Dinsman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dinsman atau nama sebenarnya Shamsudin Osman merupakan penulis isu sastera dan politik di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Raja, Jitra, Kedah, pada 20 Mei 1949. Beliau menerima pendidikan agama di Maktab Mahmud, Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Islam, Petaling Jaya. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropolgi- Sosiologi) diperolehinya daripada Universiti Malaya, 1974. Beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1974 hingga 1979. Selain menulis drama, puisi, cerpen, dan esei budaya, Dinsman juga menulis buku politik dan menghasilkan dokumentari video (VCD). Antara dramanya yang terkenal ialah Protes (1972), Jebat (1973), Bukan Bunuh Diri (1974), Ana 1976), Di Pulau Sadandi (1977), Projek Izie (1982). Melalui Bukan Bunuh Diri, Dinsman pernah menerima hadiah Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam Pertandingan Drama peringkat kebangsaan, anjuran Kementerian Kebudayaan, 1975. Dua buah buku dramanya ialah Bukan Bunuh Diri dan Tamu Dari Medan Perang. Dua buah buku puisinya ialah Puisi Panjang Untuk Mahathir (1977) dan Macam Orang Gila (2001). Dua buah buku politiknya ialah Gawat - Gagalnya Formula Mahathir (1998) dan 100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia (2008). Tiga buah dokumentari videonya ialah Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz (2001), A Samad Said: Kehidupan Seorang Seniman Malaysia (2005), dan Wanita di Kelantan: Dihormati atau Didiskriminasi? (2008). Dramanya yang terakhir dipentaskan sebelum ini ialah Tamu Dari Medan Perang (2006). Tiga buah skripnya belum dipentaskan, iaitu Siapakah Takutkan Amerika (1996), Teater Nabi Yusuf (Teater dari Al-Quran) 2005, dan Apocalipso (2008). Pada 18 Oktober 2008, Dinsman dianugerahi ijazah kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Utara Malaysia.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Tanah nurani : kumpulan puisi/diselenggara oleh: Shamsudin Othman. : Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  2. Meniti kepastian : antologi cerpen/diselenggara oleh: Aminhad & Shamsudin Othman. :Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  3. Syumul Syakinah : antologi cerpen/diselenggara oleh: Aminhad & Shamsudin Othman. :Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  4. Demi kasih : antologi drama/diselenggara oleh: Shamsudin Othman. : Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  5. Merisa, Ya Cu Te Pozeljeti : antologi cerpen/diselenggara oleh: Aminhad & Shamsudin Othman. :Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  6. Misi agung : antologi cerpen/diselenggara oleh : Aminhad & Shamsudin Othman. : Penerbit Ilmu Bakti, 2009.
  7. Orang perjuangan : antologi drama/diselenggara oleh : Rahimidin Zahari & Shamsudin Othman. :Ilmu Bakti, 2009.
  8. Srikandi Melaka/Wan Sukeri Wan Ibrahim dan Shamsudin Othman. : Sasbadi ; 2008.
  9. Tokoh Teater Eksperimental Malaysia: Dinsman
    Padah mengingkari wasiat : Sasbadi ; 2008.
  10. Penyamaran seorang pemimpin/Sureini Ahmad dan Shamsudin Othman. : Cerdik Publication, 2008.
  11. Akses Masteri karangan : Bahasa Malaysia SPM/Charles Ng Hon Yen dan Shamsudin Othman : Fajar Bakti , 2003
  12. Kamus komsas KBSM : Fajar Bakti,
  13. Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang/penyelenggara Dinsman : DBP, 1995.
  14. Sikap dan pemikiran Usman Awang/diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar Bakti, 1983.
  15. Bukan bunuh diri : DBP, 1979.
  16. Menunggu Kata Dari Tuhan (Teater Dari Hadith Nabi) Terbitan: Teater Elit, 2009.
  17. Tamu Dari Medan Perang (Guest Fron The Fields of War) Terbitan Teater Elit, 2006.
  18. http://www3.themalaysianinsider.com/opinion/dinsman/article/6-cadangan-shaharir-kepada-paksi-dalam-sidang-ide
  19. http://www3.themalaysianinsider.com/opinion/dinsman/article/pak-samad-buat-apa-di-kuala-kubu-baru-3-hari