Dinasti Ikhsyid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

• Dinasti ini pernah berkuasa di Mesir sehingga ke Syria.

• Asal-usul dinasti ini bermula sewaktu keluarga pengasas dinasti ini, Muhammad Bin Tughj dan keluarganya berhijrah ke Baghdad bersama-sama dengan sisa keluarga Bani Tulun dan penyokong beliau.

• Mungkin risau terjadinya persaingan, wazir bernama Al-Abbas Bin Al-Hasan menahan beliau bersama-sama bapa beliau, Tughj dan saudara beliau, Ubaidillah Bin Tughj.

• Setelah bapa Muhammad meninggal dalam tahanan, dua beradik ini dilepaskan dan dijaga oleh wazir yang menahan mereka. Walau bagaimanapun,wazir itu dibunuh oleh mereka dan Ubaidillah lari ke Syiraz.

• Ubaidillah kembali ke Baghdad pada masa khalifah Al-Muqtadir. Dua beradik ini kemuadian berkhidmad kepada Ibnu Bistam, amil wilayah Syam sehinggalah ke akhir hayatnya pada tahun 909M.

• Setelah itu, mereka berkhidmad pula kepada anak Ibnu Bistam, Abu Al-Qasim Ali. Disebabkan keberanian Muhammad di medan perang menentang tentera Khilafah Fatimiyyah, beliau diangkat menjadi gabenor sebuah kawasan di utara Aqabah pada tahun 918M.

• Riwayat dinasti ini berakhir di tangan Khilafah Fatimiyyah pada tahun 968M setelah penguasa terakhir dinasti ini, Al-Hasan Bin Ubaidillah Bin Tughj turun takhta sekali gus menganggu sistem pentadbiran.

Senarai Penguasa[sunting | sunting sumber]

1) Muhammad Bin Tughj

• Menjadi gabenor sebuah kawasan di utara Aqabah pada tahun 918M.

• Pada tahun (919-921M), Muhammad dilantik sebagai gabenor Iskandariah.

• Beliau terus terlibat dalam pertempuran melawan Khilafah Fatimiyyah yang ingin menguasai Mesir sehingga perjanjian damai dimerterai.

Kerajaan Bani Abbasiyah hanya mengiktiraf dinasti ini sehingga tahun 939M di mana Muhammad Bin Ra'iq, seorang amir al-umara bergerak ke Syam dan ingin menguasai Mesir.

• Sebagai tindak balas, beliau membatalkan pengakuan ke atas Kerajaan Bani Abbasiyah dan mengantikannya dengan Khilafah Fatimiyyah.

• Pada tahun 939M, beliau berperang dengan Muhammad Bin Ra'iq, seorang amir al-umara. Beliau mengalami kekalahan dan berundur ke Ramallah. Walau bagaimanapun, perjanjian damai berjaya dicapai dan Muhammad Bin Ra'iq bersetuju untuk membayar pajakan tahunan sebanyak 140,000 dinar.

• Setelah kematian Muhammad Bin Ra'iq, wilayah Syam, Mekah dan Madinah akhirnya berada di bawah pengaruh Dinasti Ikhsyid.

• Pada tahun 943M, dinasti ini disibukkan dengan ganguan orang Syiah di Mesir dan serangan Khilafah Hamdan yang menguasai Qinissirin,Mosul dan Al-Awasim.

• Hubungan Dinasti Ikhsyid dengan Dinasti Bani Hamdan terus memburuk kerana pengambilan kota Aleppo. Muhammad Bin Tughj terpaksa mengadakan perjanjian damai yang menyebabkan terlepasnya Aleppo dan disekitar Syam utara kepada Dinasti Bani Hamdan. Walau bagaimanapun, Dinasti Bani Hamdan perlu membayar jizyah kepada mereka.

• Beliau meninggal di Damascus pada tahun 946M dan dikuburkan di Baitulmaqdis.

2) Kafur Al-Ikhsyid

• Beliau memerintah dinasti ini sementara putera Muhammad Bin Tughj, Abu Al-Qasim Anujur meningkat dewasa.

• Berjaya membasmi pemberontakan penduduk Mesir

• Berjaya mengalahkan Saif Ad-Daulah sewaktu beliau menduduki Damascus dan merancang untuk menyerang Mesir melalui Ramallah.

• Berjaya merampas kembali Aleppo.

• Beliau berhasil memperoleh persetujuan khalifah Abbasiyah untuk mengangkat Abu Al-Qasim Anujur sebagai penguasa Dinasti Ikhsyid. Walau bagaimanapun, perselisihan antara Anujur dengan Kafur berlaku yang menyebabkan terpecahnya 2 kelompok politik.

• Setelah Anujur meninggal, beliau mendukung saudaranya, Abu Al-Hasan Ali Bin Muhammad. Beliau berjaya mempengaruhi Abu Al-Hasan Ali untuk tidak menonjolkan diri dengan memberikan dana sebanyak 400000 dinar setahun.

• Beliau juga menolak pewaris Abu Al-Hasan Ali, Ahmad Bin Abu Al-Hasan Ali sebagai penguasa dengan alasan beliau masih kecil.

• Pada tahun 966M, beliau mengeluarkan surat dari khalifah Abbasiyah yang mengakui beliau sebagai penguasa Mesir dan di sekitarnya.

• Semasa menjadi penguasa Mesir dan di sekitarnya, Wilayah Syam dan kafilah haji dari Mesir sering diganggu pihak Qaramitah.

Mesir juga dilanda gempa bumi dan kebakaran yang menghancurkan 1700 rumah di Fustat. Bukan itu sahaja, Mesir turut diserang oleh raja Nubia,mengalami kemarau dan diancam oleh Khilafah Fatimiyyah.

• Beliau akhirnya meninggal di Mesir dan dikuburkan di Quds pada tahun 968M.

3) Al-Hasan Bin Ubaidillah Bin Tughj

• Beliau dilantik oleh para pembesar dinasti kerana cucu Muhammad Bin Tughj, Abu Al-Fawaris masih lagi kanak-kanak.

• Disebabkan beliau gagal menjalin hubungan yang baik dengan penduduk Mesir, beliau terpaksa kembali semula ke Wilayah Syam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1) Taufik Abdullah.(2002).Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah.Jakarta.Ichtiar Baru Van Hoeve