Diklorvos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diklorvos
Nama
Nama IUPAC
2,2-Diklorovinil dimetil fosfat
Nama lain
DDVP, Vapona[1]
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.498
KEGG
UNII
  • InChI=1S/C4H7Cl2O4P/c1-8-11(7,9-2)10-3-4(5)6/h3H,1-2H3 ☑Y
    Key: OEBRKCOSUFCWJD-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1S/2ClH.2H3N.Pt/h2*1H;2*1H3;/q;;;;+2/p-2
    Key: LXZZYRPGZAFOLE-UHFFFAOYSA-L
  • O=P(O\C=C(/Cl)Cl)(OC)OC
Sifat
C4H7Cl2O4P
Jisim molar 220.97 g·mol−1
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Diklorvos (2,2-dichlorovinil dimetil fosfat, biasanya disingkatkan sebagai DDVP[1]) ialah organofosfat yang digunakan secara meluas sebagai racun serangga untuk mengawal perosak isi rumah, dalam kesihatan awam, dan melindungi produk yang disimpan daripada serangga. Sebatian ini telah tersedia secara komersial sejak 1961 dan telah menjadi kontroversi kerana kelazimannya di laluan air bandar dan fakta bahawa ketoksikannya merentasi batas serangga semata-mata.[2] Sejak tahun 1988, diklorvos tidak boleh digunakan sebagai produk perlindungan tumbuhan di EU.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Diklorvos berkesan terhadap serangga seperti lalat cendawan, kutu daun, hama labah-labah, ulat dan lalat putih di rumah hijau dan di tanaman luar. Ia juga digunakan dalam industri pengilangan dan pengendalian bijirin dan untuk merawat pelbagai jangkitan cacing parasit pada haiwan dan manusia. Ia diberi makan kepada haiwan ternakan untuk mengawal larva botfly dalam baja. Ia bertindak terhadap serangga sebagai racun sentuhan dan racun yang ditelan. Ia boleh didapati dalam bentuk aerosol dan bahan pelarut. Ia juga digunakan dalam kolar kutu haiwan peliharaan dan "jalur tanpa perosak" dalam bentuk plastik yang diresapi racun perosak; bahan ini telah tersedia untuk isi rumah sejak 1964 dan telah menjadi punca kebimbangan, terutamanya terhadap isu penyalahgunaan.[4]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Sifat fizikal diklorvos ialah cecair tidak berwarna dengan bau aromatik.[5] Ketumpatannya ialah 1.425 g/cm3 (23.35 g/in3) pada suhu bilik iaitu 25 °C (77 °F). Diklorvos mempunyai takat lebur di bawah −60 °C (−76 °F)[5] dan takat didih 140 °C (284 °F) pada 27 hPa.[5] Diklorvos larut dalam air.[5]

Mekanisma tindak balas[sunting | sunting sumber]

Diklorvos, seperti racun serangga organofosfat yang lain, bertindak terhadap asetilkolinesterase yang dikaitkan dengan sistem saraf serangga. Tindak balas ini juga berkesan terhadap haiwan yang lebih tinggi strata daripada serannga, tetapi ia berlaku dengan mekanisma yang berbeza.[6][7] Ia didakwa merosakkan DNA serangga.[8]

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat telah menyemak data keselamatan diklorvos beberapa kali.[9] Pada tahun 1995 perjanjian sukarela telah dicapai dengan pembekal, Amvac Chemical Corporation, yang mengehadkan penggunaan diklorvos dalam banyak produk, tetapi bukan semua, kegunaan domestik, semua aplikasi udara dan kegunaan lain.[10] Pembatalan sukarela tambahan telah dilaksanakan pada tahun 2006, 2008, dan 2010. Kebimbangan utama tertumpu pada ketoksikan akut dan kronik dan fakta bahawa racun perosak ini berleluasa di laluan air bandar.[11] Sebuah kajian pada tahun 2010 telah mendapati bahawa setiap peningkatan 10 kali ganda dalam kepekatan metabolit organofosfat dalam air kencing dikaitkan dengan peningkatan 55% hingga 72% dalam kemungkinan ADHD pada kanak-kanak.[12][13][14]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Orang ramai boleh terdedah kepada diklorvos di tempat kerja dengan menghirupnya, penyerapan kulit, menelannya dan sentuhan mata. Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) telah menetapkan had undang-undang (had pendedahan yang dibenarkan) bagi pendedahan diklorvos di tempat kerja sebagai 1 mg/m3 sepanjang 8 jam hari bekerja. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) telah menetapkan had pendedahan yang disyorkan (REL) hanya sebanyak 1 mg/m3 sepanjang 8 jam hari bekerja. Pada tahap 100 mg/m3, diklorvos menjadi bahaya segera terhadap kehidupan atau kesihatan (IDLH).[15]

