Diskriminasi Orang India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diskriminasi Orang India Malaysia dilihat sebagai isu baru sejak 2007 hingga 2009 ekoran tunjuk perasaan pertubuhan haram Hindraf dan lain-lain.

Diaspora India[sunting | sunting sumber]

Suasana politik di negara India turut berubah kerana demokrasi di negara itu dipuji-puji berbanding negara Malaysia. Ramai pelabur dari seluruh dunia termasuk Malaysia ingin melabur di Mumbai,Madras dan Bangalore, Kolkata India. Konvensyen Diaspora India diadakan beberapa kali di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan mempersoalkan nasib minoriti India . Penghijrahan ke Malaysia tidak dianggap sebagai kelebihan . Sebaliknya keturunan mereka di India sudah banyak berubah. Pihak Hindraf mahu kerajaan British bertanggungjawab membawa mereka ke sini dahulu. Malah pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy menfailkan saman terhadap pihak British pada 2007 kerana membawa orang India ke Malaysia.[1]

Ladang menjadi taman perumahan[sunting | sunting sumber]

Buruh India yang bekerja sebagai penoreh getah , buruh jalan raya dan landasan kereta api terpaksa mengubah cara hidup . Ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi ekonomik telah ditukar menjadi taman perumahan kerana berdekatan dengan bandar.

Buruh India yang tidak berpendidikan terpaksa bertukar kerjaya, bertukar rumah dan dipinggirkan daripada arus pembangunan . Kini buruh ladang hanya 'layak' menjadi pengawal keselamatan di kilang dan bangunan. Ramai di antara mereka diterima sebagai buruh kilang sahaja dan terpaksa bersaing dengan pendatang dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain .Kuil dan gereja mereka jauh dari rumah penempatan baru. Begitu juga dengan sekolah rendah , dewan , padang bola sepak dan 1001 nostalgia yang lain.

Tiada kad pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal buruh India ini tidak peduli dengan sistem kad pengenalan yang diwajibkan kepada rakyat Malaysia. Ramai juga yang bercita-cita pulang ke India dan meninggal dunia di sana, jika berkemampuan sebagai mana India Muslim. Ada di antara mereka mempunyai isteri, anak-anak, adik-neradik dan sanak-saudara dan hubungan yang begitu erat dan intim.

Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen apalagi kad pengenalan kerana berserah 100 % kepada majikan ladang. Majikan berkuasa penuh dan tidak memberi mereka peluang untuk mendaftar kelahiran, mempunyai urat beranak dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Tetapi kini majikan ladang zaman 'orang putih' telah bertukar tangan. Pengurus ladang bukan lagi dari kalangan kaum mereka.

Sektor awam di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 2009, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberi penjelasan kepada Sub-Editor Malaysia Nanban G.Perumal berhubung jumlah orang India dalam sektor awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kurang / tidak menerima permohonan dari kaum India dan Cina.

Dua orang kaum India telah dilantik sebagai ketua setiausaha kementerian.Pada 2009, 33,918 jawatan kosong dalam perkhidmatan awam, 2,673 dalam kategori profesional sementara 31,281 kategori sokongan.Pengambilan ke dalam perkhidmatan awam berdasarkan merit, kualiti dan kelayakan. [2]

Little India[sunting | sunting sumber]

Diaspora China menghasilkan China town. Diaspora India juga menghasilkan Little India. Parti politik kaum India menuntut beberapa bandar, pekan kecil , jalan dan lorong dinamakan dan dikekalkan dengan identiti India . Semua pekan dan bandar di Malaysia adalah 'China town' kerana peniaga berketurunan Cina, kedai bertulisan Cina dan pelbagai ciri-ciri lain. Kebenaran kewjudan 'China town' ini merebak kepada 'Little India'. Mereka mahu perancang bandar , majlis daerah, majlis bandaraya dan kerajaan tempatan lain mengekalkan ciri-ciri mereka kerana mereka turut menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia.

Era Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau tidak membenarkan nama beliau diabadikan di mana-mana sekolah, bandar, jalan raya, taman perumahan dan lain-lain. Tindakan Dr Mahathir ini telah menyelamatkan keadaan berebut menampal nama . Nama Menteri Pelajaran , Datuk Khir Johari paling banyak nama diabadikan di sekolah-sekolah.

Nama P.Patto hendak diabadikan oleh DAP di Jalan Selibin, Ipoh tetapi dibantah oleh keluarga beliau. Taman DR di Ipoh sempena nama Dr Senivasagam, seorang pemimpin politik PPP. Bandar Brickfield hendak dikekalkan sebagai 'Little India' kerana ada kuil dan ramai masyarakat India di situ. Begitu juga di bandar Klang , Ipoh, Batu Caves,Kebun Bunga, Georgetown dan lain-lain.

Beberapa pemimpin PAS dan pejuang kemerdekaan diabadikan di beberapa tempat atau universiti seperti di UKM.

Peristiwa Kampung Medan[sunting | sunting sumber]

Orang India tidak terbabit dalam komunis dan kongsi gelap berbanding orang Cina. Secara umum persinggitan orang India dengan Melayu tidak kedengaran kecuali Peristiwa Kampung Medan. Persepsi umum, orang India dan Melayu senasib 'miskin', dan 'hidup susah' di kampung atau ladang.

Peluang pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Datuk Dr S. Subramaniam selaku Menteri Sumber Manusia berbincang dengan beberapa GLC seperti Telekom Malaysia , Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas supaya pengambilan pekerja di kalangan kaum India ditingkatkan sehingga 7.4 %. SehinggA 2009, hanya 4.6 peratus kaum India bekerja di Telekom Malaysia. [3]

Jabatan Pengajian India, UM[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pengajian India UM mempunyai lapan kakitangan akademik dan mereka terbahagi kepada dua kumpulan yang saling tidak bersefahaman. P,ada 27 Mei 2009 beliau sendiri telah melakukan lawatan ke jabatan berkenaan dan dalam pertemuan bersama pensyarah dan kakitangannya, mereka telah bertengkar dan bertikam lidah sesama sendiri di hadapan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) berhubung siapa yang layak menerajui jabatan berkenaan.

Ekoran itu , Ghauth Jasmon telah melantik Profesor Mohammad Raduan Mohd Ariff sebagai pemangku menggantikan Profesor Madya Dr S. Kumaran yang bersara. Lantas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendesak ketua jabatan itu mestilah dari kalangan pensyarah keturunan India.[4]

Tindak balas kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pihak kerajaan telah bertindak balas dengan menyiasat dan memperkenalkan beberapa langkah bagi mengatasi isu yang dibangkitkan, antaranya adalah seperti menawarkan biasiswa tajaan penuh kepada 100 pelajar kaum India yang mencapai keputusan kelas pertama di universiti awam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).[5], juga memperuntukkan RM100 juta bagi meningkatkan lagi prestasi pendidikan dan latihan kemahiran ketika ia terus memberi fokus terhadap kemajuan masyarakat India Malaysia di bawah Bajet 2014. Jumlah itu termasuk RM28 juta untuk program pendidikan awal membabitkan 176 pra-sekolah Tamil dan program i-Sinar. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]