Pendiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Diangan)
Pendiang pembakaran kayu

Pendiang (disebut [pĕn.di.ang], Jawi: ڤندياڠ) atau perapian (disebut [pĕr.'a.pi.an], Jawi: ڤراڤين‎; bahasa Inggeris: fireplace)[1] ialah sebuah struktur seni bina yang direka khusus membendung api pembakaran untuk tujuan pemanasan (baik untuk suhu dalaman seluruh isi rumah atau memanaskan air untuk tujuan pembersihan) atau memasak. Api dihasilkan dalam sebuah kotak api atau lubang bakar; lubang tersebut dihubungkan kepada suatu cerobong atau serombong yang menghalakan keluar gas dan ekzos zarahan yang terhasil.

Ia suatu ciri rumah utama dalam binaan yang wujud di kawasan bermusim sejuk, dengan nyala dan bunyi gemeretak boleh menenangkan hati, walaupun bila ia tidak diperlukan untuk. Mantel pendiang merupakan antara fokus untuk hiasan bahagian dalam rumah.

Jenis dan binaan[sunting | sunting sumber]

Rajah dalaman sebuah pendiangan:
A. Udara sejuk masuk.
B. Udara dipanaskan api dan dibebaskan sebagai haba.
C. Asap dilepaskan melalui suatu saluran seperti cerobong.

Setiap pendiang pada asasnya terdiri daripada dua bahagian utama iaitu serombong yang menyimpan bahan api serta menahan pembakaran daripada persekitaran luar.

Serombong[sunting | sunting sumber]

Serombong (flue) bertujuan menadah dan menyimpan bahan api yang dibakar serta menumpukan haba hasil pembakaran tersebut ke serata isi rumah tanpa kemarakan api yang boleh membahayakan penghuni. Ia lazimnya diperbuat daripada batu keras yang ditukang, konkrit diperkukuhkan dengan batang keluli, mahupun paip besi.

  • Pendiang yang dihasilkan dibuat dengan kotak logam lembaran atau kaca.
  • Pendiang elektrik boleh dibina sebagai pengganti kayu atau gas atau retrofit dengan sisipan log atau kotak api elektrik.
  • Beberapa jenisnya ialah pendiang elektrik yang dipasang di dinding, dapur pendiang elektrik, pendiang mantel elektrik dan pendiang elektrik tetap atau bebas.

Cerobong[sunting | sunting sumber]

Bahan api yang digunakan[sunting | sunting sumber]

Binaan pendiangan yang pelbagai akan menggunakan bahan api yang bersesuaian agar pembakaran di dalamnya cekap serta tidak menjejaskan keutuhan pendiangan. Pendiangan yang diperbuat daripada batu boleh membakar kayu, gas asli, biojisim dan propana. Pendiangan yang mempunyai binaan tertutup pula lebih cocok menggunakan bahan api berasaskan gel. propana cecair mahupun gas asli.

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Pendiang boleh memiliki: asas, perdiangan, kotak api, mantel pendiang, pintu buang abu, kren serombong, pintu pembersihan, besi pengadang atau jeruji, ambang, palang atau balok ambang, atasmantel, dedada serombong, peredam, kebuk asap, leher, serombong, peparit serombong, mercu, tutup, litupan, atau penyekat percikan.

Alatan khusus untuk mengalihkan serta membersihkan perapian turut diperlukan seperti penyodok untuk mengeluarkan habuk pembakaran, hububan untuk meniupkan udara beroksigen kuat ke dalam perapian untuk memarakkan api serta penyepit untuk mengalihkan bahan yang sedang dibakar.

Aspek keselamatan[sunting | sunting sumber]

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) dan Jabatan Ekologi Washington seringkali memperingatkan bahawa perapian banyak dikaji dapat menimbulkan risiko kesihatan yang serius.[2][3] Binaan sebegini terutamanya boleh membahayakan orang tertentu seperti anak-anak, warga tua, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah pernafasan akibat pendedahan kepada asap yang terkeluar.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "fireplace". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 5 September 2019.
  2. ^ "Health Effects - Burn Wise - US EPA". epa.gov.
  3. ^ a b "Health Effects of Wood Smoke" (PDF). Washington's Department of Ecology. 1997. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-10. Dicapai pada 3 Februari 2012.