Dinasti Jin, 1115–1234

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jin
1115–1234
Kedudukan Jin
Kedudukan Jin
Ibu negaraHuining
(1122-1153)
Zhongdu
(1153-1214)
Kaifeng
(1214-1233)
Agama
Buddhisme, Daoisme, Konfucianisme, agama rakyat Cina
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1115-1123
Maharaja Taizu
• 1234
Maharaja Modi
Sejarah 
• Diwujudkan
1115 1115
• Penamatan pemerintahan Liao
1125
• Penawanan Bianliang
9 Januari, 1127
• Kejatuhan Caizhou
9 Februari, 1234 1234
Mata wangSyiling China, Matawang China
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Liao
Dinasti Song
Empayar Mongol
Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negeri-Negeri Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Dinasti Jīn (Jurchen: Anchu, Aisin Gurun; Bahasa Cina: 金朝pinyin: Jīn CháoWade-Giles: Dinasti Chin, IPA: [tɕîn tʂʰɑ̌ʊ̯]); bahasa Khitan: Nik, Niku;[1][2] Bahasa Mongolia: Altan Ulus; 1115–1234), juga dikenali sebagai dinasti Jurchen, telah ditubuhkan oleh puak Wanyan (完顏 Wányán) dari Jurchen, nenek moyang bagi Manchu yang mengasaskan dinasti Qing kira-kira 500 tahun kemudian. Namanya kadang kala ditulis sebagai Jinn untuk membezakannya dengan Dinasti Jìn awal di China yang mana namanya dieja sama di dalam abjad Rom.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Peta Asia dan sebahagian Eropah dan Afrika sekitar tahun 1200

Dinasti Jin telah diasaskan di utara Manchuria oleh ketua puak Jurchen, Wányán Āgǔdǎ (完顏阿骨打) pada tahun 1115. Pada tahun 1125, beliau telah berjaya menjatuhkan dinasti Liao yang berkuasa ke atas utara China, termasuk Manchuria dan sebahagian kawasan Mongol selama beberapa abad. Pada 9 Januari, 1127, tentera Jin menjarah Kaifeng, ibukota bagi dinasti Song Utara, dan menawan Maharaja Qinzong, dan bapa beliau, Maharaja Huizong, yang melepaskan takhta dalam keadaan panik selepas berhadapan dengan tentera Jin. Berikutan dengan kejatuhan Kaifeng, tentera Song di bawah kepimpinan dinasti Song Selatan terus berperang selama sedekad dengan tentera Jin, sebelumnya akhirnya menandatangi Perjanjian Shaoxing pada tahun 1141, melepaskan kesemua tanah Song di utara Sungai Huai kepada Jin dan menghukum mati Jeneral Song, Yue Fei sebagai pertukaran untuk keamanan.

Penghijrahan ke selatan[sunting | sunting sumber]

Barang perhiasan jed dengan rekabentuk bunga, Dinasti Ji, Muzium Shanghai.

Selepas mengambil alih utara China, dinasti Jin menjadi semakin sinize. Kira-kira tiga juta penduduk, separuh darinya adalah orang Jurchen, berpindah ke selatan memasuki China selama lebih dua dekad, dan puak minoriti ini memerintah ke atas kira-kira tiga puluh juta penduduk. Orang Jurchen telah diberi geran tanah dan menguruskan masyarakat seramai 1,000 keluarga (猛安 - meng'an) dan 100 keluarga (謀克 - mouke). Ramai yang mengahwini orang Han, walaubagaimanapun sekatan bagi bangsawan Jurchen untuk mengahwini Han tidak ditarik balik sehinggalah pada tahun 1191. Selepas Maharaja Tàizōng (太宗) meninggal dunia pada tahun 1135, tiga orang maharaja Jin selepasnya merupakan cucu kepada Wányán Āgǔdǎ dari tiga orang putera berlainan. Maharaja Xīzōng (熙宗) (r. 1135-1149) belajar klasik dan menulis sajak Cina. Beliau menerima pakai tradisi budaya Han, tetapi para bangsawan Jurchen memegang kedudukan teratas.

Tidak lama kemudian, Maharaja Xīzōng menjadi pemabuk dan menghukum mati ramai pegawai yang mengkritik beliau. Beliau juga membunuh para pemimpin Jurchen yang menentang beliau, meskipun mereka itu berasal dari puak keluarga Wanyan beliau sendiri. Pada tahun 1149, beliau telah dibunuh oleh satu klik rahsia dari kalangan bangsawan dan keluarga beliau, yang mana kemudian mengangkat sepupu beliau Wányán Liàng (完顏亮) sebagai maharaja seterusnya. Di sebabkan kekejaman beliau di dalam polisi dalam dan luar, selepas meninggal dunia Wanyan Liang dilucutkan daripada gelaran maharaja. Akibatnya, para sejarawan biasanya merujuk beliau dengan nama selepas dunia sebagai Putera Hǎilíng (海陵王).[3]

Pemberontakan di utara[sunting | sunting sumber]

Sebuah patung marmar sami Buddha, 1180 AD, dinasti Jin.

