Pergi ke kandungan

Dinasti Kedua Puluh Tujuh Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinasti Kedua Puluh Tujuh Mesir
𐎸𐎭𐎼𐎠𐎹
Mudrāya (Parsi Kuno)
Wilayah di Empayar Akhamaniyah
525 SM–404 SM

Bahagian barat Empayar Akhamaniyah, dengan wilayah-wilayah Mesir.[1][2][3][4]
Sejarah
Kerajaan
Firaun 
 525 – 522 SM
Cambyses II (pertama)
 423 – 404 SM
Darius II (terakhir)
Era bersejarahZaman Akhamaniyah
525 SM
 Pemberontakan Amyrtaeus
404 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Kedua Puluh Enam Mesir
Dinasti Kedua Puluh Lapan Mesir
Mohor silinder Svenigorodsky menggambarkan raja Parsi menyalang firaun Mesir dengan tombak, sambil menarik empat tawanan dengan tali.[5][6][7]

Dinasti Kedua Puluh Tujuh Mesir (dengan notasi Dinasti XXVII, Dinasti ke-27 atau Dinasti 27), juga dikenali sebagai Kesatrapan Mesir Pertama (Parsi Kuno: 𐎸𐎭𐎼𐎠𐎹, rumi: Mudrāya[8]), merupakan sebuah kesatrapan atau wilayah Empayar Akhamaniyah dari tahun 525 hingga 404 SM. Ia diasaskan oleh Cambyses II, Raja Parsi, selepas Pertempuran Pelusium (525 SM) dan Akhamaniyah menakluk Mesir, dan pertabalan baginda sebagai Firaun Mesir. Ia dibubarkan selepas pemberontakan dan pertabalan Amyrtaeus sebagai Firaun. Tempoh kedua pemerintahan Akhamaniyah di Mesir berlaku di bawah Dinasti Ketiga Puluh Satu Mesir (343 – 332 SM).

Firaun terakhir Dinasti Kedua Puluh Enam Mesir, Psamtik III, dikalahkan oleh Cambyses II dalam Pertempuran Pelusium di timur delta Nil pada bulan Mei 525. Cambyses paling lewat ditabalkan firaun pada musim panas tahun itu, memulakan tempoh pertama Mesir diperintah Parsi, dipanggil Dinasti ke-27. Mesir kemudian disatukan dengan Cyprus dan Phoenicia untuk membentuk kesatrapan keenam Empayar Akhamaniyah, dengan Aryandes sebagai satrap (gabenor wilayah) tempatan.

Sebagai Firaun Mesir, pemerintahan Cambyses menyaksikan pengurangan sumber kewangan kuil tradisional Mesir dengan ketara. Satu dekri, ditulis di atas papirus dalam tulisan demotik, mengarahkan sumber untuk semua kuil Mesir dihadkan, kecuali Memphis, Heliopolis dan Wenkhem (berhampiran Abusir). Cambyses meninggalkan Mesir pada suatu ketika pada awal tahun 522 SM, mangkat dalam perjalanan ke Parsi, dan digantikan sebentar pada peringkat nama sahaja oleh saudara baginda, Bardiya. Namun, ahli sejarawan kontemporari mencadangkan Bardiya sebenarnya Gaumata, seorang penyamar, dan Bardiya yang sebenar telah dibunuh beberapa tahun dahulu oleh Cambyses, kononnya kerana cemburu. Darius I, mengesyaki hal ini, mengetuai satu rampasan kuasa terhadap "Bardiya" pada September tahun itu, menggulingkannya dan ditabalkan sebagai Raja dan Firaun keesokan pagi.

