditulis oleh
Senarai
    • Script Factory Studio
      (Ketua skrip)
    • Hafiz Abu Bakar
      (Penulis skrip)
    • Mike Alias
      (Penulis skrip)
    • Farzana Farisyah
      (Penulis skrip)
    • Muhammad Adib Zaini
      (Penulis skrip)
    • Aina Atiqah
      (Penulis skrip)
    • Pahzai Al-Khaired
      (Penulis skrip)
    • Keen
      (Penulis skrip)
    • Baizura Kahar
      (Penulis skrip)
    • Bainun Waheeda
      (Penulis skrip)
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dalam Sujudku" oleh Amira Othman
Lagu penutup"Aku Bukan Narsisis" oleh Hazama
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
Penerbit
PenyuntingAstra Entertainment Sdn. Bhd.
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Mei 2025 – 10 Julai 2025
Kronologi
MengikutiDia Imamku
Diikuti olehMandul Bukan Pilihan

Dia Bukan Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Radius One Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Rashid Sibir. Ia dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria pada 19 Mei hingga 10 Julai 2025 menggantikan Dia Imamku.

Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Muzik dan Runut Bunyi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Dia Bukan Syurga Berikutnya
Dia Imamku Mandul Bukan Pilihan