Dia Semanis Honey (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Semanis Honey
GenreCinta
Drama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna
Ditulis olehNazri M. Anuar
Fairul Nizam Ablah
PengarahHadith Omar
Michael Ang
Pengarah kreatif
Azmi Mamat
Dibintangi oleh
Alif Satar
Siti Nordiana
Hairul Azreen
Hafeez Mikhail
Ziha Salleh
Lagu pembukaan"Memori Berkasih" nyanyian Achik & Nana
Lagu penutup"Memori Berkasih" nyanyian Achik & Nana
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifRichard Lim
Pauline Chine
Michael Ang
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 minit
Isnin–Khamis
(10 malam)
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD
Astro Prima
Awesome TV
Siaran asal2 Mei 2016 (2016-05-02) - 26 Mei 2016 (2016-05-26) (Astro Ria)
1 Mei 2020 (2020-05-01) - 22 Mei 2020 (2020-05-22) (Astro Prima)
28 Jun 2021 (2021-06-28) - 5 Ogos 2021 (2021-08-05) (Awesome TV)
Kronologi
MengikutiSuami Tanpa Cinta
Diikuti olehAssalamualaikum Cinta
Rancangan berkaitan
Dia Semanis Honeymoon
Dia Semanis Honey Raya
Dia Semanis Honey Muzikal

Dia Semanis Honey ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Hadith Omar. Drama ini dibintangi oleh Siti Nordiana, dan Alif Satar. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya di Slot MegaDrama dalam Astro Ria bermula 2 Mei 2016 menggantikan Suami Tanpa Cinta.[1]

Drama ini ditayangkan ulangan di Slot Tiara saluran Astro Prima.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas / Cameo[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dia Semanis Honey merupakan sebuah drama yang diterbitkan oleh Michael Ang di bawah arahan dirinya sendiri dan Hadith Omar. Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel Malaysia, dengan nama yang sama iaitu Dia Semanis Honey yang ditulis oleh Dyla Dina.[2]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Menurut Astro Awani, kata carian bagi "Dia Semanis Honey" merupakan kata carian terhangat di Google Malaysia pada bulan Mei tahun 2016.[3]

Muzik & Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenyanyiMasa
1."Memori Berkasih"Achik dan Siti Nordiana
2."Paling Comel"Achik dan Siti Nordiana
3."Gurauan Berkasih"Achik dan Siti Nordiana
4."Abdul"Alif Satar
5."Lelaki Seperti Aku"Alif Satar
6."Jangan Nakal"Alif Satar
7."Gadis Tiga Bulan"Alif Satar
8."Bila"Alif Satar
9."Akhiri Penantianku"Alif Satar
10."Kesempatan Kedua"Alif Satar
11."Cukup Indah"Alif Satar
12."Setiap Hari"Alif Satar
13."Biarkanlah"Drama Band
14."Hey! Kau"Sandra
15."Mencinta"Azhael
16."Sudah Ku Tahu"Projector Band
17."Di Amaran Mama"Hazama
18."PadaMu Ku Bersujud"Afgan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Anugerah Throwbaek Drama Watak Paling Meminta Nadya Syahera Menang
Scene Paling Win Dia Semanis Honey Menang
Kapel Throwbaek Alif Satar dan Siti Nordiana Tercalon
Hero Throwbaek Alif Satar Tercalon
Heroin Throwbaek Siti Nordiana Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Drama TV MeleTOP Dia Semanis Honey Tercalon
Pelakon TV MeleTOP Siti Nordiana Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Gandingan Serasi Drama Alif Satar dan Siti Nordiana Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Semanis Honey". MyInfoTaip. Dicapai pada 19 November 2023.
  2. ^ Diyana AR (2016-11-06). "Bagaimana Gadis Ini Jadi Penulis Novel Semasa Belajar Di Universiti". The Vocket. REV Media Group. Dicapai pada 2023-11-19.
  3. ^ "'Dia Semanis Honey' kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016". Astro Awani. Astro. 2016-05-31. Dicapai pada 2023-11-19.