Selepas merampas takhta, Wanyan Liang memulakan program untuk mengesahkan pemerintahan beliau sebagai seorang maharaja China. Pada tahun 1153, beliau telah memindahkan ibukota utama empayar daripada Huining Fu di utara Manchuria (kini di selatan Harbin) ke bekas ibukota Liao, Yanjing (kini Beijing).[3][4] Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1157, bagi menekankan mengekalkan pemindahan ini, beliau telah membakar kediaman para bangsawan di Huining.[3][4] Hǎilíng juga telah membina semula bekas ibu kota Song, Bianjing (kini Kaifeng), yang mana telah dijarah pada tahun 1127, menjadikan ia sebagai ibu kota selatan bagi empayar Jin.[3]

Putera Hǎilíng juga cuba untuk menghapuskan bantahan dengan membunuh para bangsawan Jurchen, menghukum mati 155 orang putera.[3]

Bagi memenuhi impian beliau untuk menjadi pemerintah seluruh China, Putera Hǎilíng telah menyerang Song Selatan pada tahun 1161. Sementara itu, dua pemberontakan serentak muncul di Manchuria: satu oleh bangsawan Jurchen, diketuai oleh sepupu Hǎilíng, Wányán Yōng (完顏雍), dan satu lagi oleh puak Khitan. Hǎilíng terpaksa mengundurkan pasukan tentera Jin daripada selatan China bagi menumpaskan pemberontakan. Tentera Jin telah dikalahkan di dalam Pertempuran Caishi dan Pertempuran Tangdao. Dengan bilangan tentera yang berkurangan, Putera Hǎilíng gagal dalam cubaan beliau untuk menyerang Song Selatan. Di sebabkan kekalahan ini, akhirnya beliau telah dibunuh oleh para jeneral beliau sendiri pada bulan Disember 1161. Anak lelaki dan pewaris beliau juga telah dibunuh di ibu negara.[3]

Meskipun ditabalkan pada bulan Oktober, Wányán Yōng secara rasminya tidak diiktiraf sebagai Maharaja Shìzōng (世宗) Jin sehingga pembunuhan pewaris kepada Putera Hǎilíng.[3] Pemberontakan Khitan tidak dapat ditumpaskan sehinggalah tahun 1164; kuda-kuda mereka dirampas oleh itu para pemberontak terpaksa bertani. Orang Khitan dan unit-unit kavalri Xi telah digabungkan ke dalam tentera Jin. Disebabkan pemberontakan dalaman ini telah melemahkan keupayaan Jin untuk berperang dengan tentera Song Selatan, istana Jin di bawah pemerintahan Maharaja Shizong mula berunding untuk berdamai. Perjanjian Lóngxīng (隆興和議) telah ditandatangani pada tahun 1164 dan melihat lebih dari 40 tahun keamanan di antara dua buah empayar ini.

Sebuah patung kayu Bodhisattva, Dinasti Jin, Muzium Shanghai.

Pada awal tahun 1180-an, Maharaja Shìzōng mendirikan penstrukturan semula 200 meng'an unit bagi menghapuskan penyalahgunaan cukai dan membantu orang Jurchen. Pertanian berkongsian adalah digalakkan. Empayar Jin bertambah makmur dan memiliki lebihan besar bijiran di dalam simpanan. Meskipun mendapat pendidikan dalam klasik Cina, Shizong juga dikenali sebagai seorang penggalak budaya dan bahasa Jurchen; semasa pemerintahan beliau, sejumlah karya klasik Cina telah dialih bahasa ke dalam bahasa Jurchen, Akedemi Maharaja Jurchen telah ditubuhkan, dan peperiksaan Maharaja mula ditawarkan di dalam bahasa Jurchen.[5] Zaman di bawah pemerintahan Shizong (1163–1188) diingati oleh generasi sebagai satu zaman yang aman dan makmur, dan maharaja sendiri dibandingkan dengan lagenda Yao dan Shun[5]

Cucu lelaki Shìzōng, Maharaja Zhāngzōng (章宗) (r. 1189-1208) menghormati nilai-nilai Jurchen, tetapi beliau sendiri juga menerima budaya China dan mengahwini perempuan dari etnik Han. Kod undang-undang Taihe telah diperkenalkan kepada rakyat pada tahun 1201 dan kebanyakan bersumberkan Kod Tang. Pada tahun 1207, Song Selatan cuba untuk menyerang, tetapi berjaya dipatahkan oleh tentera Jin. Di dalam perjanjian damai, Song dikenakan bayaran pampasan tahunan yang tinggi dan memancung Hán Tūozhòu (韩侂胄), pemimpin perang mereka.[6]

