Xilena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dimetilbenzana)

Xilena (xylene, daripada perkataan Yunani, ξύλο, xylo, "kayu") atau xilol serta dimetilbenzana merupakan sebarang daripada tiga buah isomer dimetilbenzana ataupun gabungan antara ketiga-tiganya. Xilena memiliki formula kimia (CH3)2C6H4 dan terdiri daripada sebuah gelungan benzena bersama dua kumpulan metil yang bercantum terhadapnya.

Tiga jenis xilena, o-xilena, m-xilena, and p-xilena

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Sebatian-sebatian xilena dihasilkan melalui tindak balas pemetilan (menambahkan kumpulan metil) terhadap sebatian benzena dan toluena.[1] Xilena yang dihasilkan dalam industri atau makmal biasanya terdiri daripada 40-65% m-xilena dan o-xilena, p-xilena dan etilbenzena pula hingga 20% masing-masing.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martindale, David C. and Kuchar, Paul J., Production of xylenes from light aliphatic hydrocarbons via dehydrocyclodimerization and methylation[pautan mati kekal], United States Patent No. 5,043,502, 1991-8-27. Accessed 2012-4-28.
  2. ^ "Xylene (Mixed Isomers), Air Toxic Hazard Summary)". United States Environmental Protection Agency. Dicapai pada 8 February 2015.
  3. ^ Kandyala, Reena; Raghavendra, Sumanth Phani C.; Rajasekharan, Saraswathi T. (2010). "Xylene: An overview of its health hazards and preventive measures". J Oral Maxillofac Pathol. 14 (1): 1–5. doi:10.4103/0973-029X.64299. PMC 2996004. PMID 21180450.
  4. ^ Xylene Diarkibkan Ogos 11, 2011, di Wayback Machine, Swedish Chemicals Agency, apps.kemi.se, 2010. Accessed 2012-4-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Xilena di Wikimedia Commons