Pergi ke kandungan

Dini Schatzmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dini Schatzmann
ديني شاتزمان
Kelahiran
Dini Azan Schatzmann

(1994-10-17) 17 Oktober 1994 (umur 31)
WarganegaraSwitzerland
PendidikanIjazah Bidang Kejuruteraan
Pusat pendidikanUniversiti British Columbia, Kanada
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Karya
Filemografi
PasanganJanna Nick (k. 2023)

Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) ialah seorang pelakon lelaki Switzerland. Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilalhirkan pada 17 Oktober 1994 di Pulau Pinang. Beliau adalah anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal dari Pulau Pinang, manakala bapanya pula dari Switzerland.[1]

Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni. Berbekalkan azam untuk mencipta nama dalam kerjayanya itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.[2] Beliau mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.

Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan. Dalam perkembangan terkini, beliau muncul dalam drama Cemburu Seorang Perempuan di Astro Ria.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Janna Nick pada 10 Jun 2023 dengan sekali lafaz.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu Meletop A.I in Love (RTM) Menang
  1. Syahrul Ramadan (8 November 2019). Dini Schatzmann: 6 Things We Know About Janna Nick’s Flame Hype.my. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  2. Najiy Jefri (30 Oktober 2018). Masuk kelas bahasa Melayu Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  3. Alif Fadli Mohd Sori (10 Jun 2023). "Janna Nick, Dini Schatzmann selamat bernikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Jun 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]