Pergi ke kandungan

Dinasti Kesembilan Belas Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinasti Kesembilan Belas Mesir
1292 SM–1189 SM
Mesir dan Empayar Het sekitar masa Pertempuran Kadesh (1274 SM)
Mesir dan Empayar Het sekitar masa Pertempuran Kadesh (1274 SM)
Ibu negaraThebes, kemudian Memphis dan Pi-Ramesses
Bahasa umumBahasa Mesir
Agama
Agama Mesir Purba
PemerintahRaja mutlak
Firaun 
 s.1292–1290 SM
Ramesses I (pertama)
 s.1279–1213 SM
Ramesses II (paling terkenal)
 s.1191–1189 SM
Twosret (terakhir)
Zaman bersejarahKerajaan Baru Mesir
 Ditubuhkan
1292 SM
 Dibubarkan
1189 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Kelapan Belas Mesir
Dinasti Kedua Puluh Mesir

Dinasti Kesembilan Belas Mesir (ditatatandakan Dinasti XIX), juga dikenali sebagai dinasti Ramsisiyah atau Ramessid,[1] dikelaskan sebagai dinasti kedua dalam tempoh Kerajaan Baru Mesir purba, dari 1292 SM hingga 1189 SM. Dinasti ke-19 dan Dinasti ke-20 bersama-sama membentuk era yang dikenali sebagai tempoh Ramsisiyah. Dinasti ini diasaskan oleh Wazir Ramesses I, yang dipilih oleh Firaun Horemheb sebagai pengganti baginda.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Raja-raja pejuang dari awal Dinasti ke-18 tidak menghadapi banyak tentangan daripada kerajaan-kerajaan jiran, membolehkan mereka untuk mengembangkan pengaruh mereka dengan mudah. Akan tetapi, keadaan antarabangsa berubah secara radikal menjelang akhir dinasti. Orang Het secara beransur-ansur memperluas pengaruh mereka ke Syria dan Kanaan untuk menjadi kuasa utama dalam politik antarabangsa, satu kuasa yang akan dihadapi oleh kedua-dua Seti I dan putera baginda Ramesses II pada masa hadapan.

Dinasti ke-19

[sunting | sunting sumber]

Seti I dan Ramesses II

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Baru Mesir mencapai kemuncak kuasanya di bawah Seti I dan Ramesses II ("Yang Agung"), yang berkempen dengan gigih menentang orang Libya dan orang Het. Bandar Kadesh mula-mulanya ditawan oleh Seti I, yang memutuskan untuk menyerahkannya kepada Muwatalli dari Hatti dalam perjanjian damai tidak rasmi antara Mesir dan Hatti. Ramesses II kemudian cuba tetapi gagal untuk mengubah hal ini pada tahun kelima pemerintahan baginda dengan menyerang Kadesh dalam kempen Syrianya yang kedua pada tahun 1274 SM; baginda terjebak dalam serangan hendap tentera pertama yang direkodkan dalam sejarah tetapi berkat ketibaan Ne'arin (pasukan bersekutu dengan Mesir), Ramesses berjaya menyusun semula tenteranya dan mengubah arus pertempuran menentang orang Het. Ramesses II kemudian mengambil kesempatan daripada kesulitan dalaman orang Het, semasa tahun kelapan dan kesembilan pemerintahan baginda, apabila baginda berkempen menentang wilayah-wilayah Syria mereka, menawan Kadesh dan sebahagian daripada Syria Selatan, serta mara sejauh utara ke Tunip, tempat askar Mesir tidak pernah dilihat dalam 120 tahun. Baginda akhirnya menerima bahawa kempen menentang orang Het satu beban yang tidak dapat ditanggung oleh perbendaharaan dan tentera Mesir.[2] Pada tahun ke-21 pemerintahannya, Ramesses menandatangani perjanjian damai pertama yang direkodkan dengan pengganti Urhi-Teshub, Hattusili III, dan dengan tindakan itu hubungan Mesir-Het bertambah baik dengan ketara. Ramesses II juga mengahwini dua orang puteri Het, yang pertama selepas Perayaan Sed kedua baginda.

Merneptah dan pengganti

[sunting | sunting sumber]

Dinasti ini merosot apabila perebutan takhta antara waris-waris Merneptah membarah. Amenmesse nampaknya telah merampas takhta daripada anak dan pengganti Merneptah, Seti II, tetapi baginda memerintah Mesir hanya empat tahun. Selepas kemangkatannya, Seti mengambil kembali kuasa dan memusnahkan kebanyakan monumen Amenmesse. Seti dilayan di istana oleh Canselor Bay, yang pada asalnya cuma seorang 'jurutulis diraja' tetapi cepat menjadi antara lelaki yang paling berkuasa di Mesir, mendapat keistimewaan yang belum pernah berlaku sebelum itu untuk membina makamnya sendiri di Lembah Raja-raja (KV13). Kedua-dua Bay dan isteri utama Seti, Twosret, mempunyai reputasi yang jahat dalam cerita rakyat Mesir purba.[3] Selepas kemangkatan Siptah, Twosret memerintah Mesir selama dua tahun lagi tetapi dia terbukti tidak dapat mengekalkan cengkaman kuasanya di tengah-tengah konspirasi dan permainan kuasa yang dirancang di istana diraja. Dia bermungkinan digulingkan dalam pemberontakan yang diketuai oleh Setnakhte, pengasas Dinasti ke-20.

Firaun Dinasti ke-19

[sunting | sunting sumber]

Firaun-firaun Dinasti ke-19 memerintah selama kira-kira 110 tahun: dari s.1292 hingga 1187 SM. Kebanyakan firaun dimakamkan di Lembah Raja-raja di Thebes (ditandakan KV). Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Theban Mapping Project.[4]

Garis masa Dinasti ke-19

[sunting | sunting sumber]
TwosretSiptahSeti IIAmenmesseMerneptahRamesses IISeti IRamesses I

Galeri imej

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "The Rise of the Ramessides: How a Military Family from the Nile Delta Founded One of Egypt's Most Celebrated Dynasties" [Kebangkitan Ramsisiyah: Bagaimana Sebuah Keluarga Tentera dari Delta Nil Mengasaskan Salah Satu Dinasti Paling Terkenal Mesir]. www.arce.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-20.
  2. N. Grimal, A History of Ancient Egypt (Oxford: Blackwell, 1992), pp. 256f.
  3. Grimal, p. 270
  4. "Tapak-tapak di Lembah Raja-raja". Thebanmappingproject.com. Dicapai pada 2012-09-22.
  5. J. von Beckerath (1997) (dalam bahasa Jerman). Chronologie des Äegyptischen Pharaonischen. Phillip von Zabern. p. 190