Dinasti Hammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dinasti Hammad

1014–1152
Dinasti Hammad (hijau), sekitar 1100.
Ibu negara Beni Hammad (sehingga 1090)
Béjaïa (selepas 1090)
Bahasa Berber, Arab Klasik, Rom Andalus
Agama Islam
Kerajaan Monarki
Sultan
 •  1008–1028 Hammad ibn Buluggin
 •  1121–1152 Yahya ibn Abd al-Aziz
Sejarah
 •  Diasaskan 1014
 •  Dibubarkan 1152
Mata wang Dinar
Warning: Value specified for "continent" does not comply

Dinasti Hammad adalah sebuah dinasti Sanhaja Berber yang memerintah kawasan yang terdiri daripada timur laut Algeria sekitar 150 tahun (1008–1152), sehingga kerajaan ini ditakluk oleh khilafah Almohad. Tidak lama selepas memegang tampuk kuasa, mereka menolak mazhab Ismaili Fatimiyyah, dan kembali kepada mazhab Sunni Maliki, dan mengakui khilafah Abbasiyyah sebagai khalifah yang benar.

Ibukota pertama mereka adalah Qalaat Beni Hammad, yang diasaskan pada tahun 1007 dan kini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO; apabila kota ini diancam oleh puak Bani Hilal, mereka berpindah ke Béjaïa (1090).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1014, Hammad ibn Buluggin, seorang Barbar yang dilantik menjadi gabenor di tengah Maghreb, mengistiharkan beliau bebas daripada dinasti Zirid. Kerajaan ini pada waktu ini memerintah kebanyakan wilayah bermula di Maghribi sehingga ke Tunisia. Hammad diakui oleh Khalifah Abbasiyyah di Baghdad. Zirid kemudian menghantar tentera, tetapi dua tahun kemudian satu perjanjian damai telah ditandatangani, walaubagaimanapun Zirid hanya mengakui kesahihan dinasti Hammad hanya pada tahun 1018.

Hammad mengasaskan ibukota baharu di Qalaat Beni Hammad. Apabila ancaman daripada Bani Hilal meningkat (didorong oleh khilafah Fatimiyyah di Mesir), mereka memindahkan ibu kota ke Béjaïa, yang mana menjjadi salah sebuah kota paling makmur di Mediterranean pada Zaman Pertengahan (1052).

Pemerintah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]