Sebagai Raja Parsi yang baru, Darius menghabiskan banyak masa mengalahkan pemberontakan di seluruh empayar. Pada lewat tahun 522 SM atau awal tahun 521 SM, seorang putera tempatan Mesir mengetuai satu pemberontakan dan mengisytiharkan dirinya sebagai Firaun Petubastis III. Punca utama pemberontakan ini tidak pasti, tetapi ahli sejarah ketenteraan Yunani Purba, Polyaenus, menyatakan ia kerana pengenaan cukai yang melampau oleh satrap Aryandes. Polyaenus selanjutnya menulis bahawa Darius sendiri berangkat ke Mesir, tiba semasa tempoh berkabung untuk kematian lembu jantan suci, Bentara Ptah. Darius mengisytiharkan akan menganugerahkan seratus talenta kepada orang yang dapat menghasilkan Bentara berikutnya, menarik perhatian orang Mesir dengan kesolehan baginda sehingga mereka berduyun-duyun memihak kepada baginda, menamatkan pemberontakan.[9]

Patung Mesir Darius Agung, ditemui di Istana Susa.[10]
Cap silinder Akhamaniyah dari Iran, dengan raja memegang dua grifin singa dan hieroglif Mesir bertulis "Thoth ialah perlindungan ke atasku". Sekitar abad ke-6 – 5 SM.[11][12]

Darius memberi lebih perhatian terhadap hal ehwal dalaman Mesir berbanding Cambyses. Baginda dicatat telah mengkanunkan undang-undang Mesir, serta menyiapkan penggalian sistem terusan di Suez, membenarkan laluan dari Tasik-Tasik Pahit ke Laut Merah, jauh lebih baik daripada laluan darat gurun yang sukar. Pencapaian ini membolehkan Darius mengimport buruh dan artisan Mesir yang mahir untuk membina istana-istananya di Parsi. Ini menyebabkan perhijrahan cendekiawan di Mesir, akibat kehilangan individu-individu mahir ini, merosotkan kualiti dalam seni bina dan seni Mesir dari tempoh ini. Namun, Darius lebih komited menyokong kuil-kuil Mesir berbanding Cambyses, mendapatkan baginda nama kerana toleransi agamanya di rantau ini. Pada tahun 497 SM, semasa lawatan Darius ke Mesir, Aryandes dihukum bunuh kerana khianat, kemungkinan besar kerana cuba mengecap duit sendiri, satu cubaan jelas untuk menjarakkan Mesir dari seluruh Empayar Parsi.[13][14] Darius mangkat pada tahun 486 SM, dan digantikan oleh Xerxes I.

Askar Mesir tentera Akhamaniyah, sekitar 470 SM. Ukiran timbul pada makam Xerxes I.
Rombongan Mesir, ukiran timbul dari Apadana Persepolis

Selepas Xerxes menaiki takhta, Mesir sekali lagi memberontak, kali ini mungkin di bawah Psamtik IV, namun sumber berbeza mempertikaikan rincian tersebut. Xerxes cepat mematahkan pemberontakan, melantik saudaranya Achaemenes sebagai satrap. Xerxes menamatkan status istimewa Mesir di bawah Darius, dan meningkatkan keperluan bekalan dari negeri itu, mungkin untuk membiayai serangannya ke atas Yunani. Selain itu, Xerxes mencanangkan dewa Majusi, Ahura Mazda, serta mengetepikan dewa tradisional Mesir, dan menghentikan semua pembiayaan untuk monumen-monumen Mesir. Xerxes dibunuh pada tahun 465 SM oleh Artabanus, memulakan pergolakan dinasti yang berakhir dengan Artaxerxes I ditabalkan sebagai Raja dan Firaun seterusnya.

Pada tahun 460 SM, satu lagi pemberontakan besar Mesir berlaku, dipimpin oleh ketua Libya bernama Inaros II dan sebahagian besar dibantu oleh orang Athens Yunani.[15] Inaros menewaskan tentera yang dipimpin oleh Achaemenes, membunuh satrap itu dan menawan Memphis, akhirnya mengawal sebahagian besar Mesir. Inaros dan sekutu-sekutu Athensnya dikalahkan oleh tentera Parsi yang dipimpin oleh panglima Megabyzus pada tahun 454 SM dan dipaksa berundur. Megabyzus berjanji Inaros dan para pengikutnya tidak akan diapa-apakan jika dia menyerah dan tunduk kepada Parsi, syarat yang Inaros menyetujui. Namun, Artaxerxes akhirnya menghukum mati Inaros, namun bagaimana dan bila masih dipertikaikan.[16] Artaxerxes mangkat pada tahun 424 SM.