Kejatuhan Jin[sunting | sunting sumber]

Templat:History of Manchuria Bermula pada awal kurun ke-13, Dinasti Jin mula merasa tekanan puak Mongol dari utara. Pada tahun 1205, Genghis Khan memimpin tentera Mongol masuk ke dalam wilayah Xia Barat dan memusnahkannya empat tahun kemudian. Pada tahun 1211, kira-kira 50,000 tentera berkuda Mongol menyerang Empayar Jin dan mula menyerap para pemberontak Khitan dan Jurchen. Tentera Jin berkeatan seramai setengah juta tentera dengan 150,000 kavalri tetapi telah meninggalkan “ibu kota barat” Datong (lihat juga Kempen Gunung Badger). Tahun berikutnya, Mongol menyerang wilayah utara dan merompak “ibu kota timur” Jin, dan pada tahun 1213 mereka telah mengepung “ibu kota tengah”. Pada tahun 1214, Jin membuat satu perjanjian yang memalukan tetapi dapat mengekalkan ibu kota. Pada musim panas tahun itu, Jin Maharaja Xuānzōng (宣宗) meninggalkan ibu kota tengah dan memindahkan kerajaan ke “ibu kota selatan” di Kaifeng, menjadikan ia sebagai tempat rasmi kuasa Dinasti Jin. Pada tahun 1216, satu puak perang memujuk Xuānzōng untuk menyerang Song, tetapi pada tahun 1219 mereka dikalahkan di tempat yang sama di tebing Sungai Yangtze, di mana Putera Hǎilíng telah dikalahkan pada tahun 1161. Jin kini menghadapi dua perang yang mana tidak dapat ditanggung olehnya. Lebih-lebih lagi, Jin Maharaja Āizōng (哀宗) telah memenangi perebutan takhta menentang abang beliau dan kemudian dengan segera menamatkan perang dan kembali semula ke ibu kota. Beliau membuat perjanjian damai dengan Tanguts, yang mana telah bersekutu dengan Mongol. Pada tahun 1227, Genghis Khan meninggal dunia sementara tentera beliau berjaya menakluk Dinasti Xia Barat. Anak lelaki beliau, Ögedei Khan menyerang Empayar Jin pada tahun 1232 dengan bantuan daripada Song Selatan. Orang Jurchen cuba untuk melawan; tetapi apabila Kaifeng diserang, Āizōng melarikan diri ke selatan. Tentera bersekutu Song dan Mongol kemudian merompak ibu kota pada tahun 1233, dan pada tahun berikutnya Āizōng telah membunuh diri bagi mengelakkan diri dari ditangkap, serta menamatkan dinasti Jin pada tahun 1234.[3] Wilayah Jin dibahagikan di antara Mongol dan Song. Walaubagimanapun, di sebabkan perbezaan, Song dan Mongol akhirnya berperang antara sama lain ekoran berebutkan wilayah ini.

Pagoda Chengling di Zhengding, wilayah Hebei, dibina antara tahun 1161 dan 1189 AD.

Di dalam buku Empire of The Steppes, Grousset melaporkan Mongol sering kagum dengan keberanian pehlawan Jin, yang bertahan sehingga tujuh tahun selepas kematian Genghis Khan.[[:]]

Ketenteraan Jin[sunting | sunting sumber]

Penulis sezaman Cina menyatakan bahawa kejayaan besar Jurchen ke atas Liao dan Song Utara banyak disumbangkan oleh kavalri mereka. Pasukan kavalri ini telah digunakan semasa pemberontakan Aguda menentang Liao. Dikatakan juga taktik-taktik kavalri Jurchen diperolehi daripada kemahiran memburu mereka.[7] Pasukan berkuda Jurchen diberikan perisai berat; terdapat peristiwa di mana mereka menggunakan pasukan berkuda yang diikat antara satu sama lain dengan rantai (拐子马, guaizi ma)[7]

Selepas kejatuhan Empayar Liao dan Song berundur di seberang Yangtze, tentera dari dinasti baru Jin menyerap ramai askar-askar yang dahulunya berjuang untuk Liao atau Song.[7] Empayar baru Jin juga mnerimapakai kebanyakan senjata-senjata Song, termasuk pelbagai mesin untuk peperangan pengepungan dan artileri. Faktanya, Jin menggunakan meriam, bom tangan malah roket bagi mempertahankan kota Kaifeng yang dikepung oleh Mongol pada tahun 1233. Pertempuran ini dianggap sebagai peristiwa kali pertama di dalam sejarah manusia di mana serbuk letupan telah digunakan dengan berkesan, meskipun ia gagal dalam mengelakkan kekalahan Jin.[7]

