Didi Astillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Didi Astillah
Nama lahirDayang Nazilah binti Awang Astillah
Kelahiran (1996-08-28) 28 Ogos 1996 (umur 25)
Sabah, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penari
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

Dayang Nazilah binti Awang Astillah (lahir 28 Ogos 1996) atau lebih dikenali dengan nama pentas Didi Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Bakat seni Didi mula dicungkil ketika berusia 3 tahun apabila Didi bergabung dengan kakaknya, Bella Astillah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya. Melalui album kanak-kanak ini, Didi dan kakaknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Didi mula berkembang dan berjaya menghasilkan 10 album.[2]

Didi juga pernah merakamkan album nasyid yang berjudul Jom Beribadat terbitan FMC bersama kumpulan nasyid remaja yang digelarkan Puteri.[3].

Percaya dan yakin dengan bakat yang ada pada dirinya, Didi menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Tidak berhenti disitu, pada tahun 2010 Didi menyertai program pencarian bakat Kamilah Bintang musim pertama terbitan Astro Ceria dan berjaya muncul juara pada minggu ketiga[4].

Atas kecintaannya pada dunia nyanyian, Didi tidak jemu bereksperimentasi dan pernah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi remaja seusianya, antaranya Didi pernah menganggotai kumpulan pop remaja yang dikenali sebagai Miracle 5 dan kumpulan vokal remaja, The BeeSings. Didi menganggotai Miracle 5 bersama 4 lagi remaja perempuan yang boleh menyanyi dan menari dan mereka telah menyanyikan semula lagu popular Adzrin Adzhar yang bertajuk Pujaan Malaya.[5] Didi menganggotai The BeeSings bersama dengan Fimie Don, Azzam Sham, Haqiem Rusli dan Aida Ross. Kumpulan The BeeSings sempat mengeluarkan dua single yang bertajuk Pentas Dunia dan Luar Biasa dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat cilik dan remaja tanahair.[6].

Menyedari bakat Didi serta pakej menyeluruh yang boleh ditawarkan oleh Didi, Warner Music Malaysia telah melamar Didi sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni. Bersama Warner Music Malaysia, Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul Didi Astillah yang menampilkan konsep muzik pop dance. Dalam usaha membawa imej baru sesuai dengan usia Didi yang menginjak dewasa, Didi memastikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut agar tampil segar dan lebih matang berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamnya ketika kecil/remaja.[7].

Didi kini tampil dengan single pertama berjudul Fikirkan Kamu ciptaan Posan Tobing, seorang komposer daripada Indonesia yang pernah menerbitkan lagu popular Sayang nyanyaian Shae.[8].

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang anak seni yang dikurniakan pelbagai bakat, Didi juga aktif mengasah bakanya dalam bidang lakonan yang mana Didi pernah muncul sebagai pelakon cilik/remaja dalam produksi-produksi tempatan:

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Skrip 7707
2010 Damping Malam

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen TV Catatan
Misi Aleesya Natasha TV2
Esok Hari Raya TV1
Sketsa Raya TV3
Hasanah TV2
Cinderella Story TV9
Idola Kecil the Muzikal
Potret Aidilfitri TV3
Kahwin-Kahwin Astro Citra
2020 Baju Jersi Amar TV1

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen TV Catatan
2006 Afi Dan Abah Fifi Astro Ceria
2010 Selamat Pagi Putera Puteri TV2
Gempur Sindiket Interlet
Tok Teh
Dilema Wanita
Nak Pulang Tak Pulang TV1
2010 Idola Kecil Balik Kampung TV9
Bunga Merah Punya
Kemelut Rindu TV1
2013 Kelas Sebelah TV2
2019 Sweet Dreams Melissa Astro Ria
2020 Manis Agnes Jam 5 Mia TV Okey
2021 Malaysian Ghost Stories Maira Astro Ria Episod: “Ulek Mayang”
Perisik Cinta Tak Diundang Inluencer TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-08-11.
  2. ^ "Didi bukan lagi cilik". Harian Metro. 9 Ogos 2014.
  3. ^ "Puteri ingin jadi 'trendsetter' remaja Islam". mStar. 30 Januari 2008.
  4. ^ "Peserta Kamilah Bintang Berbakat". mStar. 29 November 2010.
  5. ^ ""PUJAAN MALAYA" [remix] by MIRACLE 5".
  6. ^ "Hala tuju The Beesings". Utusan Malaysia. 23 Disember 2012.
  7. ^ "Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu". mStar. 7 September 2014.
  8. ^ "Didi Astillah Tampil Dengan 'Fikirkan Kamu'". Media Hiburan. 8 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-10. Dicapai pada 2014-09-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]