Diana Danielle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datin
Diana Danielle
Diana Danielle Khairil.jpg
KelahiranDiana Danielle Danny Beeson
(1991-11-22) 22 November 1991 (umur 28)
Houston, Texas, Amerika Syarikat
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
Warganegara
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka 6+78 in)
Berat50 kg (110 lb; 7.9 st)
PasanganDato' Farid Kamil (k. 2012)
AnakMuhammad bin Farid Kamil
Nur Aurora binti Farid Kamil
Ibu bapaDanny Beeson (bapa)
Norsiah Ramli (ibu)
SaudaraHailee Hayden (adik tiri)
Fadzil Zahari (adik ipar)

Datin Diana Danielle Danny Beeson (lahir 22 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.[1] Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Air Mata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat[3] pada 22 November 1991.[4] Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson.[5] dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter. Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden yang dilahirkan pada 1993.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti pemodelan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen. Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz.[7] Diana paling dikenali selepas peranannya dalam siri TV3 Air Mata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.[8]

Beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gol & Gincu The Series (2006-07), Farah Syakira (2008) dan Di Sebalik Wajah dan beberapa lain lagi.[9]

Beliau berlakon di samping Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil dan Fasha Sandha menerusi filem aksi perlumbaan kereta, Evolusi KL Drift.[10] Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem kerohanian arahan Bade Hj. Azmi Malaikat Maut bersama Liyana Jasmay.[11][12] Juga pada tahun sama, beliau muncul sebagai Aisyah dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam lakonan Syamsul, Shaheizy Sam, Nabila Huda dan Salina Saibi.[13] Diana mengumumkan menarik diri dari membintangi Evolusi KL Drift 2, turut menarik diri ialah Fasha Sandha.[14]

Pada tahun 2010, Diana memegang watak utama sebagai Ayu dalam filem fantasi Magika arahan Edry Abdul Halim.[15] Pada tahun 2012, beliau memegang watak sebagai Jameela dalam filem Hantu Gangster arahan Namewee yang turut menyaksikan kali kedua beliau berlakon bersama pelakon sampingannya, Farid Kamil (kemudian menjadi suaminya).[16][17]

Di hadapan umum, Diana tetap dekat dengan peminatnya di Facebook dengan kemas kini teratur (dalam bahasa Melayu dan Inggeris) mengenai perkembangan kerjayanya dan banyak lagi. Beliau mempunyai lebih 1.1 juta peminat (dan mengira) mengikutinya di Facebook. Diana baru-baru ini berpindah ke Australia pada awal 2013 untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni halus. Beliau kini adalah pelajar di Institut Seni Dramatik Kebangsaan di Sydney, Australia.[18]

Bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Sara Ali, Diana membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Diana memegang watak sebagai Laila, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[19]

Pada 24 November 2016, Diana memegang watak sebagai Nina dalam filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari adapatasi dari novel tulisan Joseph Conrad yang bertajuk, Almayer's Folly.[20] Dalam satu temuramah, Diana mengakui beliau sedar bahawa sesetengah orang melihatnya menjaringkan bahagian itu kerana penampilannya.[20]

Pada April 2017, Diana melancarkan single terbaru bertajuk "Tentang Kita".[21][22] Beliau membintangi bersama Aliff Aziz dalam drama Di Sebalik Wajah sebagai Nadia, seorang wanita yang bangkit dari kemalangan tanpa memori identiti atau masa lalu.[23]

Diana memegang watak tajuk dalam siri drama Raisha yang bersiaran di TV3 pada 13 September 2017. Ia mengisahkan Raisha, seorang gadis materialistik yang dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan.[24][25] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan di TV3 pada 2018.[26][27]

