Distinguished Service Cross (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat DSC
Distinguished Service Cross yang terkini
Reben DSC
Reben Distinguished Service Cross
Pingat dan Reben Distinguished Service Cross atau Salib Khidmat Cemerlang

Distinguished Service Cross atau Salib Khidmat Cemerlang ialah anugerah kebesaran tentera kedua tertinggi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat (dan sebelum itu, Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat), bagi mengiktiraf sesiapa sahaja yang menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa serta penuh pengorbanan ketika berhadapan dengan musuh. Kelakuan terpuji Distinguished Service Cross mesti berada di tahap tinggi mengatasi segala pingat-pingat tentera A.S. yang lain namun tidak memenuhi kriteria bagi Medal of Honor. Distinguished Service Cross setaraf dengan Navy Cross (Tentera Laut dan Kor Marin), Air Force Cross (Tentera Udara), dan Coast Guard Cross (Pengawal Pantai).

Distinguished Service Cross mula dikurniakan ketika Perang Dunia I. Sebagai tambahan, sejumlah penganugerahan telah dibuat sebelum Perang Dunia I. Dalam kebanyakkan kes, pada waktu itu, askar-askar yang menerima Sijil Kepujian untuk keberanian, merupakan satu-satunya penghormatan lain keberanian yang boleh dikurniakan, atau mengesyorkan Medal of Honor. Yang lain adalah pengiktirafan lambat di Filipina, di sempadan Mexico dan semasa Pemberontakan Boxer.

Distinguished Service Cross berbeza dengan Distinguished Service Medal (Pingat Khidmat Cemerlang), yang dianugerahkan kepada sesiapa sahaja bagi mengiktiraf perkhidmatan terpuji kepada kerajaan Amerika Syarikat dalam melakukan tanggungjawab yang besar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]