Kesan kepada manusia[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana ia adalah perencat acetylcholinesterase, gejala pendedahan diklorvos termasuk rasa lemah, sakit kepala, sesak dada, penglihatan kabur, air liur, berpeluh, loya, muntah, cirit-birit, kekejangan perut, kerengsaan mata dan kulit, miosis (penyempitan pupil), sakit mata, hidung berair, laringospasma, sianosis, anoreksia, fasikulasi otot, lumpuh, pening, ataksia, sawan, hipotensi (tekanan darah rendah), dan aritmia jantung.[15]

Ia juga diketahui menjejaskan replikasi DNA dalam bakteria.[16]

Data kepekatan maut (LC50)[17]
dos organisma Masa
15 mg/m3 tikus 4 jam
13 mg/m3 tetikus 4 jam
Data dos maut (LD50)[17]
dos organisma Laluan
100 mg/kg anjing mulut
61 mg/kg tetikus mulut
10 mg/kg arnab mulut
17 mg/kg tikus mulut

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Diklorvos telah dirujuk dalam novel fiksyen sains John Brunner The Sheep Look Up. Salah satu daripada banyak sketsa buku itu menceritakan tentang seorang wanita yang hampir mati, setelah mengambil barbiturat dan tidur di dalam bilik tertutup di mana jalur pembunuh lalat yang disiram dengan bahan itu diletakkan.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Dichlorvos". Haz-Map. U.S. National Library of Medicine. August 2015. Dicapai pada 2015-10-13.
  2. ^ "A review of Dichlorvos toxicity in fish". Current World Environment Journal. 8 (1). 2013. doi:10.12944/CWE.8.1.08.
  3. ^ "Which Pesticides are Banned in Europe?" (PDF). pan-europe.info. April 2008.
  4. ^ "Evaluation of human health hazards on use of dichlorvos (DDVP), especially in resin strips". Residue Reviews. 44: 115–59. 1972. doi:10.1007/978-1-4615-8491-9_6. ISBN 978-0-387-05863-4. PMID 4576326.
  5. ^ a b c d Templat:GESTIS
  6. ^ "Noncholinesterase effects induced by organophosphate pesticides and their relationship to cognitive processes: implication for the action of acylpeptide hydrolase". Journal of Toxicology and Environmental Health, Part B. 10 (8): 623–30. December 2007. CiteSeerX 10.1.1.334.9406. doi:10.1080/10937400701436445. PMID 18049927.
  7. ^ "Review of the in vitro and in vivo genotoxicity of dichlorvos". Regulatory Toxicology and Pharmacology. 49 (3): 316–26. December 2007. doi:10.1016/j.yrtph.2007.08.011. PMID 17936460.
  8. ^ "Dichlorvos exposure impedes extraction and amplification of DNA from insects in museum collections". Frontiers in Zoology. 7: 2. January 2010. doi:10.1186/1742-9994-7-2. PMC 2819063. PMID 20148102.
  9. ^ "Dichlorvos: a regulatory conundrum". Regulatory Toxicology and Pharmacology. 27 (3): 265–72. June 1998. doi:10.1006/rtph.1998.1217. PMID 9693077.
  10. ^ "Dichlorvos (DDVP): Deletion of Certain Uses and Directions". U.S. Environmental Protection Agency: Office of Pesticide Programs. April 19, 1995. m/s. 19580–19581. Docket Control Number OPP-38511
  11. ^ "Pesticide Levels in Waterways Have Dropped, Reducing the Risks to Humans". The New York Times. 11 September 2014.
  12. ^ "Organophosphate Pesticides Linked to ADHD". Medscape. May 17, 2010.
  13. ^ "Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder and Urinary Metabolites of Organophosphate Pesticides". Pediatrics. 125 (6): e1270-7. June 2010. doi:10.1542/peds.2009-3058. PMC 3706632. PMID 20478945.
  14. ^ "Slow-Acting". Scientific American. Jil. 295 no. 2. August 14, 2006. m/s. 26. doi:10.1038/scientificamerican0806-26.
  15. ^ a b NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0202" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
  16. ^ "Preferential Effect of Dichlorvos(Vapona) on Bacteria Deficient in DNA Polymerase" (PDF). Cancer Research.
  17. ^ a b "Dichlorvos". Immediately Dangerous to Life or Health Concentrations (IDLH). Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).
  18. ^ Brunner J (1972). The Sheep Look Up. New York: Ballantine Books. m/s. 220. ISBN 978-0-06-010558-7. LCCN 72-79705.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pemodulat metabolisme dan pengangkutan asetilkolina