Disagree

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Disagree
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Rock progresif
Tahun aktif 1995—sekarang
Label Fat Boys Records
Kegiatan berkait Jason Lo
Singletrackmind
Pop Shuvit
Laman sesawang www.disagreeband.com
Ahli Mohamed Zahid Yon (vokal)
Hamka (dram)
Aziz (bes)
David (ritma)
Bekas ahli Lan
Amir
Ashroff

Disagree ialah sebuah kumpulan muzik indie Malaysia yang mendendangkan muzik rock progresif. Kumpulan ini dianggap masyhur oleh peminat lagu berbahasa Inggeris buatan Malaysia.

Band ini merilis album terbaru mereka, To Prevent The Earth From Moving With You , pada tarikh 30 Jun 2009.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pad tahun 1995, kumpulan Disagree diasaskan oleh Zahid dan Hamka ketika di bangku sekolah menengah. Bersmaa ahli-ahli lain, Lan dan Amir, kumpulan ini membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur dan merakam demo pertama mereka, Never Cry Wolf pada tahun kemudiannya. Menurut Zahid, studio di mana mereka merakamnya ialah Bach & Traz, dan studio tersebut gulung tikar seminggu selepas itu. Tambah beliau, mereka mampu merakam 10 lagu, dan hanya dua daripadanya diselamatkan untuk didendangkan dalam persembahan.[2]

Pada tahun 1997, dengan bantuan sebuah label independent, kumpulan Disagree merakam demo keduanya. Malangnya, hajat tidak kesampaian akibat kekalutan dalam label. Semenjak itu, ahli-ahli menumpu perhatian mereka pada perkara lain, maka berkuburlah kumpulan muzik itu selama dua tahun.[2]

Kumpulan Disagree bangkit semula setelah Zahid dan Hamka diajak untuk menyertai konsert Rock the World yang julung kali diadakan, di 1 Utama. Kumpulan itu bermain di hadapan 10,000 orang, dan ini menggalakkan kumpulan ini untuk berkumpul semula dan merakam muzik. Namun begitu, Lan dan Amir meninggalkan kumpulan itu, lalu diganti oleh Aziz dan Ashroff.

Pada tahun 2001, Disagree merakam demo baru yang dijadikan sebahagian fenomena Homemade Jam di Malaysia. Demo itu diputarkan di Wow FM (kini tidak wujud) dan hitz.fm lalu berbagai-bagai majalah memberi ulasan yang positif secara mendadak.[2]

Kumpulan ini mula makin giat dalam persada muzik setelah memikat perhatian para penganjur. Pada tahun 2002, Fat Ant Music Festival diadakan dan kumpulan Disagree hadir di situ untuk melariskan muzik mereka. Pada lewat tahun yang sama, Disagree membuka konsert 'Rock the World II', salah satu pencapaian terbesar mereka, lalu terus menyertai konsert Rock the World seterusnya. Semenjak itu mereka menjadi hadirin wajib dalam konsert Rock the World tahunan ini.

Pada tahun 2003, sewaktu Rock the World III, Fat Boys Records, satu label independent yang diketuai Jason Lo dan ketika itu sudah menandatangani kumpulan Naked Breed, menunjukkan minat terhadap Disagree. Sambil berbincang dengan label itu, kumpulan Disagree bersedia merakam album sulung mereka. Setelah 10 bulan, termasuk kerja mastering di California, album At the End of the Day 11 runut ini dikeluarkan pada 10 Februari 2004.

Pada tahun 2005, kumpulan Disagree mula meraih anugerah, bermula dengan Anugerah Putaran Terbanyak di Anugerah Malaysian English Top 10 Awards hitz.fm sulung, diikuti dengan Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12.[3]

Pada tahun 2006, mereka bergandingan dengan kumpulan Pop Shuvit untuk menghasilkan lagu dan video muzik yang ditujukan kepada peminat bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2006. Penghasilan lagu bertajuk Football Mad Nation dan videonya ditaja oleh Celcom.[4]

Pada tahun 2007, kumpulan Disagree terlibat dalam Nokia You Make It Reel, pertandingan bagi pengara video muzik baru. Pada tahun yang sama, mereka menyertai Ikon Malaysia.

Mereka melancarkan album 2 mereka, "To Prevent The Earth From Moving With You" pada tahun 2009.

Album[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Rilisan Lain[sunting | sunting sumber]

  • 1996: Never Cry Wolf
  • 2002: Homemade Jam

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Angel's Orchestra
  • Crumbs
  • GC
  • Ghosting
  • Please
  • Pooch
  • Scarecrow Adams
  • Slip Away
  • Stay
  • Suicide Note
  • Osaka
  • Haley

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]