Syamsul Hirdy bin Muhid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Diddy Hirdy)
Syamsul Hirdy bin Muhid
Nama asalSyamsul Hirdy bin Muhid
Nama lahirSyamsul Hirdy bin Muhid
Juga dikenali sebagai
Diddy Hirdy
Kelahiran (1985-10-05) 5 Oktober 1985 (umur 38)
Kuala Lumpur
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia musim keempat

Syamsul Hirdi bin Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy (lahir 5 Oktober 1985) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kuala Lumpur.

Penyanyi kegemarannya ialah Anuar Zain, Marc Anthony, dan James Ingram. Pelakon kegemarannya pula ialah Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida dan Erma Fatima. Beliau lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarganya.

Sekarang menetap di Lodge Lane, Liverpool dan sedang melanjutkan pengajian pascaijazah dalam muzik di University of Liverpool, England.

Maklumat lain[sunting | sunting sumber]

Makanan Kegemaran : Sushi
Minuman Kegemaran : Susu segar
Filem Kegemaran : Buli
Lagu Kegemaran : Keabadian Cinta
Hobi : Menyanyi dan mendengar muzik
Zodiak : Libra
Tinggi : 183 cm
Berat : 87 kg
Bangsa : Melayu
Umur : 35 tahun

Akademi Fantasia 4[sunting | sunting sumber]

Diddy diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Diddy telah tersingkir pada Konsert ke-6. Seterusnya, Diddy dibawa masuk bersama tujuh peserta bekas pelajar yang lain untuk bersaing dalam konsert penyerapan masuk untuk ke peringkat akhir iaitu konsert AFMASUK pada minggu kesembilan tetapi beliau tidak berjaya dengan hanya menduduki tempat keempat bagi undian AFMASUK.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

Konsert Lagu Tugasan Ranking
Prelude "Mimpi Yang Tak Sudah" nyanyian Ibnor Riza Top 12
Minggu 1 "Aduh Sayang" nyanyian P. Ramlee 8th
Minggu 2 "Lonely No More" nyanyian Rob Thomas 9th
Minggu 3 "Memori Luka" nyanyian Headwind 8th
Minggu 4 "Nusantara" nyanyian Kembara 7th
Minggu 5 "Biar Betul" nyanyian Akar 7th
Minggu 6 "Air Mata Kasih" nyanyian Kamariah Ahmad Tersingkir
Minggu 9 "Diari Seorang Lelaki" nyanyian Pretty Ugly -

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Hilang"
  • "Lena"
  • "Lelaki Atas Awan"
  • "Saat"
  • "Bidadari Hati"
  • "Pergilah"

Duet[sunting | sunting sumber]

  • "Saling Terpesona" (duet bersama Yanie)
  • "Biar Diddy Sambung" (feat Wangi)
  • "Sudah" (duet bersama Nur)
  • "Bertarung Sampai Akhir" (duet bersama Kay Khydir)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah
2013 Paku P. Ramesh
2015 Sunti @ Facebook Py James Lee

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Kampus TVi

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Serakah Rashid Dr. Rashid Astro Prima

Program Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2006 Akademi Fantasia Musim 4 Peserta Astro Ria Tersingkir konsert ke-6.
Trek Selebriti Artis undangan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]