Pergi ke kandungan

Distrik Enam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Distrik Enam
Distrik Enam/District Six, tampak dari Bukit Semboyan pada 2013
Distrik Enam/District Six, tampak dari Bukit Semboyan pada 2013
Plak peringatan Distrik Enam (dalam bahasa Inggeris)
Poster pilihan raya pro ANC, mengkritik pesaing utama mereka

Distrik Enam (Inggeris: District Six; Afrikaans: Distrik Ses) ialah kawasan perumahan yang bersejarah dalam bandar di Cape Town, Afrika Selatan. Pada tahun 1959, orang Afrika dan Melayu di kawasan itu dipindahkan ke Gugulethu dan Bo-Kaap. Pada tahun-tahun berikutnya, Distrik Enam kemudian diisytiharkan sebagai kawasan spesial untuk ras kulit putih. Sepanjang satu dekad, lebih dari 60,000 penduduk telah dipaksa angkat kaki. Pada tahun 1970 kawasan itu dinamakan semula sebagai Zonnebloem, nama yang merujuk kepada ladang kolonial abad ke-18. Pada masa pengisytiharan itu, 56% daripada harta daerah adalah milik ras kulit Putih, 29% milik ras kulit Hitam, 42% milik ras Berwarna. Kawasan asal Distrik Enam kini sebahagiannya dibahagikan antara pinggir bandar Walmer Estate, Zonnebloem, dan Lower Vrede.[1]

Daerah ini terkenal pada 1966 dengan mendapatkan nama Sixth Municipal District of Cape Town. Pada awalnya daerah ini ialah kawasan perkampungan yang ditubuhkan orang Melayu selepas mereka tidak boleh bermastautin di pesisir Cape Town. Perlahan wilayah ini semakin ramai dengan kedatangan beberapa etnik lain dari Nusantara seperti Bugis dan Ternate yang dibawa Belanda semasa mereka yang mentadbir. Selepas British mengambil alih wilayah Cape, populasi perkampungan ini telah mencapai 1,700–1,900 keluarga dan sebahagian besar beragama Islam.

Cape Town sebagai bandar yang terus bertumbuh, meluaskan wilayah pentadbirannya dan menamai daerah ini District Six, sebagai distrik bandaraya ke-6 Koloni Cape pada tahun 1867.

  1. ^ "SAHA - South African History Archive - District Six: recalling the forced removals". www.saha.org.za. Dicapai pada 2025-04-23.