Pengganti Artaxerxes, Xerxes II hanya memerintah selama 45 hari, dibunuh oleh saudaranya Sogdianus. Sogdianus kemudian dibunuh oleh saudaranya Ochus, yang menjadi Darius II.[17] Darius II memerintah dari tahun 423 SM hingga 404 SM, dan pada hujung pemerintahannya pemberontakan yang dipimpin oleh Amyrtaeus berlaku, kemungkinan bermula seawal 411 SM. Pada tahun 405 SM Amyrtaeus, dengan bantuan askar-askar upahan Crete mengusir orang Parsi dari Memphis, mengisytiharkan dirinya Firaun pada tahun berikutnya dan menamatkan Dinasti ke-27. Pengganti Darius II, Artaxerxes II cuba memulakan ekspedisi untuk menawan semula Mesir tetapi kerana masalah politik dengan saudaranya Cyrus yang Muda, baginda meninggalkan usaha tersebut. Artaxerxes II tetap diakui Firaun yang sah di beberapa bahagian Mesir sehingga tahun 401 SM, namun tindak balasnya yang perlahan terhadap situasi tersebut membolehkan Mesir merdeka.

Semasa tempoh pemerintahan bebas, tiga dinasti asli memerintah: Dinasti ke-28, Dinasti ke-29, dan Dinasti ke-30. Artaxerxes III (358 SM) menawan semula Mesir untuk tempoh kedua yang singkat (343 SM), yang dipanggil Dinasti ke-31 Mesir.

Analisis H. P. Colburn (2019) mencadangkan legasi Akhamaniyah di sana adalah signifikan dan orang Mesir mempunyai pelbagai pengalaman dalam tempoh ini.[18][19]

Senarai firaun Dinasti ke-27

[sunting | sunting sumber]
Pasir pualam dari Mesir milik Darius I dengan tulisan hieroglif dan pepaku dalam empat bahasa. Hieroglifnya berbunyi: "Raja Mesir Hulu dan Hilir, Tuan Dua Tanah, Darius, hidup selama-lamanya, tahun 36".[20][21]

Firaun-firaun Dinasti ke-27 memerintah selama lebih kurang 121 tahun, dari 525 SM hingga 404 SM. Pemerintah dengan latar belakang ungu ialah firaun asli Mesir yang memberontak terhadap pemerintahan Akhamaniyah.

Nama firaun Gambar Pemerintahan Nama takhta Komen
Cambyses II 525 – 522 SM Mesutire Mengalahkan Psamtik III dalam Pertempuran Pelusium pada tahun 525 SM
Bardiya/ Gaumata 522 SM Mungkin palsu
Petubastis III 522/521 – 520 SM Seheruibre Memberontak terhadap Firaun-Firaun Akhamaniyah
Darius I Agung 522 – 486 SM Seteture
Psamtik IV 480-an SM Mungkin pemberontak terhadap Firaun-Firaun Akhamaniyah
Xerxes I Agung 486 – 465 SM
Artabanus 465 – 464 SM Membunuh Xerxes I, kemudian dibunuh oleh Artaxerxes I
Artaxerxes I 465 – 424 SM
Xerxes II 425 – 424 SM Pencabar takhta
Sogdianus 424 – 423 SM Pencabar takhta
Darius II 423 – 404 SM Firaun terakhir Dinasti ke-27

Garis masa Dinasti ke-27 (Firaun Akhamaniyah sahaja)

[sunting | sunting sumber]
Darius IISogdianusXerxes IIArtaxerxes IXerxes IDarius IBardiyaCambyses II

Satrap-satrap Dinasti ke-27

[sunting | sunting sumber]
Nama satrap Pemerintahan Raja memerintah Komen
Aryandes 525 – 522 SM;
518 – s. 496 SM
Cambyses II, Darius I Diguling selepas pemberontakan tahun 522 SM, kemudian dikembalikan pada tahun 518 SM dan digulingkan semula oleh Darius I
Pherendates s. 496 – s. 486 SM Darius I Mungkin terbunuh semasa pemberontakan
Achaemenes s. 486 – 459 SM Xerxes I, Artaxerxes I Saudara Xerxes I, kemudian dibunuh oleh pemberontak Inaros II
Arsames s. 454 – s. 406 SM Artaxerxes I, Xerxes II, Artaxerxes II Satrap Mesir yang paling lama memerintah

