Dingin Lavenda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dingin Lavenda
GenreDrama
Agama
Berdasarkan daripada
Dingin Salju Indiana oleh Nurulsham Saidin
Ditulis olehUmmu Hani Abu Hassan
PengarahAmie Maziah Abdul Rahman
Pengarah kreatif
Azmir Affandi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Saat Aku Mencintaimu - Dadali
Lagu penutup"Dingin Lavenda" oleh Sri Dewi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Abdul Halim Che Pa
  • Roslan Kassim
Penerbit
  • Abu Hassan Morad
  • Mohd Yusri Yusoff
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Layar Consult Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal9 Disember 2011 – 2 Mac 2012

Dingin Lavenda merupakan siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Amie Maziah terbitan Layar Consult, berdasarkan daripada novel Dingin Salju Indiana karya Nurulsham Saidin. Dibintangi oleh Eira Syazira, Zarina Zainoordin dan Faralyna Idris, ia bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 9 Disember 2011 sehingga 2 Mac 2012 menggantikan Tahajjud Cinta.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainoordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal perkenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Jannah.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Jannah telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara mereka. Murni juga marah dengan Jannah yang mendakwa telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran sebahagaiannya dijalankan di Australia dan menggunakan khidmat pelakon dan tenaga kerja dari Australia.

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Dingin Lavenda" - Sri Dewi
  • "Saat Aku Mencintaimu" - Dadali
  • "Seperti Yang Lain" - Min Yasmin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (8 Disember 2011). Dingin Lavenda lakonan Eira Syazira, Zarina Zainoordin dan Faralyna Idris Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 16 Mei 2012.
  2. ^ Dingin Lavenda menyusuli Tahajjud Cinta mStar Online (11 Disember 2011). Diperoleh pada 16 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]