Dinasti Zangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dinasti Zangi (Bahasa Arab:دينستي زنكي) merupakan sebuah kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Sultan Imaduddin Zangi iaitu seorang atabeg untuk kerajaan Dinasti Seljuk di Mosul. Nama kerajaan tersebut diambil daripada nama beliau.Agama kerajaan tersebut merupakan agama Islam Sunni.Kerajaan tersebut bersempadan dengan kerajaan-kerajaan Islam lain seperti Kerajaan Dinasti Seljuk,Khilafah Fatimiyah dan Bani Abbasiyyah.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi kerajaan tersebut terletak di lembah Mesopotamia dan kawasan di negara Syria seperti Damsyik dan negara Iraq seperti Mosul.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan ini muncul ketika zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.Pada zaman kerajaan tersebut,pelbagai serangan yang dilakukan oleh Tentera Salib untuk memusnahkan kerajaan Islam yang ditubuhkan.Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku,Sultan Imaduddin Zangi melancarkan serangan keatas wilayah-wilayah Salib di Timur Tengah seperti serangan di Edessa.Pada kemuncaknya, beliau telah dibunuh oleh sekumpulan pembunuh yang dikenali sebagai assasin yang telah diupah untuk membunuhnya.

Selepas kematian beliau,anaknya pula telah mengambil tampuk pemerintahan ayahnya iaitu Sultan Nuruddin Mahmud Zangi yang terletak di Aleppo dan Sultan Saifuddin Ghazi yang terletak di Mosul.Mereka pulalah yang meneruskan perjuangan Jihad yang dilakukan oleh ayahnya.Selepas itu,kerajaan tersebut juga melahirkan ramai pahlawan seperti Sultan Salahuddin Al-Ayubbi dan Asaduddin Shirkuh.Pada satu ketika,Kerajaan Khilafah Fatimiyah di Mesir telah diserang oleh Tentera Salib. Maka Sultan Nuruddin menghantar panglimanya iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Asaduddin Shirkuh untuk menolong Khalifah Al-Adid . Selepas kematian Khalifah Al-Adid, Salahuddin mula mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Fatimiyah dan menukarkan mazhab kerajaan tersebut daripada syiah Ismailiyah kepada Ahli Sunah Waljamaah Dan khilafah Fatimiyyah digantikan dengan Dinasti Ayubiyyah yang diambil sempena nama ayah Sultan Salahuddin iaitu Ayyub.

Diserang oleh Sultan Salahuddin[sunting | sunting sumber]

Selepas penubuhan Kerajaan Dinasti Ayubiyyah,ramai penganut syiah tidak berpuas hati dan meminta bantuan Sultan Nuruddin untuk menyerang Salahuddin.Akhirnya, berlakunya serangan daripada Sultan Salahuddin keatas Sultan Nuruddin dan akhirnya Sultan Salahuddin mendapat kemenangan. Selepas itu, Sultan Nuruddin pula meninggal dunia kerana tertekan yang disebabkan oleh pengiktirafan kerajaan Salahuddin dari Bani Abbasiyyah dan gelaran Muiz Amir Mukminin Sutlan Salahuddin Al-Ayubi dari khalifah Bani Abbasiyyah.

Pemerintahan Sultan As-Salih Ismail al-Malik[sunting | sunting sumber]

Selepas kematian Sultan Nurudin, anaknya iaitu Sultan As-Salih Ismail al-Malik mengambil takhta ayahnya dan dibantu oleh penganut Syiah yang terdahulu.Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk memecat penganut syiah tersebut dan membuat penjanjian damai dengan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi selepas Sultan Salahuddin berkahwin dengan ibunya iaitu Siti Khatun.

Penglibatan dalam Perang Salib[sunting | sunting sumber]

Sultan-sultan yang memerintah Kerajaan ini juga terlibat dalam perang Salib seperti Perang Salib Kedua yang diketuai oleh Sultan Imaduddin Zangi dan anaknya Saifuddin Ghazi.Ketika Perang Salib Ketiga meletus,pasukan Tentera kerajaan Zangi diketuai oleh Sultan Izz ad-Din Mas'ud I.

Kemerosotan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan ini mula merosot pada tahun 1183 apabila Sultan Salahuddin Al-Ayubbi menawan Aleppo.Akhirnya,Kerajaan ini ditawan dan diganti sepenuhnya oleh Kerajaan Ayubiyyah pada tahun 1250.

Senarai pemerintah[sunting | sunting sumber]

Aleppo[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1183, Salahuddin Al-Ayubbi menawan Aleppo dan diperintah oleh Kerajaan Ayubiyyah sehingga tahun 1260.

Mosul[sunting | sunting sumber]

Selepas pemerintahan Sultan Nasir ad-Din Mahmud,Mosul diperintah oleh pembantu beliau iaitu [[ Badr ad-Din Lu'lu']] selepas Sultan Nasir ad-Din Mahmud dibunuh pada tahun 1234.

Damascus[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1174,Damascus telah ditawan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubbi dan diperintah oleh Kerajaan Ayubiyyah sehingga tahun 1260.

Sinjar[sunting | sunting sumber]

Akhirnya,Sinjar ditawan oleh Kerajaan Ayubiyyah pada tahun 1220 dan diperintah oleh al-Asyraf Musa iaitu pemerintah (emir) Diyar Bakr.Pada tahun 1234,ia pula ditawan oleh pemerintah Mosul iaitu Badr al-Din Lu'lu'.

Al-Jazira ( utara Iraq)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1250,Al-Jazira telah ditawan oleh Kerajaan Ayubiyyah dan diperintah oleh Sultan an-Nasir Yusuf iaitu pemerintah Ayubiyyah Aleppo.

Panglima tentera kerajaan yang terhandal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]