Dieffenbachia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dieffenbachia
Pisang tanah
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Dieffenbachia

Schott
Julat genus Dieffenbachia.
Sinonim[1]
  • Seguinum Raf.
  • Maguirea A.D.Hawkes

Dieffenbachia, turut disebut pisang tanah[2] ialah genus tumbuhan berbunga tropika dalam keluarga Araceae. Ia tempatan dari kawasan tropika Dunia Baru dari Mexico dan Hindia Barat selatan ke Argentina. Beberapa spesies ditanam dengan meluas menjadi tanaman hiasan lebih-lebih lagi tanaman rumah, dan turut diserapkan ke beberapa pulau tropika.[1][3]

Pisang tanah ialah saka bak herba dengan batang lurus, ringkas dan daun berselang-seli yang mempunyai bintik dan tompok putih, menjadikannya daun hiasan rumah yang menarik. Spesies dalam genus ini terkenal selaku tanaman rumah lantaran ketahanan teduh mereka. Nama Inggerisnya dumb cane dan mother-in-law's tongue ('lidah mentua'; turut dipakai untuk spesies Sansevieria) merujuk pada kesan rafidnya yang beracun, yang mendatangkan ketidakmampuan bercakap sementara.[4] Dieffenbachia telah dinamakan oleh Heinrich Wilhelm Schott, pengarah Taman Botani di Vienna, untuk memperingati ketua pekebunnya Joseph Dieffenbach (1796–1863).

Jambak bunga Dieffenbachia oerstedii
Keratan jejari dan keratan rentas batang

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pisang tanah kurang mendapat perhatian penggemar tanaman hiasan kerana coraknya yang kurang menyerlah, selalunya hanya terdiri dari campuran putih dan hijau. Keladi ini hidup subur di tanah lapang mahupun ditanam di dalam pasu. Dalam seni laman, ia sering dijadikan tanaman penyeri latar belakang.

Keracunan[sunting | sunting sumber]

Keladi ini tidak seharusnya ditanam di kawasan tumpuan kanak-kanak seperti di taman permainan mahupun di dalam rumah lantaran getahnya boleh mendatangkan radang dan bengkak. Getah ini mengandungi kalsium oksalat berbentuk jarum yang dipanggil rafid. Jika tertelan, getah ini boleh menyebabkan bengkak pada salur pernafasan dan mengakibatkan salur tersebut tersumbat dan sesak nafas.[perlu rujukan]

Spesies[sunting | sunting sumber]

World Checklist of Selected Plant Families menyenaraikan spesies berikut:[1]

