Dimana Kan Ku Cari Ganti (album 1998)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dimana Kan Ku Cari Ganti
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 Mac 1998
Dirakamkan padaJanuari 1998 - Mac 1998
StudioPRO Recording Studio
GenrePop
Panjang43:17
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi Liza Hanim
Epilog
(1997)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
(1998)
Molek
(1998)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dimana Kan Ku Cari Ganti merupakan sebuah album studio kedua nyanyian penyanyi popular Liza Hanim. Album ini dirakamkan khas untuk menghargai Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma. Lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti, Rindu Hatiku Tidak Terkira dan Istana Cinta adalah antara lagu yang kembali popular menerusi album ini. Penjualan album Dimana Kan Ku Cari Ganti yang memberangsangkan melayakkan album ini berada di Carta RIM yang sering ke udara di Radio THR setiap minggu pada tahun 1998. Liza Hanim juga dicalonkan buat pertama kali dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik menerusi album ini.

Ironi setelah 10 tahun album ini dirakam, pada tahun 2008 Liza diberi peluang untuk melakonkan watak biduanita negara tersebut dalam Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Persembahan teater muzikal itu mendapat sambutan dan disambungkan ke musim kedua. Liza juga diberi jolokan sebagai Saloma Jelmaan. Menerusi watak Saloma, Liza mendapat pencalonan Aktres Terbaik (Watak Utama) di Anugerah Seni Boh Cameronian pada tahun 2009.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Dimana Kan Ku Cari Ganti"S. SudarmajiP. Ramlee4:15
2."Istana Cinta"SulongP.Ramlee3:49
3."Rindu Hatiku Tak Terkira"S. SudarmajiP.Ramlee3:22
4."Jangan Tinggal Daku"P.Ramlee3:13
5."Malam Ini Kita Berpisah"P.Ramlee3:25
6."Senyum Tak Berbalas"P.Ramlee3:11
7."Hujan Di Tengah Hari"P.Ramlee3:20
8."Airmata Di Kuala Lumpur"P.Ramlee4:44
9."Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang"P.Ramlee4:24
10."Biarlah Aku Pergi"P.Ramlee2:39
11."Hilang Terang Timbul Gelap"P.Ramlee2:59
12."Putus Sudah Kasih Sayang"P.Ramlee3:09
Jumlah masa: 43:17


Tenaga Kerja[sunting | sunting sumber]

  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Adnan Abu Hassan - penerbit & susunan muzik
  • Eddie Marzuki - susunan muzik
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R
  • Bard - pengurus promosi
  • Ariffin - unit promosi
  • Riz - unit promosi
  • Rahayu - unit promosi

  • Sabariah (Singapura) - unit promosi
  • Wong - jururakam
  • Vincent - jururakam
  • Koh - jururakam
  • Pro Recording Studio (Cheras Perdana) - studio rakaman
  • Hana Creative Image - image
  • Joey - jurusolek
  • Foto QT - fotografi
  • AS Design & Print - konsep cover
  • Genesis Mastering Lab Sdn. Bhd. - mastering