Didi & Friends The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Didi & Friends The Movie
Pengarah
  • Akmal Aziz Asmawi
  • Roshfaizal Ariffin
Penulis
  • Sumie Azil
  • Roshfaizal Ariffin
  • Akmal Aziz
BerdasarkanDidi & Friends
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Muzik olehSaiful Ridzuan Sharafuddin
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 23 Februari 2023 (2023-02-23) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 6 juta
Pecah panggungRM 8 juta

Didi & Friends The Movie merupakan filem pengembaraan muzikal animasi Malaysia 2023 arahan bersama Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin. Berdasarkan daripada francais Didi & Friends, filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2023.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

  • Nur Insyeerah sebagai Didi
  • Adilia Myra sebagai Nana
  • Adam Muqri sebagai Jojo
  • Dato’ Awie sebagai Tok Chip
  • W.A.R.I.S sebagai Torra
  • Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
  • Ruminah Sidek sebagai Nenek Kura
  • Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
  • Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Ia juga mencatat lembaran sejarah apabila menjadi filem animasi Malaysia yang pertama menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya (Reprise) termasuk Hora Horey Instrumental.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu : Hora Horey

Artis : Nur Insyeerah, Adam Muqri, Adilia Myra dan pengisi suara Didi & Friends

Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan


Lagu : Percaya

Artis : Nur Insyeerah Ahmad Shahir, Khairul Ammar

Komposer : Saiful Ridzuan


Lagu : Kapten Zee dan Krew

Artis : Amelia Henderson dan Didi & Friends

Komposer : Saiful Ridzuan


Lagu : Lagu Manet

Artis : Didi & Friends

Komposer : Saiful Ridzuan / Khairul Azeem / Yuri Wong


Lagu : Torra Torra

Artis : W.A.R.I.S, Senja

Komposer : Saiful Ridzuan


Lagu : Kembali Bersama

Artis : Modescape

Komposer : Shah Modescape


Lagu : Irama dan Lagu

Artis : Dato' Awie, Nur Insyeerah, Adam Muqri

Komposer : Saiful Ridzuan


Lagu : Percaya (Reprise)

Artis : Nur Insyeerah, Adam Muqri, Adilia Myra

Komposer : Saiful Ridzuan


Lagu : Hora Horey Konsert

Artis : Nur Insyeerah, Adam Muqri, Adilia Myra

Komposer : Saiful Ridzuan / Yuri Wong


Lagu : Luar Biasa

Artis : Hael Husaini

Komposer : Hael Husaini


Lagu : Hora Horey - Instrumental

Artis : Nur Insyeerah, Adam Muqri, Adilin Myra

Komposer : Saiful Ridzuan / Yuri Wong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Didi & Friends The Movie animasi luar biasa, penuh keseronokan untuk seisi keluarga". Astro Awani. 16 Februari 2023. Dicapai pada 26 Februari 2023.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (9 Mac 2023). "Berhabuk mata tengok Didi & Friends The Movie". Kosmo!. Dicapai pada 20 Mac 2023.
  3. ^ Ahmad Faez (16 Februari 2023). "[Review] Didi & Friends The Movie Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak Tapi Semua Peringkat Umur". The Rakyat Post. Dicapai pada 20 Mac 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]