Dick Costolo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dick Costolo
D. Costolo, 2010
Kelahiran
Richard William Costolo

(1963-09-10) 10 September 1963 (umur 60)
Royal Oak, Michigan, A.S.[1]
Pusat pendidikanUniversiti Michigan (BS)
PekerjaanCEO Twitter sehingga 1 Julai 2015
Nilai bersihAS$500 juga (Sep 2020)

Richard William Costolo (sebutan: /ˈkɒstəl/; lahir 10 September 1963) ialah seorang ahli perniagaan Amerika. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twitter dari 2010 hingga 2015; beliau juga pernah berkhidmat sebagai COO sebelum menjadi CEO. Beliau mengambil alih sebagai CEO dari Evan Williams pada Oktober 2010. Pada 11 Jun 2015, diumumkan bahawa Costolo akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Julai 2015, dan akan digantikan oleh pengasas bersama Twitter dan pengerusi Jack Dorsey secara sementara sehingga Lembaga Pengarah dapat mencari pengganti.[2] Pada 8 Ogos 2015, The New York Times melaporkan bahawa Costolo akan meninggalkan Lembaga Pengarah Twitter menjelang akhir tahun atau apabila CEO baharu dilantik.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2013 Twitter's Dick Costolo, and what you may not know about him". Mercury News. 16 September 2013.
  2. ^ MG Siegler (2010-10-04). "Dick Costolo Takes Twitter CEO Role So Evan Williams Can Focus On Product". TechCrunch. Dicapai pada 2011-02-19.
  3. ^ Issac, Mike (2015-08-08). "Dick Costolo Is Said to Plan Departure From Twitter's Board". The New York Times. Dicapai pada 2015-08-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]