Kaedah KJ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Diagram afiniti)

Kaedah KJ atau Diagram afiniti atau ialah sebuah alat perniagaan yang digunakan untuk menguruskan idea dan data dengan mengkategorikan elemen yang sama. Ia adalah salah satu daripada Tujuh Alat Pengurusan dan Perancangan. Manusia telah lama mengumpul data kepada beberapa kumpulan mengikut perkaitan semulajadi sejak beribu tahun lalu; namun istilah diagram afiniti telah diperkenalkan oleh Kawakita Jiro sekitar tahun 1960-an. Namun lebih ramai mengetahuinya sebagai KJ method atau kaedah KJ.[perlu rujukan]

Kaedah ini selalunya digunakan dalam pengurusan projek dengan membenarkan sejumlah besar idea terhasil dari sesi sumbang saran[1]. Kemudian disusun kepada beberapa kumpulan berdasarkan hubungan semulajadinya untuk dianalisa dan kajian semula.[2]

Ia juga sering digunakan dalam pertanyaan berdasarkan topik yang dikehendaki sebagai salah satu cara untuk mengatur nota dan wawasan dari temuramah lapangan. Ia juga boleh digunakan untuk menguruskan ulasan bentuk bebas lain, seperti balasan tinjauan bebas terbuka, log panggilan sokongan, atau data kualitatif yang lain.

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Kaedah KJ menggunakan nota berlekat.

Kaedah KJ memerlukan seseorang atau pasukan, merekod dan menulis setiap idea atas kad atau kertas. Kemudian, mencari idea-idea yang muncul berkait rapat antara satu sama lain. Seterusnya, menyusun kad-kad tersebut kepada kumpulan-kumpulannya sehinggalah semua kad habis disusun.

Setelah itu, pasukan menyusun pula kumpulan data besar tersebut kepada sub-kumpulan untuk kemudahan pengurusan dan analisis.[3] Apabila selesai, afiniti diagram itu boleh digunakan untuk membentuk diagram punca dan kesan.[4]

Asas proses sumbang saran ini menjadi proses penyelesaian-masalah apabila diulang dalam kitaran berasingan menumpu pada aktiviti pengurusan projek berlainan. Teknik ini muncul sebelum munculnya internet, dengan itu banyak langkah, pada asalnya dilaksanakan pada kad 3 x 5 dan melalui kotak cadangan kini boleh ditangani secara eletronik.

Gambaran: Kitaran asas digambarkan di sini boleh dilaksanakan dua kali bagi mencapai versi dua kitaran yang terdiri daripada pentakrifan masalah dan penghasilan idea.

Versi enam kitaran tambahan boleh mencapai:

  • Mengenalpasti masalah
  • Pentakrifan keadaan
  • Diagnosis dan formulasi masalah
  • Penyelesaian dan hipotesis kerja
  • Pengaktifan penyelesaian
  • Perlaksanaan penyelesaian yang diprogram

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Dalam sesi cetusan idea maju, peserta akan menerima gambaran cabaran dan diberikan awal sebelum mesyuarat agar memberikan kesemua peserta cukup masa bagi merakamkan idea dan menyerahkan idea itu secara tidak dikenali.

Kemudian, kesemua idea yang diserahkan, pre-sesi disalin dan diedarkan di kalangan semua peserta. Justeru itu, semua orang boleh memberikan lebih banyak idea yang tercetus hasil daripada idea pusingan pertama. Sekali lagi kesemua idea kekal tidak dikenali. Ulasan berkaitan dengan kelemahan sebarang idea-idea itu boleh dilencong kembali secara tidak dikenali kepada orang asal agar mereka boleh membaiki idea asal atau memberi idea yang baru.

Sesi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pusingan terakhir pengumpulan idea, idea top-of-mind boleh diserahkan secara tidak dikenali semasa bahagian pertama sesi.

Kemudian versi edaran idea yang disiapkan dilakukan semasa sesi. Sama seperti pemetaan minda, kitaran asas dicipta, diperbaiki, dan dikumpul dalam kelompok berbanding menyambung mereka melalui hubungan garis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Affinity Diagram - Kawakita Jiro or KJ Method, capaian 24 Ogos 2012.
  2. ^ Using Affinity Diagrams to make sense from brainstorming
  3. ^ M. Larry Shillito , David J. De Marle (1992). Value: Its Measurement, Design, and Management. US:Wiley-Interscience. ISBN 978-0-471-52738-1
  4. ^ "NHS Improvement network". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2012-08-24.