Diwani (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sampel skrip Diwani oleh Mehmed Izzet Efendi (1841–1904), Istanbul, Turki.

Putrajaya Night Mosque PM Office.JPG
Sebahagian daripada siri tentang
Kebudayaan Islam

Hari cuti

Aidiladha · Aidilfitri · al-Ghadeer
al-Kadhim · al-Qadr · Arba'een
Ashura · Chand Raat · Hari Imamat
Israk dan Mikraj · Maulid · Mugam
Ramadan · Pertengahan Sya'ban
Tahun Baharu

Kesusasteraan

Arab · Asia Selatan · Azerbaijan
Bengali · Indonesia · Jawa · Kashmir
Kurdistan · Melayu · Parsi · Sindhi
Somali · Turki · Urdu

Muzik
Dastgah · Ghazal · Madih nabawi

Maqam · Mugam · Nasyid · Qawwali

Pakaian

Abaya · Agal · Boubou
Burqa · Chador · Jellabiya
Niqab · Salwa kameez · Taqiya
Thawb · Jilbab · Hijab/Tudung

Seni

Seni khat · Miniatur · Ambal

Seni bina

Arab · Azeri · Indo-Islam
Iwan · Maghribi · Mughal
Orang Moor · Parsi · Somali
Sudan-Sahel · Tatar · Uthmaniyyah

Tarian

Pusaran · Sema

Teater

Karagöz dan Hacivat · Ta'zieh

IslamSymbolAllahCompWhite.PNG

Portal Islam

Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip melengkung yang dikembangankan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).

Ia digelar skrip Diwani oleh sebab ia digunakan oleh pihak Uthmaniyyah untuk pangkat Diwan dan merupakan salah satu rahsia istana sultan. Peraturan tentang penulisan skrip tidak diketahui orang ramai, tetapi terhad kepada pakar-pakarnya dan anak murid yang pintar. Skrip ini digunakan bagi menulis semua perintah, pemberian dana dan resolusi kerajaan sultan.

Skrip Diwani dibahgikan kepada dua jenis:

1. Gaya Diwani Riq'a, yang tidak memiliki hiasan; garisnya lurus melainkan pada bahagian bawah huruf.

2. Gaya Diwani Jeli atau gaya jelas. Tulisan jenis ini dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus dari atas hingga ke bawah. Ia berselang-seli dan dibuat agar kelihatan satu. Huruf-huruf berkait membuatnya sukar dibaca atau ditulis, dan juga sukar ditiru.

Fon Diwani Jeli
Diwani Izzet al Karkuki.jpg

Diwani ditandai kecantikan dan keharmonian, hasil karya yang kecil dan tepat dianggap lebih cantik daripada yang besar. Ia masih digunakan dalam persuratan para raja, putera dan presiden, dan pada upacara rasmi serta kad ucap selamat dan dianggap bernilai tinggi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Seni khat Islam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) Sampel skrip Diwani