Displasia folikel anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Displasia folikel)

Displasia folikel ialah satu penyakit genetik pada anjing yang menyebabkan kebotakan, atau keguguran bulu. Ini disebabkan oleh folikel bulu yang tidak berfungsi dengan betul kerana keabnormalan struktur. Terdapat beberapa jenis, sesetengah menjejaskan hanya baka tertentu. Diagnosis dicapai melalui biopsi, dan perawatan jarang berjaya. Baka tertentu seperti anjing tidak berbulu Mexico dan anjing berjambul China dibiakbakakan secara tertentu untuk kebotakan.

Displasia folikel struktur[sunting | sunting sumber]

Displasia folikel struktur berubah-ubah mengikut baka tetapi kesemuanya melibatkan bulu lemah yang mudah patah. Keguguran bulu pada asalnya terlihat di kawasan penjagaan bulu atau trauma berulang, contohnya leher kerana sentuhan dengan kolar. Pertumbuhan semula bulu boleh berlaku, tetapi bulu tersebut akan menjadi lebih lemah dan coraknya akan berulang. Anjing yang terjejas pada umur antara dua hingga empat tahun, dan biasanya terlihat di belakang ke arah ekor. Progresi keguguran bulu untuk menutupi badan boleh berlaku.

Baka kerap terjejas[sunting | sunting sumber]

Displasia folikel atropi / kebotakan corak[sunting | sunting sumber]

Seekor greyhound dengan sindrom paha botak, satu bentuk kebotakan corak terlihat pada baka ini.

Pada sesetengah baka folikel bulu di sesetengah bahagian badan dikecilkan secara progresif, beranalog dengan yang berlaku dalam kebotakan corak lelaki pada manusia. Ini paling biasa terlihat pada anjing bejar, pincer kecil, dan anjing Chihuahua.[2] Kawasan terjejas menjadi lebih botak secara progresif. Cotak ketidakberbuluan yang terjadi lebih kurang bergantung pada baka dan jantina. Pada anjing mainan dan kecil berbulu pendek, leher ventral, dada ventral, abodmen ventral dan paha dalaman terjejas. Pada jantan, daun telinga (kelepak telinga) terjejas. Pada greyhound, paha terjejas serta dada ventral dan abdomen.

Displasia folikel berkitar[sunting | sunting sumber]

Displasia folikel berkitar juga dikenali sebagai kebotakan bermusim.

Kebotakan bermusim.

Ini menyebabkan keguguran bulu dan hiperpigmentasi lambung. Penyakit ini biasanya bermula pada hujung musim luruh atau awal musim bunga, dan tumbuh semula dalam kira-kira enam bulan, tetapi bulu boleh berbeza dari segi warna atau teksture. Perawatan dengan melatonin boleh menyebabkan pertumbuhan semula bulu lebih awal, maka amaun cahaya siang disangkakan mempengaruhi keadaan ini. Anjing yang terjejas adalah antara umur dua hingga empat tahun.[1]

Baka kerap terjejas[sunting | sunting sumber]

Lipidosis folikel[sunting | sunting sumber]

Lipidosis folikel ialah sejenis displasia folikel dijumpai pada anjing Rottweil. Ini biasanya berlaku sebelum umur sembilan bulan dan melibatkan keguguran sesetengah bulu mahogani atau merah pada muka dan kaki. Ini disebabkan oleh serangan lipid terhadap sel folikel bulu.

Kebotakan pencairan warna[sunting | sunting sumber]

Kebotakan pencairan warna pada anjing Doberman perang kekuning-kuningan. Pandangan dekat bagi tungkai menunjukkan penjimatan ciri bagi titik warna sawo matang dalam sindrom ini, hanya bulu perang kekuning-kuningan terjejas.

Kebotakan pencairan warna ialah sejenis displasia folikel terwaris. Ini paling biasa menjejaskan anjing dengan bulu biru atau perang kekuning-kuningan, yang merupakan cairan hitam dan perang, masing-masing. Cairan disebabkan oleh ketidaknalaran pada perpindahan dan penyimpanan melanin. Melanosom boleh bergumpal di dalam melanosit kulit dan folikel bulu, menyebabkan aci bulu mudah retak.[3] Tanda kebotakan pencairan warna termasuk keguguran bulu dan jangkitan kulit berulang-ulang di belakang. Ini boleh melibatkan keseluruhan badan. Keadaan ini bermula pada umur antara enam bulan dengan dua tahun, bergantung pada darjah kecairan.[4] Keguguran bulu awal berlaku kerana keterputusan bulu, menjadikannya serupa dengan kebotakan folikel struktur. Perawatan jangkitan kulit adalah penting, dan etretinat juga digunakan untuk merawat keguguran bulu.

Baka kerap terjejas[sunting | sunting sumber]

Jenis lain displasia folikel[sunting | sunting sumber]

Husky Siberia dan malamut Alaska mempunyai sejenis displasia folikel yang berlaku pada umur antara tiga dengan empat bulam, boleh juga lebih lanjut pada malamut. Rerambut pengawal badan gugur secara progresif dan seluruh bulunya menjadi kemerah-merahan.

Pada anjing Doberman hitam atau merah, pincer kecil, dan terier Manchester terhadap sejenis displasia folikel yang berlaku pada umur antara satu dengan empat tahun. Ini bermula di lambung dan merebak ke belakang.[1]

Displasia folikel bulu hitam berlaku pada anjing piebald dan menyebabkan keguguran bulu di kawasan berbulu hitam sejenak selepas kelahiran. Ini paling biasa terlihat pada papillon, seter Gordon, saluki dan collie berjanggut,[5] dan diketahui berlaku pada anjing Münster besar.[6] Ini dianggap serupa dengan kebotakan pencairan warna dan diwarisi sebagai trait resesif autosom.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Griffin, Craig E.; Miller, William H.; Scott, Danny W. (2001). Small Animal Dermatology (ed. 6). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-7618-9.
  2. ^ Carlotti, Didier-Noël (2005). "Non-Hormonal Alopecia". Prosiding Kongres Dunia Ke-30 Persatuan Veterinar Haiwan Kecil Sedunia. Dicapai pada 4 Mac 2007.
  3. ^ Philipp U, Hamann H, Mecklenburg L, Nishino S, Mignot E, Günzel-Apel A, Schmutz S, Leeb T (2005). "Polymorphisms within the canine MLPH gene are associated with dilute coat color in dogs". BMC Genet. 6: 34. doi:10.1186/1471-2156-6-34. PMC 1183202. PMID 15960853.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Iwasaki, Toshiroh (2004). "Non-Inflammatory Alopecia". Prosiding Kongres Dunia Ke-29 Persatuan Veterinar Haiwan Kecil Sedunia. Dicapai pada 4 Mac 2007.
  5. ^ "Hereditary Alopecia and Hypotrichosis". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. Dicapai pada 4 Mac 2007.
  6. ^ von Bomhard W, Mauldin E, Schmutz S, Leeb T, Casal M (2006). "Black hair follicular dysplasia in Large Münsterländer dogs: clinical, histological and ultrastructural features". Vet Dermatol. 17 (3): 182–8. doi:10.1111/j.1365-3164.2006.00517.x. PMID 16674733.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Schmutz S, Moker J, Clark E, Shewfelt R (1998). "Black hair follicular dysplasia, an autosomal recessive condition in dogs". Can Vet J. 39 (10): 644–6. PMC 1539457. PMID 9789677.CS1 maint: multiple names: authors list (link)