Diwan Barat-Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tugu Hafiz-Goethe di Weimar, Jerman, tahun 2000.

Diwan Barat-Timur atau West-östlicher Diwan (juga West-östlicher Divan) ialah sebuah diwan, atau himpunan puisi belirik , karya pemuisi Jerman, Johann Wolfgang von Goethe. Ia diilhamkan oleh pemuisi Parsi, Hafiz.

Diwan Barat-Timur dihasilkan antara tahun 1814 dan 1819, tahun ia diterbitkan. Versi panjang dicetak pada tahun 1827. Ia sebahagian daripada karya lewat Goethe dan kitaran puisi terakhir yang dikarangnya. Diwan terdiri daripada 12 buku atau kitab:

  • Kitab Penyanyi (Moganni Nameh)
  • Kitab Hafiz (Hafis Nameh)
  • Kitab Cinta (Uschk Nameh)
  • Kitab Takafur (Tefkir Nameh)
  • Kitab Amarah (Rendsch Nameh)
  • Kitab Hikmat (Hikmet Nameh)
  • Kitab Timur (Timur Nameh)
  • Kitab Zulaikha (Suleika Nameh)
  • Kitab Pembawa Piala (Saki Nameh)
  • Kitab Tamsil (Mathal Nameh)
  • Kitab Parsi (Parsi Nameh)
  • Kitab Syurga (Chuld Nameh)

Karya ini dapat dilihat sebagai tanda perangsangan pertukaran dan percampuran dunia Timur (Orient) dengan Dunia Barat (Occident). Perkataan "barat-timur" bukan sahaja merujuk kepada Jerman-Timur tengah, tetapi juga Latin-Parsi dan Kristian-Muslim. Kesemua 12 buku mengandungi puisi pelbagai jenis: parabel (cerita ibarat), sejarah, caci maki, keagamaan dan politik. Goethe memuatkan ulasannya tentang tokoh sejarah, kejadian, istilah dan tempat dalam bahagian "Nota dan Persoalan" karyanya.

Himpunan ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 2009. Himpunan bahasa Melayu ini membahagikan Diwan kepada 11 kitab.[1] Pada kulit belakang buku terjemahan itu para penterjemahnya menyatakan bahawa Goethe "adalah seorang pujangga agung Jerman yang mempunyai hubungan unik dengan masyarakat Timur, khususnya karya penyair sufi seperti Hafiz..."[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Goethe, Johann Wolfgang von, Sajak-sajak daripada Diwan Barat-Timur terjemahan Arndt Graf dan Md Salleh Yaapar, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2009 ISBN 978-983-068-442-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]