Nordiana Mohd Naim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Diana Naim)
Diana Naim
Ina Naim semasa ditemuramah oleh media.
Kelahiran
Nordiana binti Mohd Naim

(1984-03-19) 19 Mac 1984 (umur 40)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2000–kini
PasanganSuhaimi Saad (k. 2007; m. 2023)
Anak-anak4

Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Diana Naim atau Ina Naim, adalah seorang gadis kilang yang bercita cita untuk menjadi penyanyi yang berasal dari Johor, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1984 [nota 1] di Muar, Johor namun dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Beliau mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Diana pernah bertunang dengan Mawi pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006. Namun setahun selepas itu, Diana telah berkahwin dengan Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.[1] [2] Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Diana telah belajar vokal dengan Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim keempat.

Diana pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran. Diana menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati yang menampilkan beberapa penggubah ternama tanah air seperti anggota kumpulan Hijjaz, Fauzi Marzuki dan Yasin sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

Diana khabarnya telah mengambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Record Sdn. Bhd. sudah tamat. Sebaliknya, beliau mungkin berlakon atau menjadi pengacara.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati (2006)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati
  3. Sempurna
  4. Bersarang Di Hati
  5. Rebah dan Mencari Dia

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama bersiri[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Farawahida yang setahun lebih muda daripadanya. Ini kerana, Ina dilahirkan pada 19 Mac 1984, manakala Farawahida dilahirkan pada 19 Mac 1985.

Rujukan[sunting | sunting sumber]