Pergi ke kandungan

Diaspora Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diaspora Cinta
GenreDrama
Cinta
Konflik
Dendam
Ditulis olehZuraida Ramly
PengarahHarris Fadzilah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Sesungguhnya" oleh Sabhi Saddi ft. Marsha Milan
Lagu penutup"Cinta Sesungguhnya" oleh Sabhi Saddi ft. Marsha Milan
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlenda Samsudin
Zulkafle Zainuddin
PenerbitHairul Anuar Zainuddin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Saujana Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Siaran asal24 Januari 2016 – 23 April 2016
Kronologi
MengikutiSetulus Janji
Diikuti olehCatatan Seorang Da'i

Diaspora Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Harris Fadzillah, dibintangi Fathia LatiffAfiq Muiz, Zarina Zainoordin dan Zain Saidin. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri TV1 bermula 24 Januari 2016 menggantikan Setulus Janji.

Drama ini mengisahkan tentang hubungan tiga sahabat ketika melanjutkan pelajaran di Australia. Ketika bergelar pelajar tahun akhir, Qalif (Afiq Muiz) jatuh cinta pada Irma (Fathia Latiff). Mereka menyulam bunga-bunga cinta.

Namun hubungan mereka tidak disenangi rakan rapat Qalif yang merupakan rakan sekampungnya. Diana (Zarina Zainoordin) sanggup menggunakan cara kotor untuk memisahkan mereka. Dalam diam rupanya Diana menaruh hati pada Qalif namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Apabila Irma hadir dalam hidup Qalif, Diana semakin membenci mereka. Bahkan ibu Diana, Mak Kintan (Liza Abdullah) memberitahu anaknya bahawa hanya Qalif sahaja calon menantu dia akan terima didalam rumah itu.

Irma terpaksa menunda satu semester lagi apabila assignmentnya gagal sampai ke tangan pensyarah. Semuanya berpunca daripada Diana apabila dia berang melihat Qalif dan Irma berpacaran tanpa menghiraukan dirinya. Irma yang menyampaikan amanah kepada Diana untuk diberikan kepada pensyarah tetapi tugasan tersebut dibuang ke dalam tong sampah.

Disebabkan itu, Irma terpaksa meneruskan satu lagi semester untuk mengulang subjek tersebut. Qalif berjanji akan terus melamar Irma sebaik sahaja pengajiannya tamat. Diana yang menyaksikan semua itu berasa semakin menyampah.

Sekembalinya di Malaysia, Qalif membuat persiapan ingin melamar Irma. Diana yang tidak mahu mereka bersatu mula menghasut Irma tentang keluarga Qalif. Irma terkejut, rupa-rupanya hubungan mereka masih dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga Qalif dan Irma sendiri tidak faham mengapa Qalif tidak berterus-terang dengannya.

Diana berjaya membuat hubungan Qalif dan Irma semakin renggang. Apakah akan ada jodoh diantara mereka? Apakah rancangan jahat Diana untuk menghancurkan hubungan mereka? Siapa pula Saiful (Zain Saidin) yang menjadi teman rapat Irma? Saksikan segalanya dalam drama Diaspora Cinta.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema

[sunting | sunting sumber]
  1. "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi ft. Marsha Milan