Sumber sejarah

[sunting | sunting sumber]
  1. O'Brien, Patrick Karl (2002). Atlas of World History (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 42–43. ISBN 9780195219210.
  2. Philip's Atlas of World History. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-17. Dicapai pada 2018-11-01.
  3. Davidson, Peter (2018). Atlas of Empires: The World's Great Powers from Ancient Times to Today (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing LLC. ISBN 9781620082881.
  4. Barraclough, Geoffrey (1989). The Times Atlas of World History (dalam bahasa Inggeris). Times Books. m/s. 79. ISBN 0723003041.
  5. "a Persian hero slaughtering an Egyptian pharaoh while leading four other Egyptian captives" Hartley, Charles W.; Yazicioğlu, G. Bike; Smith, Adam T. (2012). The Archaeology of Power and Politics in Eurasia: Regimes and Revolutions (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. ix, photograph 4.6. ISBN 9781139789387.
  6. "Victor, apparently wearing the tall Persian headdress rather than a crown, leads four bareheaded Egyptian captives by a rope tied to his belt. Victor spears a figure wearing Egyptian type crown." in Root, Margaret Cool (1979). The king and kingship in Achaemenid art: essays on the creation of an iconography of empire (dalam bahasa Inggeris). Diffusion, E.J. Brill. m/s. 182. ISBN 9789004039025.
  7. "Another seal, also from Egypt, shows a Persian king, his left hand grasping an Egyptian with an Egyptian hairdo (pschent), whom he thrusts through with his lance while holding four prisoners with a rope around their necks." Briant, Pierre (2002). From Cyrus to Alexander: A History of the Persian Empire (dalam bahasa Inggeris). Eisenbrauns. m/s. 215. ISBN 9781575061207.
  8. electricpulp.com. "ACHAEMENID KesatrapanES – Encyclopaedia Iranica". www.iranicaonline.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-30.
  9. Smith, Andrew. "Polyaenus: Stratagems - Book 7". www.attalus.org. Dicapai pada 2017-02-25.
  10. Razmjou, Shahrokh (1954). Ars orientalis; the arts of Islam and the East. Freer Gallery of Art. m/s. 81–101.
  11. "Museum item, accession number: 36.106.2". www.metmuseum.org. Metropolitan Museum of Art.
  12. Giovino, Mariana (2006). "Egyptian Hieroglyphs on Achaemenid Period Cylinder Seals". Iran. Iran, vol. 44. 44: 105–114. doi:10.1080/05786967.2006.11834682. JSTOR 4300705. S2CID 193426061.
  13. electricpulp.com. "DARIUS iii. Darius I the Great – Encyclopaedia Iranica". www.iranicaonline.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-25.
  14. Klotz, David (19 September 2015). "UCLA Encyclopedia of Egyptology - Persian Period". UCLA Encyclopedia of Egyptology. Dicapai pada 25 February 2017.
  15. Thucydides. History of the Peloponnesian War.
  16. Photius. "Photius' excerpt of Ctesias' Persica (2)". www.livius.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-09. Dicapai pada 2017-02-25.
  17. S. Zawadzki, "The Circumstances of Darius II's Accession" in Jaarbericht Ex Oriente Lux 34 (1995-1996) 45-49
  18. Colburn, Henry P. (2020). Archaeology of Empire in Achaemenid Egypt. Edinburgh University Press. ISBN 9781474452366. JSTOR 10.3366/j.ctvss3wvv.
  19. Colburn, Henry Preater (2014). The Archaeology of Achaemenid Rule in Egypt (Tesis). hdl:2027.42/107318.
  20. Goodnick Westenholz, Joan (2002). "A Stone Jar with Inscriptions of Darius I in Four Languages" (PDF). ARTA: 2.
  21. Qahéri, Sépideh (2020). "Alabastres royaux d'époque achéménide". L’Antiquité à la BnF (dalam bahasa Perancis). doi:10.58079/b8of.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]