Diskografi One in a Million

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

One in a Million adalah merupakan sebuah program realiti TV nyanyian yang disiarkan di 8TV dimana program realiti ini menawarkan hadiah wang berjumlah RM1 juta kepada pemenangnya. Siri ini diadakan bermula tahun 2006 bagi menggantikan siri Malaysian Idol yang tidak akan disiarkan untuk musim ketiga. Setiap musim finalis konsert Grand Finale akan ditawarkan kontrak rakaman untuk merakam album dibawah label syarikat rakaman Monkey Bone Records. Setakat ini tiga juara atau jutawan muda yang telah dilahirkan iaitu Suki Low (musim pertama), Ayu Damit (musim kedua) dan Tomok (musim ketiga).

Diskografi One in a Million
FormatRealiti TV
Nyanyian
Hiburan
Muzik
PengacaraAwal Ashari
Marion Caunter
JuriSyafinaz Selamat
Paul Moss
Lagu pembukaan"Star" nyanyian Jaclyn Victor
Lagu penutup"Star" nyanyian Jaclyn Victor
Negara asal Malaysia Malaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod54
Penerbitan
LokasiPelbagai
Tempoh siaran3 jam
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal26 Mei 2006 – 1 Mei 2009
Kronologi
MengikutiMalaysian Idol 2 (Musim 2)

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

One in a Million terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia berusia antara 16 hingga 32 ketika musim pertama sebelum had usia minimumnya dinaikkan ke 18 untuk musim kedua dan kembali ke 16 tahun untuk musim ketiga. Tidak seperti rancangan pertandingan nyanyian lain, One in a Million terbuka kepada artis di bawah naungan syarikat rakaman.

Para peserta tidak bolehlah merupakan kakitangan kekal dan/atau kontrak stesen televisyen 8TV atau mana-mana syarikat naungan Media Prima. para peserta juga tidak boleh merupakan wakil, kakitangan, pembantu dan/atau agen mana-mana pembekal perkhidmatan pengiklanan atau promosi 8TV, ahli keluarga terdekat mereka; dan/atau orang muflis yang tidak berbayar. Jika seseorang peserta atau mana-mana ahli keluarganya yang terdekat digaji oleh pembkal hadiah; dan/atau sesiapa atau mana-mana entiti yang terlibat atau menyertai rancangan ini dan penerbitannya termasuk panel juri, maka dia juga tidak layak.[1]


Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Penerbit rancangan mengadakan ujibakat awam "terbuka" di lokasi terpilih di seluruh negara, yang mana sesiapa yang layak boleh menghadirinya. Satu seleksi ujibakat di hadapan para juri – biasanya yang terbaik, terburuk dan paling pelik – disiarkan sepanjang minggu-minggu terawal rancangan. Setiap peserta memasuki bilik ujibakat, selalunya setelah berjam-jam menunggu, lalu menyanyi sama ada secara a cappella atau diiringi alat muzik. jika sekurang-kurangnya seorang daripada dua penilai berkata "ya", maka peserta itu layak ke peringkat seterusnya, jika tidak dia akan diminta pulang. Peserta juga boleh diletakkan dalam kelompok "mungkin" jika para penilai tidak pasti sama ada untuk melayakkan mereka. Mereka akan diminta agar menyanyi lagi di hadapan para juri sama ada selepas waktu selang yang singkat atau pada akhir hari ujibakat.


Penyingkiran pusat dan kalah mati[sunting | sunting sumber]

Para peserta yang lulus dalam ujibakat akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam punsingan "Central Elimination" (Penyingkiran Pusat). Mereka akan diminta untuk menyanyi di hadapan para juri lagi lalu bilangan mereka dikurangkan menjadi 40 orang.

Kemudian, 40 peserta itu menjalani 'Blind Test' dan 'Style/Presentation Test'. Dalam 'Blind Test', para peserta perlu membuat persembahan di sebalik adang-adang. Dalam 'Style/Presentation Test' pula, dua juri undangan turut menilai gaya dan persembahan setiap peserta. Dari sini, hanya 20 orang peserta layak ke pusingan kalah mati.

20 peserta yang layak itu diberi kedudukan mengikut mutu persembahan. Mereka yang berada dalam kedudukan 10 teratas perlu memilih seorang lawan di kalangan peserta 10 terbawah. Hanya seorang peserta dari setiap pasangan boleh mara seperti yang ditentukan para juri. 10 peseta yang disingkirkan diberi peluang kedua dalam The Second Chance Show, iaitu episod pertama yang dihadiri audiens studio. Bagaimanapun, episod ini dirakam awal beberapa minggu sebelum tarikh penyiarannya dan tidak disiarkan secara langsung. namun, mulai titik inilah dalam pertandingan bahawa para penonton boleh mula mengundi peserta kegemaran mereka. Dua orang peserta dari The Second Chance Show akan dilayakkan ke peringkat seterusnya, iaitu seorang pilihan juri dan seorang lagi pilihan penonton.