Diana mengacarakan rancangan Kata Serasi bersama Nazrudin Habibur Rahman yang bersiaran di ntv7.[28] Beliau menjayakan watak utama bersama Ummi Nazeera dan pelakon asal filem Gol & Gincu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[29][30]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2007, Diana pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift, namun berpisah pada 2009 akibat ketetapan perundangan dan kontroversi yang menyelubungi mereka.[31] Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon sampingannya dalam filem itu, Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora.[32][33] Beliau mengabadikan gambar lama mereka sekeluarga ketika meraikan Aidilfitri bersama Farid yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama selepas dijatuhi dihukum penjara.[34]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2002 Idola Mira Melissa Muqriz Aziz M. Osman Filem pertama
2008 Evolusi KL Drift Sara Syamsul Yusof
2009 Maut[35] Umi Bade Hj. Azmi
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam[36] Siti Aishah Syamsul Yusof
Setem[37] Suraya Barring Kabir Bhatia
2010 Kecoh Betul[38] Dayana S. Baldev
Ikhzal Ideris
Magika Ayu Edry Abdul Halim
2011 ...Dalam Botol[39] Tina Khir Rahman
2012 Jiwa Taiko Trisha Osman Ali
Hantu Gangster Jameela Namewee
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Aishah Kabir Bhatia
2014 Kami Histeria Laila Shamyl Othman
Supersquad The Movie Elly Rashdan Ramlee
2015 Split Gravy On Rice Jackie Zahim Albakri
2016 Hanyut[40] Nina Almayer U-Wei Hj Saari
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Zakiah/Zak Umi Salwana Omar
2019 Avengers: Infinity War Wanda Maximoff / Scarlet Witch Anthony Russo
Joe Russo
Alih suara BM
2020 Avengers: Endgame

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Sembilu Kasih TV2
2006 Janji Diana Diana
Gol & Gincu The Series Ratu 8TV
2007 Air Mata Maria Maria TV3
Farah Syakira Farah Syakira TV2
2008 Rahsia Di Sebalik Wajah Jasmin
2017 Di Sebalik Wajah Nadia HyppSensasi
Cerita Dari Mastika Astro Prima Episod: "Wanita Kaya Mati Terbakar Dalam Koma"
Episod: "Aku Sudah Mati"
Raisha Raisha TV3
My Coffee Prince Mariam Astro Ria
2018 Raisha 2 Raisha TV3
2019 Ombak Rindu The Series Mila Iflix Web drama
2020 Camelia TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Takbir Terakhir Astro Prima
2011 Di Telapak Kaki Bonda Fairuz TV3
2014 Perempuan Lindungan Kaabah Hanan Astro First Eksklusif
2015 Talak Yasmin TV3
Kapal Kertas Cikgu Aira
Pengantin Gila Dania
Lara Perindu Fuza Astro Prima
2016 Sedikit Waktu Liza Astro Ria
Anak Mat Salleh Tapi Melayu Amelia TV3
Kalau Jodoh Tak Ke Mana TV1
2017 Pergilah Cinta Liyana TV3
Nora Bam Boom Nora TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Project N.S Dirinya sendiri 8TV
2018 Kata Serasi ntv7

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2016 "Luar Biasa" OST Ainur Mardhiyah
2017 "Tentang Kita"

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

  • Fiorucci
  • Volvo
  • Watsons
  • Pampers
  • Shuemura
  • Milo
  • Hazeline Snow Vietnam Market
  • Telecom I-talk

  • F&N Soya Bean
  • Raflesia Pearl
  • Jeteine Hair Colour
  • Tan&Tan Corporate Websites for hotel chain
  • Tenaga Nasional
  • Inner Shine for Brands
  • Tuala Wanita

