Dinding keempat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Latar di sebuah produksi Teater Seni Moscow berjudul Vishnyovyi sad ("Dusun Ceri") karya Anton Chekhov yang memuatkan tiga dinding sesebuah ruangan pentas

Dinding keempat (bahasa Inggeris: fourth wall, Perancis: quatrième mur) merujuk kepada tanggapan mengenai adanya suatu "dinding" tersembunyi pada bahagian hadapan yang membatasi antara penonton dengan para pelakon dalam sebuah drama - lalu membentuk suatu keadaan mirip panggung tradisional yang memiliki tiga dinding di sebelah kiri, belakang, dan kanan.

Penerimaan konsep "dinding" ini dilihat sebagai tangguhan rasa tidak percaya antara penonton atau pembaca dengan karya rekaan yang dapat dinikmati seakan kejadian sebenar.[1] Pengkritik teater Vincent Canby mengambarkan "dinding" ini sebagai "scrin halimunan yang memisahkan penonton daripada pentas secara kekal".[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Konsep ini mula-mula dikemukakan oleh Denis Diderot,[3] seorang penulis dan pengkritik dari Perancis yang berkata:

Sewaktu anda menulis atau berlakon, bayangkan bahawa para penonton seolah-olah tidak pernah ada. Bayangkan ada suatu tembok besar yang membentang di depan panggung, memisahkan antara anda dengan penonton, dan berlakonlah seolah-olah tirai penutup tidak pernah diangkat.

Dalam pentas teater, panggung biasanya dibatasi oleh tiga sisi dinding iaitu sisi kiri, kanan, dan belakang. Dinding keempat adalah istilah untuk menyebut dinding bayangan yang membatasi antara para pelakon dengan pihak yang menonton.

Konsep dinding keempat ini dirumuskan Diderot dalam semangat realisme dan naturalisme abad ke-18. Segala bentuk kesenian, termasuk seni teater, harus mencerminkan keadaan yang wujud seadanya. Pertunjukan teater harus realistik seakan-akan cerita yang disampaikan turut berlaku di dunia nyata. Menciptakan dinding keempat adalah cara agar para aktor tetap menupu perhatian dan menghayati watak dalam lakonan. Penonton juga jadi boleh hanyut menyaksikan cerita yang ditampilkan.

Diderot membuat usulan seperti itu mungkin kerana pengalaman dengan pementasan teater di zaman sebelumnya, mulai dari Yunani Kuno hingga ke zaman William Shakespeare pada abad ke-17, terlalu kasar dan kurang elegan di mana para pelakon sering sekali turun ke barisan penonton berbisik kepada mereka, meminta memegangkan atau menyembunyikan prop drama, sampai bahkan duduk di pangkuan penonton. (Keadaan ini boleh diibaratkan seakan acara persembahan tertentu misalnya sandiwara lenong dalam kalangan masyarakat Betawi di Indonesia).

"Pemecahan" dinding keempat (breaking the fourth wall)[sunting | sunting sumber]

Terdapat karya yang memaparkan kemampuan watak dalamnya yang sedar akan kewujudan atau keberadaannya dalam dunia rekaan. Akibatnya, sang watak mampu "berinteraksi" dengan pembaca/penonton, hal ini diibaratkan seperti menembus dinding keempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wallis, Mick; Shepherd, Simon (1998). Studying plays. Arnold. m/s. 214. ISBN 0-340-73156-7.
  2. ^ Canby, Vincent (28 Jun 1987), "Film view: sex can spoil the scene", New York Times, m/s. A.17, dicapai pada 3 Julai 2007, ...that invisible scrim that forever separates the audience from the stage...
  3. ^ Cuddon, J. A. (2012). Dictionary of Literary Terms and Literary Theory. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-32600-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]