Peringkat akhir[sunting | sunting sumber]

Sepuluh minggu terakhir menyaksikan setiap daripada 12 finalis menyanyi sekurang-kurangnya sebuah lagu setiap minggu. Apabila bilangan peserta yang tinggal cukup sedikit, maka mereka akan menyanyi dua lagu. Sebaik sahaja setiap peserta habis menyanyi, para juri menilai persembahannya, lazimnya menumpu kepada kebolehan vokal dan persembahan pentas. Sebaik sahaja semua peserta sudah naik pentah, talian undian dibuka pada akhir rancangan dan para penonton boleh mengundi peserta yang hendak dikekalkan dalam pertandingan oleh mereka. Para juri, dari titik ini, sekadar memainkan peranan penasihat tanpa pengaruh langusng terhadap keputusan.

Senarai musim[sunting | sunting sumber]

  • Senarai mengikut susunan penyingkiran.

Musim 1 (2006)[sunting | sunting sumber]

  1. Low Sook Yee (Suki)
  2. Ahmad Faizal bin Mohd. Tahir (Faizal)
  3. Muhd. Alif bin Mohd. Satar (Alif)
  4. Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty (Dayang)
  5. Farah Asyikin binti Zulkifli (Farah)
  6. Alif Azfar bin Ishak (Azfar)
  7. Mohd. Lokman Aslam bin Abdul Mutalip
  8. Zaihanee binti Zainal Abdidin (Zai)
  9. Noor Hasliah binti Abbu Hassan (Aliya)
  10. Shahmeen Shah binti Halim Shah (Ameen)
  11. Norshammeme Arzeyana binti Shamsuddin (Mimi)
  12. Anny Johana binti Mohd. Sharif (Anny)


Musim 2 (2007-2008)[sunting | sunting sumber]

  1. Norayu binti Damit (Ayu)
  2. Nur Shahila binti Amir Amzah (Shila)
  3. Siti Sarah binti Raisuddin (Sarah)
  4. Abraham Edwin (Ab)
  5. Mark Glenn bin Malim (Mark)
  6. Shone Eric Jr. Majimbun (Shone)
  7. Joni Tham Chi Won (Joni)
  8. Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya (Intan)
  9. Khairullah Ezuan bin Sulaini (Iz)
  10. Tunku Tiara Yasmin Sofia binti Tunku Hassan (Tiara)
  11. Shahron bin Hussein (Rony)
  12. Nor Azrinna binti Azahar (Rina)


Musim 3 (2009)[sunting | sunting sumber]

  1. Shah Indrawan bin Ismail (Tomok)
  2. Elizabeth Applunius Chin (Esther)
  3. Nasharul Aweera bin Norhissham (Aweera)
  4. Zulqarnain bin Jaafar (Nine)
  5. Amylea binti Azizan (Amylea)
  6. Simon Christopher Michael (Simon)
  7. Muhd. Ridzuan bin Sharifuddin (Rizu)
  8. Fify Emielia Shazlin binti Ahmad Murshaidi (Fify)
  9. Anith Aqilah binti Sulaiman Lim (Anith)
  10. Norafizah binti Mohd. Yasin (Pija)
  11. Rehana binti Mohd. Yunus (Han)
  12. Nur Hidayu binti Md. Tekhary (Ayu)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi OIAM[sunting | sunting sumber]

Single Grand Finale[sunting | sunting sumber]

Tahun & Musim Finalis Lagu Komposer Penulis Lirik
2006 (Musim 1) Suki Low "Berdiri" Audi Mok Tinta S
Faizal Tahir "Maha Karya Cinta" Shah Shamsiri
Alif Satar "Khayal" Nur Fatima
2007-2008 (Musim 2) Ayu Damit "Hanya Di Mercu" Aubrey Suwito Habsah Hassan
Shila Amzah "Memori Tercipta" Tinta S
Sarah Raisuddin "Pasti Berbeza" Audi Mok Nur Fatima
2009 (Musim 3) Tomok "Rindu Terhenti" Aubrey Suwito Tinta S
Esther "Menggapai Mimpi" Sharon Paul Lew Mable
Aweera "Ku Disini" Lin Li Zhen Pacha Osman


Album studio juara OIAM[sunting | sunting sumber]

Tahun Juara Album Label
2008 Suki Low Finally / Akhirnya Monkey Bone Records
2009 Ayu Damit Inspirasi
2010 Tomok Tomok


Album studio alumni OIAM[sunting | sunting sumber]

Tahun Alumni Album Label
2007 Faizal Tahir Aku.Muzik.Kamu Monkey Bone Records
2009 Alif Satar Nakal Sony Music
Shila Amzah Bebaskan Monkey Bone Records

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]