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–22
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
2009
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Dicalonkan
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Dicalonkan
2014
Anugerah Lawak Warna ke–2
Pelakon Wanita Komedi Terbaik Filem (bersama Fazura) Kami Histeria Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke–26
Pelakon Wanita Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Dicalonkan
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Wanita Terbaik Drama Talak Dicalonkan
2017
Festival Filem Malaysia ke–29
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Hanyut Menang
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Menang
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–7
Antagonis Pilihan Raisha 2 Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke–30
Pelakon Wanita Terbaik Gol & Gincu Vol. 2 Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/12/360564/diana-danielle-rindu-berlakon-filem
  2. ^ Angelin Yeoh (13 Oktober 2017). "How does actress Diana Danielle deal with negativity". Star2. Dicapai 14 Oktober 2017. 
  3. ^ Beauty Diana Danielle set to hit the high notes theStar Online. Diperoleh pada 21 Mei 2011.
  4. ^ "Making waves Kering". The Star. 29 Disember 2007. 
  5. ^ (Melayu) Diana Danielle tolak gelaran bakal Ratu filem Melayu 2010.
  6. ^ "Some kind of magic for Diana". Ecentral.my. Diarkibkan daripada asal pada 12 September 2010. Dicapai 19 December 2013. 
  7. ^ "Filem Malaysia". www.filemkita.com. Dicapai 19 December 2013. 
  8. ^ Tiga azam Diana Danielle Utusan Malaysia (4 Disember 2008). Dicapai pada 25 April 2012.
  9. ^ Nicholas & Diana muda dan popular
  10. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  11. ^ Utusan Malaysia: Maut Bawa Mesej Ketuhanan
  12. ^ Berita Harian: Maut Bukan Filem Seram
  13. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai 2009-05-07. 
  14. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
  15. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Magika - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Dicapai 19 December 2013. 
  16. ^ Kenneth Chau (4 August 2016). "Diana Danielle says it was scary working with her husband". Star2. Dicapai 19 December 2016. 
  17. ^ http://like-mag.com.my/index.php/2017/04/03/diana-danielle/
  18. ^ "Malaysia's Résumé - Diana Danielle". www.malaysiaresume.com. Dicapai 2015-12-01. 
  19. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa
  20. ^ a b Angelin Yeoh (25 November 2016). "Diana Danielle works hard to prove she is more than just a beautiful face". Star2.com. Dicapai 1 December 2016. 
  21. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Oktober 2016). Diana nyanyi lagu reggae Retrieved 21 March 2017
  22. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (11 April 2017). "The multitalented Diana Danielle". The New Straits Times. Dicapai 12 April 2017. 
  23. ^ Angelin Yeoh (29 April 2017). "Diana Danielle is out for revenge in new TV drama Di Sebalik Wajah". Star2. Dicapai 1 May 2017. 
  24. ^ Nor Eryani Yusup (20 April 2017). "Hala tuju karier, hidup Diana Danielle". Kosmo!. Dicapai 1 May 2017. 
  25. ^ Ifqdar Rahman (20 April 2017). "Kempunan undangan nyanyian". Utusan Malaysia. Dicapai 1 May 2017. 
  26. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (26 Ogos 2018). "Raisha 2 lebih dramatik". Kosmo!. Dicapai 1 September 2018. 
  27. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (15 Disember 2018). "Raisha 2 kembali dengan musim baharu". Media Permata. Dicapai 15 Disember 2018. 
  28. ^ Dennis Chua (30 Mac 2018).#Showbiz: Positive vibes Diana and gang on new ntv7 shows New Straits Times. Diperoleh pada 10 April 2018.
  29. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). "'Gol & Gincu' is all set to score again with Vol. 2 in October". Star2. Dicapai 14 Oktober 2018. 
  30. ^ Syahirah Mokhtazar (19 September 2018). "#Showbiz: Diana Danielle takes on Puteri". New Straits Times. Dicapai 14 Oktober 2018. 
  31. ^ Haryati Karim (30 Jun 2009). "Masihkan ada cinta?". Kosmo!. Dicapai 18 May 2016. 
  32. ^ Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
  33. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (26 November 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
  34. ^ Georgie Joseph (5 Jun 2019). Farid Kamil segala-galanya buat Diana Danielle Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2019.
  35. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Maut - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 22 July 2011. Dicapai 19 December 2013. 
  36. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Dicapai 19 December 2013. 
  37. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Setem - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 3 April 2012. Dicapai 19 December 2013. 
  38. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Kecoh Betul - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Dicapai 19 December 2013. 
  39. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Dicapai 19 December 2013. 
  40. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Hanyut (Almayer's Folly) - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Dicapai 19 December 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]