Tokyo Disneyland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Disneyland Tokyo)
Taman tema Disney
Fail:Tokyo Disneyland logo.png

Cinderella Castle is the icon of Tokyo Disneyland
Tokyo Disneyland
Lokasi Urayasu, Chiba, Jepun
Dibuka 15 April 1983
Taman peranginan Tokyo Disney Resort
Tema Magic Kingdom
Laman web Tokyo Disney Resort Homepage
Pengendali The Oriental Land Company

Templat:TDR

Tokyo Disneyland (Jepun: 東京ディズニーランド, Hepburn: Tōkyō Dizunīrando) ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar (465,000 m²) di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu, Wilayah Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo. Pintu utamanya bersebelahan sekali dengan Stesen Maihama dan Stesen Tokyo Disneyland. Inilah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka pada 15 April 1983. Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Tokyo Disneyland dan temannya Tokyo DisneySea, merupakan dua-duanya taman Disney yang bukan milik The Walt Disney Company.

Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema yang saling melengkapi tetapi setiap satunya bergaya unik, iaitu: World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey's Toontown. Taman ini dikenali kerana ruang terbuka yang amat luas untuk menampung keramaian pengunjung walaupun pada hari-hari kedatangan sederhana. Pada tahun 2007, Tokyo Disneyland dikunjungi kira-kira 13.9 juta pelawat, menjadikannya taman tema ketiga teramai pelawat di dunia, hanya mengekori taman-taman kembarnya di AS, iaitu Magic Kingdom dan Disneyland.[1].

Kawasan bertema[sunting | sunting sumber]

World Bazaar[sunting | sunting sumber]

Sebagai ganti Main Street, U.S.A. yang wujud di semua taman tema bergaya Disneyland yang lain di seluruh dunia, Tokyo Disneyland memberi nama "World Bazaar" kepada koridor masuknya. Sifat paling tersendiri World Bazaar ialah keserupaannya dengan Istana Kristal, yang dibina kerana mengambil kira kekerapan hujan dan salji di rantau ini.

Adventureland[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan taman-taman kembarnya, Tokyo Disneyland tidak dikelilingi oleh landasan keretapi, tetapi ada tarikan di Adventureland yang bernama Western River Railroad, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat, sebaliknya hanya berguna sebagai alat rombongan pergi balik. Adventureland di Tokyo Disneyland mempunyai seksyen New Orleans yang berupa gabungan New Orleans Square dan Adventureland di California.

Big Thunder Mountain Railroad

Westernland[sunting | sunting sumber]

Frontierland di sini diganti oleh Westernland, tetapi bertema Wild West juga seperti Frontierland asal. Big Thunder Mountain dijumpai di sini.

Critter Country[sunting | sunting sumber]

Critter Country ialah sebuah kawasan kecil yang ada dua tarikan utama, iaitu Splash Mountain dan Beaver Brothers Explorer Canoes.

It's a Small World

Fantasyland[sunting | sunting sumber]

Mercu tanda Tokyo Disneyland, Cinderella Castle seiras sekali dengan Cinderella Castle di Walt Disney World di Florida.

Tarikan utama di sini ialah Pooh's Hunny Hunt, sebuah tarikan unik yang menampilkan kesan khas terkini. Haunted Mansion juga bertempat di Fantasyland, berhampiran dengan Dumbo, dan bahagian luarnya memakai reka bina Hudson River Gothic yang sama dengan Haunted Mansion di Liberty Square, Walt Disney World.

Toontown[sunting | sunting sumber]

Seiras dengan "Mickey's Toontown" di Disneyland Resort, kawasan ini menimbulkan suasana seolah-olah berada dalam kawasan perumahan para watak Disney.

Tomorrowland[sunting | sunting sumber]

Tomorrowland berwajah lebih kebandaran dan bersifat komuniti daripada pameran teknologi masa depan semata-mata. Antara tarikan di sana termasuk Star Tours dan Space Mountain. Kawasan pintu masuk asal Tomorrowland seiras sekali dengan kawasan pintu masuk di Walt Disney World kecuali tiadanya landasan PeopleMover, sebelum diubah suai pada 1990-an. Kawasan sekeliling Space Mountain lebih menyerupai Tomorrowland di Disneyland.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2007 Attraction Attendance Report" (PDF). Themed Entertainment Association. 2008-03-14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-15. Dicapai pada 2008-03-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Tokyo theme parks Templat:Tokyo Disneyland

Koordinat: 35°37′58″N 139°52′50″E / 35.63278°N 139.88056°E / 35.63278; 139.88056