Diatonik dan kromatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Diatonik dan kromatik ialah suatu istilah dalam teori muzik yang sering digunakan untuk menyifatkan skala, alat muzik, jeda, kord, not, gaya muzik dan jenis harmoni.

 {
\new Staff \with { \remove "Time_signature_engraver" }
\relative c'{ c d e f g a b c\fermata \bar "||" }
}

Gambar menunjukkan skala diatonik dalam C berdasarkan sistem temperament sama.

Dalam takrif yang paling terperinci, skala diatonik ialah suatu skala yang dapat diterbitkan daripada pic yang diwakili oleh kekunci putih piano dengan turutan jeda:
...-T–T–S–T–T–T–S–T-...


{
  \new Staff \with { \remove "Time_signature_engraver" }
  \relative c' { \time 13/4
c cis d dis e f fis g gis a ais b c b bes a aes g ges f e es d des c \bar "|" }
}

Gambar menunjukkan skala kromatik dari C: 1 oktav menaik dan menurun.

Skala kromatik hanya terdiri daripada pic dengan jeda semiton, sama ada menaik atau menurun.[1]

Sesetengah alat muzik dapat memainkan apa-apa skala (contohnya, violin), tetapi sesetengah alat muzik yang hanya dapat memainkan skala diatonik yang telah ditetapkan (contohnya, harmonika).

Secara amnya, not dikira diatonik jika dijumpai dalam skala diatonik, jika tidak, not tersebut dikira kromatik. Kord diatonik dibina hanya dengan not daripada skala diatonik sama, manakala kord lain dikira kromatik. Istilah diatonik dan kromatik juga digunakan dalam harmoni: Ahli muzik sering menggunakan perkataan diatonik untuk merujuk kepada apa-apa harmoni dalam lingkungan sistem major-minor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elements of Musical Composition, Crotch, William, 1830