Dari segi yang lain, empayar Jin tidak berapa baik dalam peperangan laut. Dalam peperangan pada tahun 1129-30 dan 1161, tentera Jin telah dikalahkan oleh pasukan tentera laut Song Selatan apabila cuba menyeberangi Sungai Yangtze untuk mara ke tengah wilayah Song Selatan (lihat Pertempuran Tangdao dan Pertempuran Caishi), meskipun dalam kempen-kempen seterusnya tentera Jin telah dilengkapkan dengan satu pasukan tentera laut yang besar, menggunakan pembina kapal Cina dan bahkan kapten Cina yang berpaling tadah dari Song Selatan.[7]

Kebangkitan Manchu[sunting | sunting sumber]

Selepas tiga puluh tahun bergelut, ketua Jurchen Nurhaci (努爾哈赤) menggabungkan tiga puak Jurchen dan mengasaskan Dinasti Jin Akhir (1616–1636). Pada tahun 1635, anak lelaki kelapan dan pewaris kepada Nurhaci, Huáng Tàijí (皇太極), kemudian menukar nama rakyat beliau daripada Jurchen kepada Manchu. Pada tahun 1636, beliau menukar nama Jin Kemudian kepada Qing.

Senarai maharaja Dinasti Jin[sunting | sunting sumber]

Maharaja dari Dinasti Jin 1115-1234
Nama kuil
Miao Hao
廟號
miàohào
Nama selepas mati
Shi Hao
諡號
shìhào
Nama lahir
 
姓名
xìngmíng
Tahun
memerintah
Nama era
Nian Hao
年號
niánhào
dan tahun
Konvensyen: "Jin" + nama kuil atau selepas mati
Tàizǔ
太祖
(1) Wányán Āgǔdǎ
完顏阿骨打
atau
Wányán Min
完顏旻
1115–1123

Shōuguó (收國, 1115–1116) 
Tiānfǔ (天輔, 1117–1123)

Tàizōng
太宗
(1) Wányán Wúqǐmǎi
完顏吳乞買
atau
Wányán Shèng
完顏晟
1123–1134 Tiānhuì (天會, 1123–1134)
Xīzōng
熙宗
(1) Wányán Hélá
完顏合剌
atau
Wányán Dǎn
完顏亶
1135–1149

Tiānhuì (天會, 1135–1138) 
Tiānjuàn (天眷, 1138–1141) 
Huángtǒng (皇統, 1141–1149)

(2) Hǎilíngwáng
海陵王
Wányán Dígǔnǎi
完顏迪古乃
atau
Wányán Liàng
完顏亮
1149–1161

Tiāndé (天德, 1149–1153) 
Zhènyuán (貞元, 1153–1156) 
Zhènglóng (正隆, 1156–1161)

Shìzōng
世宗
(1) Wányán Wūlù
完顏烏祿
atau
Wányán Yōng
完顏雍
1161–1189 Dàdìng (大定, 1161–1189)
Zhāngzōng
章宗
(1) Wányán Jǐng
完顏璟
1189–1208 Míngchāng (明昌, 1190–1196) 

Chéng'ān (承安, 1196–1200) 
Tàihé (泰和, 1200–1208)

(2) Wèishàowáng
衛紹王
atau
Wèiwáng
衛王
Wányán Yǒngjì
完顏永濟
1208–1213 Dà'ān
大安
1209-1212
 

Chóngqìng
崇慶
1212-1213
 
Zhìníng
至寧
1213

Xuānzōng
宣宗
(1) Wányán Xún
完顏珣
1213–1224 Zhēnyòu
貞祐
1213-1217
 

Xīngdìng
興定
1217-1222
 
Yuánguāng
元光
1222-1224

Āizōng
哀宗
(1) Wányán Shǒuxù
完顏守緒
1224–1234 Zhèngdà
正大
1224-1232
 

Kāixīng
開興
1232
 
Tiānxīng
天興
1232-1234

(2)
Mòdì
末帝
Wányán Chénglín
完顏承麟
1234 (2)

(1) Agak panjang dan oleh itu tidak digunakan apabila merujuk kepada maharaja ini.
(2) Tidak wujud

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "关于契丹小字中的 "金"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2010-09-14.
  2. ^ 天朝万顺(岁)”臆解可以休矣
  3. ^ a b c d e f g h http://www.san.beck.org/AB3-China.html#9
  4. ^ a b Tao (1976), p. 44
  5. ^ a b Tao (1976), Chapter 6. "The Jurchen Movement for Revival", Pages 69-83.
  6. ^ http://www.chinaknowledge.de/History/Song/song-event.html
  7. ^ a b c d e Tao (1976), Chapter 2. "The Rise of the Chin Dynasty", Pages 21-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Dinasti Liao
Senarai dinasti dalam sejarah China
1115-1234
Diikuti oleh:
Empayar Mongol