Dilema (telefilem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dilema (Telefilem))

Dilema adalah telefilem Malaysia 2018 arahan Azaromi Ghozali terbitan MIG Productions dan ditulis oleh Rizuan Mat Nor. Telefilem ini telah disiarkan di Slot Luna ntv7 pada 30 September 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Robert, seorang lelaki berbangsa cina dan berkahwin dengan seorang wanita berbangsa kristian dan menetap di Kuala Lumpur. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ruby. Namun, perkahwinan mereka sering mendatangkan pergaduhan selepas melahirkan Ruby. Hubungan Robert dan isterinya, Rebecca, adalah sebuah perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga Rebecca. Tengku Nafrin dan Zandra Amelia, sepasang suami isteri juga merupakan sahabat baik Robert. Satu hari, Rebecca, bergaduh besar dengan Robert sehingga membuatkan Rebecca lari membawa diri ke negara asalnya, London. Robert memutuskan untuk mencari Rebecca di London. Oleh itu Robert meminta pertolongan daripada Tengku Nafrin dan Zandra Amelia untuk menjaga Ruby seketika sementara dia di London. Hampir setahun Robert pergi tanpa perkabaran berita, dan sudah puas juga Tengku Nafrin dan Zandra Amelia cuba untuk mencari Robert. 9 tahun berlalu. Ruby kini berumur 15 tahun dan sudah bersekolah menengah. Akhirnya Tengku Nafrin dan Zandra Amelia membuat keputusan untuk mengislamkan Ruby kerana memikirkan Robert yang tidak kunjung tiba. Suatu hari, Robert tiba-tiba muncul. Robert memperkenalkan dirinya kepada Ruby yang dia adalah ayah kandungnya dan Tengku Nafrin serta Zandra Amelia mengiyakan perkara tersebut. Untuk melepaskan rindu, Robert memohon untuk mengambil Ruby untuk tinggal bersamanya selama 2 minggu sementara cuti sekolah. Namun begitu, isteri baru Robert, Amanda, tidak berapa suka dengan Ruby dan tidak selesa dengan Ruby. Robert akhirnya memulangkan semula Ruby kepada Zandra Amelia dan Tengku Nafrin untuk terus menjaga Ruby sebaik mungkin seprti anak kandung sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Telefilem Dilema (ntv7)". MyInfotaip. 29 September 2018.