  1. Dieffenbachia aglaonematifolia Engl. – Brazil, Paraguay; Wilayah Corrientes dan Misiones di Argentina
  2. Dieffenbachia antioquensis Linden ex Rafarin – Colombia
  3. Dieffenbachia aurantiaca Engl – Costa Rica, Panama
  4. Dieffenbachia beachiana Croat & Grayum – Costa Rica, Panama
  5. Dieffenbachia bowmannii Carrière – Colombia, barat laut Brazil
  6. Dieffenbachia brittonii Engl. – Colombia
  7. Dieffenbachia burgeri Croat & Grayum – Costa Rica
  8. Dieffenbachia cannifolia Engl. – Colombia, Ecuador, Peru
  9. Dieffenbachia concinna Croat & Grayum – Costa Rica, Nicaragua
  10. Dieffenbachia copensis Croat – Panama
  11. Dieffenbachia cordata Engl. – Peru
  12. Dieffenbachia costata Klotzsch ex Schott – Colombia, Ecuador, Peru
  13. Dieffenbachia crebripistillata Croat – Panama
  14. Dieffenbachia daguensis Engl. – Colombia, Ecuador
  15. Dieffenbachia davidsei Croat & Grayum – Costa Rica
  16. Dieffenbachia duidae (Steyerm.) G.S.Bunting – Venezuela, Guyana
  17. Dieffenbachia elegans A.M.E.Jonker & Jonker – Bolivia, barat laut Brazil, Guiana
  18. Dieffenbachia enderi Engl. – Colombia
  19. Dieffenbachia fortunensis Croat – Panama
  20. Dieffenbachia fosteri Croat – Panama
  21. Dieffenbachia fournieri N.E.Br. – Colombia
  22. Dieffenbachia galdamesiae Croat – Panama
  23. Dieffenbachia gracilis Huber – Peru, barat laut Brazil
  24. Dieffenbachia grayumiana Croat – Costa Rica, Panama, Colombia
  25. Dieffenbachia hammelii Croat & Grayum – Costa Rica, Nicaragua
  26. Dieffenbachia herthae Diels – Ecuador
  27. Dieffenbachia horichii Croat & Grayum – Costa Rica
  28. Dieffenbachia humilis Poepp. – Bolivia, Peru, Ecuador, barat laut Brazil, Guiana
  29. Dieffenbachia imperialis Linden & André – Peru
  30. Dieffenbachia isthmia Croat – Panama
  31. Dieffenbachia killipii Croat – Panama
  32. Dieffenbachia lancifolia Linden & André – Colombia
  33. Dieffenbachia leopoldii W.Bull – Colombia
  34. Dieffenbachia longispatha Engl. & K.Krause – Panama, Colombia
  35. Dieffenbachia lutheri Croat – Panama
  36. Dieffenbachia macrophylla Poepp. – Peru
  37. Dieffenbachia meleagris L.Linden & Rodigas – Ecuador
  38. Dieffenbachia nitidipetiolata Croat & Grayum – Panama
  39. Dieffenbachia obliqua Poepp. – Peru
  40. Dieffenbachia obscurinervia Croat – Panama
  41. Dieffenbachia oerstedii Schott – selatan Mexico (Veracruz, Tabasco, Campeche, Oaxaca, Chiapas), America Tengah (setiap 7 negeri), Colombia
  42. Dieffenbachia olbia L.Linden & Rodigas – Peru
  43. Dieffenbachia paludicola N.E.Br. ex Gleason – barat laut Brazil, Guiana, Venezuela
  44. Dieffenbachia panamensis Croat – Panama
  45. Dieffenbachia parlatorei Linden & André – Colombia, Venezuela
  46. Dieffenbachia parvifolia Engl. – barat laut Brazil, Bolivia, Ecuador, Peru, Venezuela
  47. Dieffenbachia pittieri Engl. & K.Krause – Panama
  48. Dieffenbachia seguine (Jacq.) Schott – Hindia Barat, selatan ke Brazil dan Bolivia (sin. D. maculata, D. picta)
  49. Dieffenbachia shuttleworthiana Regel – Colombia
  50. Dieffenbachia standleyi Croat – Honduras
  51. Dieffenbachia tonduzii Croat & Grayum – Nicaragua, Costa Rica, Panama, Colombia, Ecuador
  52. Dieffenbachia weberbaueri Engl. – Peru
  53. Dieffenbachia weirii Berk. – Colombia
  54. Dieffenbachia wendlandii Schott – selatan Mexico (Querétaro, Veracruz, Oaxaca, Chiapas) selatan ke Panama
  55. Dieffenbachia williamsii Croat – Bolivia
  56. Dieffenbachia wurdackii Croat – Peru

Dieffenbachia termasuk sebilangan nama taksonomi yang tak diselesaikan, semacam Dieffenbachia amoena.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ "Pisang tanah". Pusat Rujukan Persuratan Melayu - Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^ Govaerts, R. & Frodin, D.G. (2002). World Checklist and Bibliography of Araceae (and Acoraceae): 1–560. The Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew.
  4. ^ Britannica, The Editors of Encyclopaedia (4 Ogos 2021). "Dumb cane". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2022-04-03.
  5. ^ "Dieffenbachia — The Plant List". www.theplantlist.org. Dicapai pada 2018-12-21.