Diari Ramadhan Rafique Reunion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Diari Ramadhan Rafique Reunion
Genre
PengarahM. Hitler Zami
Dibintangi oleh
  • Mirsad Hassan Kulasic
  • Maisarra Nor
  • Kamarul Eqif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod4
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 Mei 2019 – 2 Jun 2019

Diari Ramadhan Rafique Reunion ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 yang disiarkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan dengan tayangan perdana bermula padapada 12 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019. Ia merupakan kesinambungan kepada Diari Ramadhan Rafique.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Rafique masih bujang dan menetap dengan nenek di kampung. Rafique membuka bengkel membaiki kereta di kampungnya secara kecil-kecilan. Maisara yang kini telah berusia 19 tahun, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti tempatan. Nenek yang kesunyian dengan terletah kanak-kanak kecil mengambil upah menjaga 4 orang anak-anak kejiranan yang mana kedua ibu dan bapa mereka bekerja.

Daripada 4 orang kanak-kanak yang dijaga oleh nenek, salah seorang dari mereka yang bernama Sadique mempunyai tabiat atau berperangai sama seperti perangai Rafique sewaktu kecil dahulu, iaitu nakal dalam diam dan sering menjadi mangsa keadaan. Ramadan kini tiba lagi, Rafique melihat sikap Sadique sama sepertinya sewaktu kecil. Rafique yang cuba menjadikan “Diari Sewaktu Dia Masih Kecil” sebagai sumber rujukan, tetapi dia silap, zaman telah berubah, kenakalan kanak-kanak zaman kini tidak lagi seperti zamannya dahulu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mirsad Kulasic sebagai Rafique
  • Normah Damanhuri sebagai Nenek
  • Mysarra sebagai Maisara
  • Kamarul Eqif sebagai Sadiq
  • Syed Ali Murtadha sebagai Rohaizat
  • Iris Alessandra sebagai Haslinda
  • Nur Damia Danisha sebagai Suci
  • Roy Azman sebagai Hassan
  • Rozita Che Wan sebagai Siti Rohani
  • Zed Zaidi sebagai Izwan
  • Zarynn Min sebagai Siti Fatimah
  • Puteri Khareeza sebagai Zara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khai Azfar (18 Februari 2019). Selepas 13 tahun, Diari Ramadhan Rafique bakal kembali Murai.com.my. Dicapai pada 27 Julai 2019.
  2. ^ Diari Ramadhan Rafique kembali selepas 13 tahun Oh My Media!. 19 Februari 2019. Dicapai pada 27 Julai 2019.